My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Sunday 29 September 2013

Miang-miang Keladi


Assalammualaikum

Sajak :

Jika aku diibarat jambangan keladi
Hidup meliar di tanah gambut 
Berjiran pula dengan paya
Tiada bunga dan cuma ada ubi saja

Nak dimasak gulai?
memang tak pernah
Asam Pedas resepi utama
Sebelum dimasak disiang kulit rantingnya

Pantun :
Ubi keladi dikukus dibuat serawa
Enak dimakan di petang hari
Jika dibuat serawa jangan lupa masukan santan kelapa
Dah habis semangkuk mahu minta lagi..

Sebut je keladi pasti Asam Pedas yang terbayang di mata.. Bukan main sedap lagi jika dimakan bersama nasi ulam.. Boleh bagi gred A++ kan.. Keladi ni pun ada pelbagai jenis.. Ada keladi hutan, keladi udang, keladi gajah, keladi putih, keladi ladi minyak dan keladi betawi.. Yang pasti keladi udang dan keladi ulam saja yang boleh dimakan.. Yang lain tu tak pasti pulak..

Jom info sikit bab keladi ni..

Pokok keladi mempunyai daun yang lebar berbentuk hati dengan saiz yang pelbagai. Sesetengah spesies keladi mengeluarkan sulur yang menjalar. Di negara seperti Fiji, ubi keladi dijadikan sumber makanan utama.
Keladi tidak boleh dimakan mentah dan dianggap beracun kerana kandungan calcium oxalate di dalamnya. Ia selamat untuk dimakan setelah direbus atau direndam dalam air semalaman. - Utusan Malaysia

 Bak kata pepatah, Miang-miang keladi..Makin tua makin menjadi.. Hehehe.. sekian..


7 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum airyn. Sedap tu asam podeh :)

Tetamu Istimewa said...

Ubi keladi kalau buat serawa memang sedap. Kalau ubi yang liat-liat tu, oh memamang terliur.

PeRdU cINta said...

batang keladi dengan buahnya masam asam rebus pun sedap..tapi kena pandai masak dan siang takut gatal lidah bila makan..buah keladi buat pengat pun sedap..campur dengan sagu rendang sikit..wah..

norhasnizakhalid said...

mama tak pernah makan keladi erin, aiskrim keladi mama makan lah.. hihi

Scripters said...

Cantiknya pokok keladi tu...klu buat kuih seri muka keladi sedap tau...

Mizz Aiza said...

mak aiza baru saja memasak gulai keladi semalam.. bertambah nasi masa makan tu..

Unknown said...

Eh.. keladi boleh dibuat gulai ke?? Erin tak pernah rasa pun..Ingatkan dibuat Asam Pedas saja..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer