My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday, 22 February 2014

Program Pengesanan Awal & Pencegahan Selamatkan Nyawa

Assalammualaikum..

Hai you all... Ni Erin ada nak story morry sikit kat you all.. Dah lama Erin simpan gambar ni dalam draf blog Erin.. Tangguh punya tangguh sampai tak tercerita pula jadinya..

Pada 22 Januari 2014 (Oh dah basi dah cerita ni..Tapi Erin kasi perangat balik k.. Kasi dia panas..Hehehe) Yayasan Buah Pinggang Malaysia telah mengadakan Program NKF Life Check..So, Erin pun tak lepaskan peluang untuk membuat pemeriksaan.. Takut juga masa nak buat tu..Risau ada penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang dan sebagainya..

Pertama sekali depa akan check tekanan darah..Alhamdulillah tekanan darah Erin stabil..Kemudian check tinggi dan berat.. Lepas tu kena test air kencing pula.. Dan akhir sekali check kandungan gula dalam darah.. Then keputusannya.. Huhuhu.. Mendukacitakan.. Suspen tak? 

Dan ini keputusannya..(Sila rujuk gambar di bawah)


Uwaaa...kenapa ia mendukacitakan?? BMI Erin tidak idea lagi..Sudah ke arah pra obesiti..Oh No...
Dan tahap kolestrol adalah 6.32 mmol.. Tahap normal kolestrol ialah kurang dari 5.17 mmol..6 mmol tu dah kira tinggi tau..

Oleh yang demikian Erin telah disarankan agar kerap melakukan senaman untuk turunkan berat badan dan kena selalu check tahap kolestrol sebulan sekali di klinik atau farmasi..



Sekali dapat dua flyers ni.. satu flyers tentang obesiti dan satu lagi tentang kolestrol..Masa bersembang dengan staff Yayasan tu.. Dia ada tanya Erin ada buat senaman tak?? Erin cakap ada seminggu sekali berjalan laju di Taman Jubli.. Lepas tu dia kata senaman tu untuk orang tua-tua, dan tak sesuai untuk Erin..Dia sarankan agar Erin buat senaman yang agak agresif dan heavy seperti berlari, skipping, berenang dan pergi gym..

Selain itu, kena diet.. Berdiet di sini bukan bermaksud tak makan langsung.. Cuma Erin kena kurangkan makanan yang berlemak, bergoreng dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur sayuran.. Lagi bagus jika boleh amalkan oat.. oat?? Oh no.. tak sedap.. Haha.. itulah ubatnya..

Okay setakat ini dulu Erin cerita tentang program ni yer. InsyaAllah Erin akan cerita tentang bahayanya kolestrol dalam entri yang lain.. Thanks you all selalu baca dan tinggalkan komen kat blog Erin.. Semoga blog Erin ni dapat memberi manfaat juga kepada you all..

Thursday, 20 February 2014

Apa Aktiviti Yang Ku Suka?


Assalammualaikum...

Hai you all.. Siapa pandai berenang sila angkat tangan.. Aik.. senyap je.. hehe.. yelah, kalau you all angkat tangan pun bukan Erin nampak yer tak?? 

Sejak dua menjak ni, fikiran Erin amat tak menentu.. Sekejap beremosi, sekejap happy..Bak kata orang "fikiran dan perasaanku ibarat cuaca.. Tak selalunya cerah dan tak selalunya mendung..Kadang kala hujan lebat menyirami hati.. " (Ayat macam terpengaruh dengan ayat novel je) Hehehe..

Nak tahu apa aktiviti yang Erin selalu buat sekarang? Tak lain dan tak bukan.. Sekarang Erin giat pula pi gym dan swimming.. Bak kata orang "Badan sihat, minda pun cerdas..Tak gitu?"

Best you all, bila kita pi gym dan fitness.. Badan jadi ringan gitu.. Ye ke ringan?? (Kalau ringan taklah aku histeria bila naik penimbang tu..Hahaha) Dua minggu pi gym dan swimming pun jarum penimbang masih tunjuk pada angka yang sama.. Sebab tu histeria sekejap..Nampak je penimbang terus trauma kau..

Gym dekat UTC..murah baq hiang.. RM3 je.. so, senamanlah sampai lebam sehingga kaki dan tangan jadi longlai..Paling Erin suka buat treatmill lah



Terujanya nampak treatmill ni.. kejap berjalan kejap berlari..Buat sehingga keluar peluh berjerau.. Tahap meleleh lah.. Aish.. apalah Erin ni kan.. dok sebut pasal peluh pulak.. Eeeeuuu...

Bukan treatmill je yang ada.. Peralatan yang lain pun banyak..Kalau nak bagi kecil lengan, Erin suka dumbell


Ada ke pulak dumbell tu dikategorikan peralatan senaman untuk orang malas.. Tak sesuai lah.. Huhuhu

Gambar kat bawah ni pula, ialah gambar tempat yang selalu Erin pergi berenang.. Aip.. Jangan salah sangka ye.. Erin akan ke sini pada setiap hari Rabu sahaja sebabnya, pada hari tersebut hanya dibuka untuk kaum hawa saja dari jam 5.30 Petang hingga 7 malam.. (Man not allow)..So, boleh berenanglah sepuas-puasnya tanpa rasa curiga.. Hehehe..



Di sebelah kolam renang ni ada KFC.. Setiap kali selepas berenang..Nampak je KFC ni..Cepat-cepat Erin mengucap dan istifar.. Ye lah KFC tu kan penyumbang lemak..Kita usaha berenang nak buang lemak..Ish ish..Sabo je lah..

Maka sekian sahaja entri ku ini.. Thanks sebab sudi baca.. ^_^

Cinnamon Dan Jerawat

Assalammualaikum..


Today I would like to tell you about benefit of Cinamon.. Cewah.. cakap Enggeris pulak.. Okay,okay.. cakap melayu lah.. 

Cinamon tu kulit kayu manis lah.. Alah yang kita selalu guna di dalam masakan tu.. Kiranya selepas you all baca entri Erin ni.. Mesti lepas ni akan kelihatan beberapa ketul Cinamon ni di atas meja solek you all pulak kan kan.. (Aaa... Bebel panjang jer..Hehehe)


Untuk mengetahuan you all serbuk kulit kayu manis ni kalau dicampur dengan bedak sejuk.. Tempek je ke wajah sebelum tidur, ia dapat menghilangkan jerawat.. Meh kita baca sikit info tentang kaitan cinamon ni dengan jerawat.. 

You all ni..Asal sebut je jerawat, macam ramai je yang angkat tangan.. hehehe.. Eeerrr, jerawat tu macam musuh ketat kan kan...??

CINNAMON atau lebih dikenali dengan nama kayu manis dalam kalangan masyarakat Melayu, mempunyai pelbagai kelebihan untuk merawat kulit secara semula jadi tanpa kesan sampingan berbahaya bahan kimia. - Harian Metro

Kayu manis adalah bahan kecantikan semula jadi dan bertindak sebagai ejen yang berkesan mengurangkan parut, menghilangkan jerawat dan melegakan kegatalan kulit kepala. - Harian Metro

Sebenarnya Erin dah lama amalkan bedak sejuk yang dicampur dengan serbuk Cinnamon ni.. Setiap malam wajib tempek di wajah.. Mula-mula rasa pedih sikit.. Lepas tu rasa berangin.. Best..Esok pagi bila bangun wajah rasa tegang dan jerawat pun kecut...

Mesti ada yang tanya Erin.. Kulit kayu manis tu nak kena tumbuk guna lesung ke?? Its up to you.. Erin beli yang sedia ada.. You all just cari kat kedai produk Seri Wajah keluaran Rojam.. Sebuk Cinnamon yang sudah dicairkan.. memang best bila diletakkan pada wajah dan tempat-tempat yang allergic seperti terkena gigitan nyamuk atau semut..Sekejap je radang akibat gigitan tu akan hilang..

Okay.. Itu jer info tentang kebaikan cinnamon yang dapat menghilangkan jerawat.. Cuba tau jangan tak cuba.. Thanks for reading.. @_^ (Y)


Segmen Jom Beramah Mesra

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran
Jam tangan 2x
Dress
Fridge magnet 2x

Segmen Jom Beramah Mesra dianjurkan oleh Yumida dan ditaja bersama blogger Mselim, Tri Globe DynastyBifa’s Vendor & Pena Bulu Ayam.

TAMAT: 21 FEBRUARI 2014 – Jam 11.59 malam

Hidangan Dari Dapur Ku

Assalammualaikum..

Hai you all..Haaa.. Sekali keluar tentang hidangan kan.. Hehehe.. Erin bab makan laju aje..Hidangan ni tak semua yang Erin masak.. Ada sebahagian my Mama yang masak..Tapi masakan my mama sangat sedap dan kesemuanya Erin suka..Eeerrr..Jangan ingat my mama je yang pandai masak tau.. Erin dan adik pun mewarisi bakat memasak jugak .. Hehehe


Lauk pauk ni my mama yang masak.. Ringkas dan sedap.. Ada Ikan keli goreng bawang cabai, Sayur labu, budu (wajiblah kalau mu tu orang kelantan) dan ulam-ulaman.. Cukuplah untuk kami berempat.. Kenyang sudah.. Alhamdulillah..


Haaa.. Ini pula hidangan Erin yang masak.. Alah, Erin ni memang suka masak nasi goreng kan..
Nak tahu nasi goreng ni jenama apa? Erin bagi nama nasi goreng udang butter.. 
Hehehe..My Abah cakap sedap..


Ni Pek Nga.. Apa you all tak pernah dengan nama hidangan ni.. Kalau tak tahu.. Just nga nga je lah yek.. Hehehe..Pek Nga ni makanan orang utara jugak kot.. Adoi, main kot-kot pulak Erin ni kan..Entahlah sebab tak pasti..NI pun my mama yang masak... Senang je ni.. Just letak kelapa parut, tepung gandum, gula dan garam.. Gaul semua.. Letak butter sikit kat kuali dan tempek lah Pek Nga ni.. Pek Nga ni sedap dicicah dengan Gulai Ikan Termenung (Ikan Kembung)


Ni haaa.. Laksa.. Tak kenal ke?? Mestilah kenalkan.. Laksa Kedah kau..My mama yang masak..Hehehe.. asyik my mama je.. Erin ni masak satu hidangan je kan.. Alah.. Nanti Erin publish entri tentang hidangan yang Erin masak pulak.. Senang je nak masak laksa ni.. Just bland bawang besar, cili kering dan bunga kantan..Kemudian perlukan asam gelugur, garan dan serbuk perasa.. Ops..Jangan dilupakan isi ikan yang telah direbus bersama asam gelugur tu yer.. Haa..sapa kata Erin tak pandai masak.. Hehehe..

Okay.. Setakat itu saja entri pasal hidangan-hidangan dari dapurku ini.. @_^

Wednesday, 19 February 2014

Bukan Senang Nak Ada Ramai Followers ni?

Assalammualaikum..

Hai you all.. Mood nak tulis entri tanpa gambar terdetik hati Erin.. Cewah.. Mengada nak tulis ayat kononnya puitis.. Hehehe..

Sebenarnya Erin ni suka blogwalking.. Bestlah baca blog-blog korang.. Tapi Erin suka baca blog yang tulis ayat full.. shortform-shortform tak main yek?? Eeeuuu..Tak suka baca.. So, kesimpulannya you all tulislah ayat bagi full..I like it..Hehehe..

Sambil menerjah dari satu blog ke satu blog..Erin ni suka tengok kat bahagian follower sesuatu blog tu.. Kalau blog tu ramai followersnya..Pasti blog tu best kan.. Betul tak ni??

Ada juga blog yang Erin terjah.. Tengok-tengok followers blog-blog tu ada dalam belas-belas orang je.. Yang paling sedih.. ada yang dah lama berblog..Tetapi hanya ada 4 orang followers je.. Nak buat macam mana dah orang tak mau follow blog you all kan.. Tak tahulah apa sebabnya.. Mungkin you all jarang blogwalking kot.. Erin pun tak pasti.. 

Blog Erin dulu pun just ada 27 orang je followers...Sedih kot baq hiang..(Tu dia keluaq semua bahasa utaqa kan..Hehehe).. Pastu Erin try follow blog-blog blogger lain.. pastu tinggalkan komen dan selalu tulis kat shoulbox.. Alhamdulillah followers ku ada 269 orang.. Yeepee..Walaupun tak ramai sangat.. Tapi tetap happy dan bersyukur.. Hehehe.. 

Thanks tau you all yang sudi folllow blog Erin..Sayang you all.. Yang selalu tinggalkan komen lagi I sayang tau..Bertambah-tambah.. Cuma.. Erin belum ada rezeki nak bagi kat you all hadiah.. Huhuhu.. Harap you all terus memeriahkan blog puteriairyn ni yer.. Sekarang ni Erin jarang nak tulis entri.. Bukan apa.. Cuma sekarang ni balik kerja cepat letih.. Erin just online facebook je.

Eeeerrrrr.. Itu je nak cerita kat entri ni.. InsyaAllah ada masa lapang..Erin update lagi entri..Kalau boleh Erin nak buat entry yang ilmiah sikit untuk dikongsikan dengan you all..Okay setakat ini sahaja.. ^_^


Ceh..poyos je Erin ni cakap entri ni tak ada gambar.. 
Last-last letak jugak gambar sendiri kan kan.. hehehe

Sunday, 16 February 2014

Mengapa Kita Perlu Makan Buah-Buahan?

Assalammualaikum..

Hai you all..sihat ke? Harap-harap sihatlah kan.. kalau taak sihat tu mesti you all tak jaga pemakanan atau kurang senaman ni.. Hehehe..

Kenapa kita perlu makan buah-buahan?? Sebagaimana yang kita tahu buah-buahan mengandungi pelbagai vitamin yang diperlukan oleh badan kita.. So, jom lihat gambar kat bawah ni.. Buah-buahan mana yang you all suka makan.. Kalau Erin, lebih suka buah anggur, strawberry dan nenas..Betik pun suka...

Kalau you all nak kulit cantik.. selalulah amal makan oren setiap hari yer..Kalau you all ni jenis malas bersenam jangan ambil pisang berlebihan.. sebab pisang boleh menggemukkan.. Jika you all ahli sukan memang digalakkan ambil pisang.. Haa.. mangga tu sedap kalau menyicah.. Tu untuk mangga yang putik lah kan.. kalau yang dah masak ranum sedap dimakan begitu saja.. Rupanya mangga ni lindungi kita dari terkena kanser..sama dengan strawberry..Bab strawberry ni Erin teruja sikit.. suka sangat dengan buah strawberry tu.. Tapi mahallah harganya..

Okaylah sekian perkongsian Erin untuk entri kali ni.. Jumpa di next entry yer..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer