My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Sunday, 27 October 2013

Apa Sebabnya MIGRAIN?


Assalammualaikum

“Adoi.. Sakitnya kepala aku ni..” Aimi Syakila memicit-picit dahinya. Berkerut kening kelihatan seperti bercantum. Sakit sangat kepalanya. Rasa berdenyut-denyut. Pernah sekali dia mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehinggakan dia menarik-tarik rambutnya dan hampir dia menghantukkan kepala ke dinding akibat kesakitan yang amat sangat..

“Errr..Kau ni migrain ke Sya?” Soal Elina kepada Aimi Syakila. Elina hanya memanggil Aimi Syakila dengan panggilan ringkas sebagai Sya.

Kelihatan wajah Aimi semakin merona merah menahan sakit. Tanpa pengetahuan yang luas berkaitan migrain, Elina segera memberi minum air putih kosong kepada Aimi Syakila.



Persoalannya.. Apakah itu Migrain?

Migrain merupakan sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut dan selalu terjadi di sebelah kepala sahaja. Ada juga kes yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala.

Dalam kes yang lebih teruk, migrain ini menyebabkan pening (nausea), muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan (retebtion of fluid) dan sensitif kepada bunyi dan cahaya.

Teori mengenai migrain disebabkan oleh pengembangan saluran darah sahaja tidak boleh dibuktikan sepenuhnya. Sebenarnya saraf (nervous system) bertindak balas terhadap perkara-perkara yang menyebabkan migrain seperti stress. Ini menyebabkan spasm disaluran darah yang kaya dengan saraf seperti arteri di tapak otak kepala. Spasm ini menutup atau mengecilkan beberapa saluran arteri yang membekalkan darah ke otak

Apabila ini berlaku, pengaliran darah ke otak adalah berkurangan. Pada masa yang sama, platlet  (partikel yang berfungsi mengawal pembekuan darah) melekat antara satu sama lain dan ini menyebabkan bahan kimia serotonin dikeluarkan oleh badan. Serotonin ini mengecilkan lagi saluran darah arteri – jadi mengurangkan lagi bekalan darah ke otak.

Pengurangan pengaliran darah ke otak ini menyebabkan bekalan oksigen ke otak berkurangan. Itulah sebabnya tanda-tandanya seperti pendengaran dan percakapan yang terganggu sama seperti tanda-tanda orang yang kena strok (angin ahmar).

Bila bekalan oksigen berkurangan, ada saluran darah arteri yang membuka lebih luas untuk memenuhi permintaan tenaga daripada otak. Pembesaran saluran darah arteri ini mengeluarkan bahan yang menyebabkan kesakitan iaitu prostaglandins daripada tisu-tisu dan sel-sel darah. Bahan-bahan yang menyebabkan inflamasi (pembengkakan) seperti neuropeptides dan yang menyebabkan meningkatnya sensitiviti kepada rasa sakit juga dikeluarkan. Bahan-bahan ini juga menyebabkan pengembangan saluran darah arteri yang menyebabkan terjadinya migrain.

Sebab-sebab berlakunya migrain

1. Keturunan

2. Pemakanan – bahan perisa, keju, coklat, kekacang, alkohol. Faktor lewat makan juga boleh mendorong kepada migrain.

3.Hormon – gangguan hormon yang tidak menentu.

4. Mengandung

5. Pil Perancang – kerana mengandungi oestrogen yang boleh menyebabkan migrain.

6. Menopause (Putus Haid)

7. Tidur yang tidak teratur

8. Pengambilan ubat-ubatan yang berlebihan

9. Perubahan cuaca

10. Bunyi bising yang terlalu kuat

11. Bau yang terlalu kuat

12. Terlalu banyak menonton TV, bermain video game, skrin komputer

13. Stress dan tekanan emosi yang keterlaluan

14. Jantina – Perempuan lebih kerap mengalami migrain berbanding lelaki

TAHUKAH ANDA? (1)


Assalammualaikum..


Dalam dunia ni masih banyak yang kita tak tahu.. Maka apa yang Erin tahu sikit-sikit ni, apalah kiranya Erin dapat kongsi dengan you all kan kan..

1. Wanita lebih kerap berkelip mata daripada lelaki iaitu hampir sekali ganda.

2. Wanita lebih kerap senyum berbanding lelaki.

3. Dua juta sel darah merah mati setiap saat.

4. Kodok tidak seperti katak kerana ia tidak boleh melompat.

5. Tidak seperti binatang lain, Kangaroo tidak boleh jalan mengundur.

6. Ayam adalah lebih banyak di muka bumi berbanding manusia.

7. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

8. Badak air mampu berlari lebih pantas berbanding manusia.

9. Air liur manusia dikatakan lebih mujarab untuk mengubati luka dikulit yang terbakar.

10. Kebanyakan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati

p/s : sumber rujukan Diari Muslimah Tahun 2012

Thursday, 24 October 2013

Meroyan


Assalammualaikum.

Aish.. asal tak puas hati dengan wanita je mesti nak cakap wanita tu meroyan kan.. Jangan hanya tahu berbicara saja tentang itu.. Tahukah apa itu meroyan?? Kalau nak tahu, jom baca info di bawah ni..


Apa itu Meroyan?

Meroyan merupakan salah satu penyakit psikologi atau gangguan mental yang serius. Ia bermula  dalam masa antara 2 hingga 3 hari selepas seseorang wanita itu bersalin.

Namun ianya berlarutan untuk jangka masa yang lama sekiranya tidak mendapat rawatan.

Biasanya, ia dialami oleh wanita yang pertama kali bergelar ibu. Bagaimanapun, gangguan ini jarang terjadi. Purata anggaran hanya seorang atau dua saja wanita yang mengalaminya dalam setiap 1,000 wanita yang melahirkan anak.

Biasanya pesakit ini akan mengalami masalah murung dan sugul. Mereka akan merasa rendah diri dan sering rasa terancam seperti ada orang lain yang ingin mencederakan mereka dan bayi mereka.

Dalam istilah perubatan, penyakit meroyan ini dikenali sebagai ‘peuperal psikosis’ atau ‘postpartum psikosis’.

Apakah punca terjadinya Meroyan?

Menurut seorang pakar psikiatri di Hospital Kuala Lumpur, secara biologinya wanita lebih mudah terdedah dan mengalami kemurungan walaupun mereka tidak hamil.

Menjawab kepada persoalan punca berlakunya penyakit ini ialah disebabkan semasa kehamilan, paras hormon wanita meningkat pada paras yang tinggi. Dan selepas melahirkan anak, hormon progestron dan estrogen menurun dengan mendadak.

Ada sesetengah wanita yang sensertif kepada perubahan hormon ini, lalu menyebabkan mereka mengalami rasa sugul dan kemurungan.

Sunday, 29 September 2013

Miang-miang Keladi


Assalammualaikum

Sajak :

Jika aku diibarat jambangan keladi
Hidup meliar di tanah gambut 
Berjiran pula dengan paya
Tiada bunga dan cuma ada ubi saja

Nak dimasak gulai?
memang tak pernah
Asam Pedas resepi utama
Sebelum dimasak disiang kulit rantingnya

Pantun :
Ubi keladi dikukus dibuat serawa
Enak dimakan di petang hari
Jika dibuat serawa jangan lupa masukan santan kelapa
Dah habis semangkuk mahu minta lagi..

Sebut je keladi pasti Asam Pedas yang terbayang di mata.. Bukan main sedap lagi jika dimakan bersama nasi ulam.. Boleh bagi gred A++ kan.. Keladi ni pun ada pelbagai jenis.. Ada keladi hutan, keladi udang, keladi gajah, keladi putih, keladi ladi minyak dan keladi betawi.. Yang pasti keladi udang dan keladi ulam saja yang boleh dimakan.. Yang lain tu tak pasti pulak..

Jom info sikit bab keladi ni..

Pokok keladi mempunyai daun yang lebar berbentuk hati dengan saiz yang pelbagai. Sesetengah spesies keladi mengeluarkan sulur yang menjalar. Di negara seperti Fiji, ubi keladi dijadikan sumber makanan utama.
Keladi tidak boleh dimakan mentah dan dianggap beracun kerana kandungan calcium oxalate di dalamnya. Ia selamat untuk dimakan setelah direbus atau direndam dalam air semalaman. - Utusan Malaysia

 Bak kata pepatah, Miang-miang keladi..Makin tua makin menjadi.. Hehehe.. sekian..


Wednesday, 14 August 2013

KeDai BuKu SaTu MaLaYsiA

Assalammualaikum..

 Selalu U all pergi beli buku di mana ya?? Popular? Kunokuniya? MPH?

Haa.. Ni yang terbaru tempat yang Erin suka terjah.. Kalau orang cakap Erin ni gila buku.. Memang yer..Gila yang amat sangat.. Kalau baca buku, Erin boleh lupa nak makan..Boleh lupa nak mandi..Boleh lupa nak tidur.. haha.. itu amat berbahaya kepada kesihatan kan kan..

KEDAI BUKU SATU MALAYSIA.. U all nak tahu tak di Bandar Alor Setar baru diwujudkan UTC..Tahu ke idak apa yang dimaksudkan dengan UTC? Urban Transformation Center..Kiranya macam one stop center..Segala jabatan kerajaan yang berkaunter ada di sini.. wah mudah gituu.. Sebelum ni, nak berurusan mesti nak terkejar-kejar ke Wisma Darul Aman atau ke Pusat Pentadbiran Persekutuan di Anak Bukit.

Paling best dan teruja sangat apabila bangunan ini juga dilengkapi dengan sebuah kedai buku..Harga buku-buku kat sini murah-murah beb.. Terkejut hamba..Paling banyak novel.. Huhu.. nak pilih yang mana satu pun tak tau..So, jom serbu kedai buklu Satu Malaysia ni..

(klik sini) untuk baca tentang penubuhan awal kedai buku Satu Malaysia..
Bangsa membaca..Bangsa berilmu..Bangsa bertamadun..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer