My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Wednesday, 24 April 2013

RaHSiA KeJAyAaN WaNiTa

Assalammualaikum.. Kaifa Halukum??Muza tufakkir??
Haish..aku kecek Arab pulok doh..
Behi tok behi..
Aku memey behi benar nok kecek Arab nie..
Wait,wait...
Itu bukan lah tajuk yang bakal aku nak ceritakan..

Cer komer tengok gambo kat ateih itu..
Gambo ape kah?
Gini lah kawe nok woyaknyo..
Kawe ni behi doh dok baco naskah ni..

Baguih nie..Kalo tak cayo, acu mu gi baco
Kito go through ke naskah ni..
Paling aku suka baca BAB 3 : Rahsia Kejayaan Kerana Faktor Diri

Rahsia 1 : Kenali Diri


FIRSTLY adalah nama kita. Melalui nama boleh menjadikan seseorang itu dikenali.
U all guna lah nama yang mudah orang lain sebut. 
Kalau nama u all tu panjang macam nama Wan Ezzrin E. Rani Binti Wan Ramli
U all ringkaskan lah jadi ERIN saja. Kan mudah orang nak sebut.
Ini tak..Nak sebut pun tergeliat lidah kan..??
SECONDLY adalah penampilan u all. 
Of couse la kecantikan tu mampu memberi u all keyakinan yang bagus.
Kemudian, u all kena belajar simpan rahsia peribadi u all.
Putus cinta ke, putus tunang ke, atau apa-apa aje kena belajar simpan ler.
Ni semua nak cerita kat orang nanti orang akan pandang negatif pulak kat u all.
(sebenarnya aku pun dulu selalu gak ler cerita kat orang, now dah insaf..hehe)
Kalau u all ada kelemahan atau kekurangan jangan takut nak memperbaikinya.
Berubah itu bagus kan kan..??
The LASTLY u all kenalah tanam azam yang mendalam dalam diri walaupun tugasan yang diberikan adalah dil luar bidang.
(Buat je lah apa yang boss suruh.. dia kan boss.. u all kan kuli jer..hehe)

Rahsia 2 : Mencipta Matlamat Diri


Kita perlu mempunyai matlamat hidup bagi tempoh jangka masa panjang atau jangka masa pendek.
Ia merupakan kompas kehidupan. Ada ke orang yang tak der matlamat hidup?
Rasanya tak der kot..
Kenapa matlamat hidup tu penting?
Sebab untuk memenuhi kehendak asas, Asas menyalurkan masa, tenaga dan idea, mewujudkan asas keyakinan dan kemajuan diri, membuat kehidupan menarik dan menyeronokkan dan ia merupakan tulang belakang kepada sikap POSITIF.
Tip-tip bagi memastikan matlamat kita tu tercapai :
1. Korang tulis apa matlamat korang tu kat kertas or buku nota.
2. Korang rancang matlamat korang tu sama ada ia jangka pendek or jangka panjang.
3. Korang perlu lah yakin dengan kebolehan diri korang. Kalau tak yakin diri, macam mana nak maju kan?
4. Berfikiran positif lah, apa pun cakap kat diri "Aku Boleh"
5. Cuba lah korang tu halau sikit perasaan takut tu. Biar rumah dilambung ombak tsunami. 
Tapi korang tetap maintain..kui,kui..yo lah tu kan?
6. Pastu laksanakan matlamat korang tu ikut keutamaan. jangan pakai redah je..

Rahsia 3 : Berani Melakukan Perubahan

Dalam naskah ni bagitahu bahawa anak kunci kepada kejayaan adalah berani melakukan perubahan positif dan ia bermula dengan mengenali diri u all sendiri.
Contohnya, u all ni seorang graduan yang terpaksa mencari pekerjaan yang bukan daripada bidang yang dipelajari di Universiti.. Lebih kurang macam aku lah..Belajar bidang kewangan..Tapi aku keluar kerja bahagian pentadbiran..Tak de kena mengena langsung dengan kewangan.. Hmm.. aku redha je lah..
So, u all kena belajar apa yang telah ditakdirkan untuk u all..
Dengan meredhai segalanya mungkin akan buat u all rasa happy dengan kerja tu walaupun tak sama macam u all study kat Universiti dulu kan kan..
Janji dapat rezeki yang halal.. Tak payah pilih sangat..kang menganggur pulak..
Nak bagi u all minat dengan kerja tu, u all kena lah belajar mengetahui keseluruhan bidang kerja tu, melalui bacaan, pengalaman rakan sekerja yang senior. Then nak tanamkan minat lagi u all kena lah buat sesuatu kerja tu kerana Lillahi Taala..
In sya Allah berkat kerja u all tu..

P/S : Dalam buku ni byk sangat petua.. klau nak tahu detail..u all pi beli sendiri lah.. aku nak cerita skit-skit je dah jadi panjang berjela.. hehehe.. @_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer