“Man..Aku hairanlah
dengan kau ni..Awek ramai, apa pasal kau tak nak kahwin lagi ek? Dah lah kau ni
handsome mengalahkan Tom Kurus..Taklah
macam aku ni..” Bebel Hairy sambil dia membelek-belek kulit tangan kanannya.
“Alah Black..Kau tengoklah awek-awek yang nak
dekat aku, semuanya serupa obor-obor..Pakaian pula mak ai, kalah minah
saleh..Kalau bawa jumpa mak dan ayah aku..Confirm
kena reject..” Azman hanya memanggil
Hairy dengan panggilan ‘Black’ kerana
kulit Hairy agak kelam sedikit. Lagipun memang dari zaman sekolah Hairy telah
mendapat gelaran seperti itu.
“Haa..siang tadi
bukan main giat lagi kau bermesej siap senyum sorang-sorang..Dengan siapa kau
mesej? Macam best je aku tengok..”
“Oh..dengan kawan
sekolah aku..Jejak kasih aku bila terjumpa nombor telefon dia..” Jelas Azman.
“Boy or girl?” Soal Hairy bagi mendapatkan kepastian.
“Agak-agak kau?”
Kedua-dua kening Azman diangkat serentak sebanyak dua kali. Aksi begitu sering
dilakukannya jika sesuatu itu bersifat suspend
“Eh, aku tanya
kau..Kau soal aku pula” Hairy sudah bosan dengan soalan suspend yang memang acap kali diutarakan oleh Azman.
“Pondan” Jawab
Azman selamba sambil dia ketawa kecil.
Membutang mata
Hairy mendengar jawapan Azman. Biar betul housemate
dia ni. Dah desparate sangat ke?
Dengan pondan pun jadi cerita.
“Suka hati kau lah
Man..Jangan terkena AIDS sudah yer..” Hairy seperti ambil serius pula apa yang
dinyatakan oleh Azman. Padahal, kenyataan itu hanyalah auta semata-mata. Tak
mungkin Azman berkawan dengan pondan kerana perempuan yang macam obor-obor itu
pun bukan taste dia.
“Eleh..Ambil port
pula kau ni..Aku gurau jelah bro..Nantilah
aku cerita pada kau..Sebab kalau nak cerita sekarang ni, makan masa bro..Empat hari empat malam belum tentu
cerita ni habis.
“Uish..Dasyat juga
ye kisah kau ni..Tak sabar aku..” Hairi yang semakin excited
“Dah azan maghrib
ni, apa kata after solat, kita pekena teh tarik kat kedai Pak Wan.” Ajak Azman.
Lagi pun sudah waktu maghrib tidak elok pula jika mereka masih bersembang dan
bergebang. Azan perlu dihormati dan solat mesti ditepati waktunya. Lebih elok
dan lebih afdal.
Bersambung yer.. Hehe.. Erin ni sambung cerita pun sikit-sikit.. Yerlah nak kasi suspend kan kan.. Cerita part sebelum ni boleh klik SINI
6 comments:
suspens..kene tunggu episod seterusnya ni
yumida isi tabung Nuffnang sini - digi - selamat menabung :)
pandai erin menulis.. boleh tulis novel lepas ni.. :D
cepat2 sambung~
Boleh tulis novel ni...pnh bercita2..tp dah tungging2 dah ayatnya..hoho..keep it up..best2 :D
Terima kasih ye you all yang sudi komen.. Erin ni memang macam ni..Ada masa free je rasa nak mengarang.. Tapi belum berani nak hantar karya ke mana-mana publisher atau untuk diterbitkan dalam majalah.. sebab rasa banyak kekurang dari segi tatabahasa ayat dan sebagainya.. Bukan senang nak jadi penulis..Penulis juga punyai risiko untuk dikritik oleh public..
Jangan takut untuk dikritik kak erin.
Post a Comment