Assalammualaikum..
Hari ni tetiba rasa bahagia pula.. Nak tahu kenapa.. Jeng..jeng.. Hehe.. Buat suspen pulak kan..Sebenarnya Erin baru saja repair netbook Erin yang rosak begitu lama.. Ingatkan dah rosak terus.. Rupanya, button on je yang rosak.. Dah baiki kena RM60 je.. Lepas tu dah boleh guna dengan riangnya.. Erin lagi suka netbook ni sebab mudah dibawa ke mana sahaja kerana ia kecil dan sungguh solid.. Wow..begitulah al-kisahnya..
Al-kisah yang kedua ialah Erin dah jumpa semula karya Erin yang terkubur bersama netbook ni.. Haha.. cerita sekerat yang belum habis dikarang..
Nah..inilah cerita tu..
Dam !!! Kedengaran
pintu rumah dibuka dan dihempas kasar. Hatinya begitu gundah gulana apabila
mendengar bunyi hempasan pintu tadi. Hampir terlepas kuih karipap yang hendak
disuap ke mulut. Terlopong dia melihat bayangan di sebalik dinding itu. Sekejap
sahaja tubuh yang menakutkan itu berdiri betul-betul dihadapannya.
“Laila, kau tahukan
apa yang aku mahu setiap kali aku pulang!!” Suaranya berbau keras.
Menggigil sekujur
tubuh bagaikan melihat maut di hadapannya. Air mata sudah kering dan tidak mampu
menangis atau meraung lagi. Dalam mindanya hanya memikirkan cara bagaimana
memboloskan diri agar dia terlepas daripada seksaan itu.
Tangan lelaki yang
hampir memeluknya ditepis kasar dan dia cuba memboloskan diri. Dia tidak
sanggup lagi menjadi hamba kepada nafsu buas bapa tirinya lagi.
“Hey budak tak
sedar diuntung..!! Berani kau melawan aku?” Herdik lelaki itu sambil mengejar
tubuh yang kurus itu. Laila pula berlari sekuat hati menyelamatkan diri.
Nasib dia mampu
bersembunyi di sebalik dinding dibangunan kedai itu. Lelaki itu patah harapan
kerana tidak dapat mengejar dan mencari Laila.
Dalam hati kecil
Laila bersyukur tetapi dia masih takut kerana bapa tirinya itu ramai ‘kaki’.
Kemana dia menghilang pasti akan ditemui jua. Bukan dia tidak pernah melarikan
diri beberapa kali. Akhirnya ditemui juga dengan orang tua itu.
*******************
“Syabas Akmar..You
dapat tander projek tu..bukan senang nak menangi hati Tan Sri Lokman untuk
projek grand macam tu..Walau pun syarikat i gagal peroleh tander tersebut.
Mungkin rezeki kami untuk tander yang lain kan.” Hairi Ikwan dari syarikat Indera
Network Global merangkap rakan niaga syarikat Akmar mengucapkan tahniah kerana
dia berjaya memperoleh tander daripada Tan Sri Lokman.
Sambungannya.. (Belum ada perancangan..) Hehehe..
5 comments:
menarik gaya penulisan erin.. aiza kalau bab menulis ni tak mahir sangat..
Aiza pun pandai menulis.. Susunan ayat di blog Aiza pun bagus.. Erin suka baca apa yang Aiza tuliskan tu.. :-)
erin ada bakat ni..terpendam..sile tonjolkan ;)
wahh bakat yang ada jangan di simpan2 , serlahkan :)
salam kak erin
wani follow sini :-)
Post a Comment