Dalam erti kata yang lain pula..tidak perlu tunggu untuk menjadi cantik seperti model supaya menarik..Kadang-kadang soalan seperti ini bermain difikiran iaitu bilakah kita akan jadi seperti Angelina Jolie atau Brad Pitt?? Jawapannya adalah lebih baik kita lupakan saja soalan itu, dan lihatlah apa yang ada pada diri sendiri dan berkatalah bahawa kita mempunyai kelebihan tetapi kita tidak perasan akan kelebihan itu...Oleh itu, tidak perlu lah wajah secantik selebriti atau dramatis untuk kita menjadi menarik..dan beringat lah jangan pula kita mengubah kejadian Tuhan untuk kelihatan cantik dan menarik seperti melakukan pemedahan plastik..Berdosa tau.. Sebab Tuhan lebih mengetahui akan setiap ciptaan NYA...
Ada yang beranggapan faktor material memainkan peranan penting untuk seseorang itu jadi menarik..benarkah pernyataan ini..???Jadi Kaya raya mesti jadi menarik?? Mungkin juga..jika seseorang itu berpakaian berjenama seperti jeans levis, baju original john Master, atau berkereta besar seperti BMW..kita akan kelihatan menarik..?? Mungkin ya mungkin tidak..terserah kepada anda..Yang penting Ukur baju di badan sendiri..hehe...
Jangan kena tipu dengan harta benda, Apabila orang itu dilihat menarik kerana faktor material, sifat menariknya terlekat kepada harta tersebut, bukan kepada diri mereka sendiri. Berfikirlah mengapa seseorang itu menjadi kaya harta..mungkin dia berpendidikan tinggi dan berjawatan bagus..
Hurm..FAKTOR PANDAI BERCAKAP..ayatnya berbunyi seperti ini " Dia Pandai, yakin dan petah dalam berbicara. Melalui jenaka yang bersahaja dia bisa membuat orang lain terhibur dan menjadikan daya penarik pada dirinya...Petah menyusun kata-kata merupakan satu bakat yang boleh dimilik oleh sesetengah individu. Kepetahan bercakap tidak memerlukan seseorang yang berpendidikan tinggi atau luas pengetahuannya, cukuplah dia pandai bercakap di kedai kopi ataupun bersembang kosong di tepi jalan. Namun ia tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu nampak menarik. Apa yang penting, kepetahannya bercakap mesti menyebakan orang lain tertarik kepadanya. Apabila berbicara tentang komunikasi pula..ia merupakan suatu perkara yang agak sukar daripada bercakap. Haal ini kerana seseorang yang boleh bercakap, belum tentu boleh berkomunikasi dengan baik. Unsur komunikasi yang baik adalah bagaimana seseorang itu mengatur langkah pecakapannya agar sesuatu yang diucapkan menjadi menarik dan menjaga hati orang lain. Daripada komunikasi yang baik, melambangkan keperibadian yang tinggi serta ketinggian ilmu seseorang..
To be continue....banyak lagi yang perlu kita ketahui...
No comments:
Post a Comment