My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Friday 25 October 2013

Cuba Teka? :-)

Assalammualaikum..


"Fisha.. Awak ni kan comel dan cantik, tak kan awak tak ada buah hati kot?" Sambil mereka berdua jalan beriringan menuju ke perpustakaan di Kolej. Zafran tiba-tiba menyoal Nafisha.

"Err..kenapa? semuanya yang comel dan cantik tu mesti ada buah hati ke?" Sambil tersenyum, Nafisha membalas pertanyaan Zafran. Ada ketawa kecil di hujung bicaranya.

"Bukan macam tu.. Itu mungkin pada pendapat sayalah.." Jelas Zafran.

Fisha hanya tersenyum mendengar kata-kata Zafran tu. Kelihatan manis sekali wajahnya apabila mengukirkan senyuman. Tetapi dalam hatinya siapa tahu Si Dia yang bertahta. Cuma Fisha rasa malu untuk mempamerkan perasaan yang terbuku di hatinya. Lagipun dia risau perasaan itu tidak berbalas nanti.

"Eh, kenapa awak diam saja..Ke dalam hati awak cakap biarlah rahsia." Zafran cuba untuk mendapat kepastian. Biarlah jawapan jujur yang lahir dari bibir Nafisha itu sendiri. Jika benar Nafisha masih single. Mungkin hati Zafran akan berbunga riang. Sudah lama mereka mengenali antara satu sama lain. Dan dari persahabatan itu bertukar menjadi suatu perasaan yang sangat sukar untuk diungkapkan dengan nyata.

"Kalau awak nak tahu sangat.. Cubalah teka?" Eh, soalan apa pula yang terbit dari bibir Nafisha ni. 

"Awak ingat saya ni ahli nujum ke?" Satu cuitan singgah di hidung Nafisha. Masih sempat dia mengelak.

Zafran tersenyum melihat gelagat gadis itu. 'Wah cute juga yer senyuman Zafran' Bisik hati kecil Nafisha. Sungguh bahagia dia melihat senyuman itu. Tapi bagaimana harus dia nyatakan yang dia juga sebenarnya sudah jatuh hati kepada jejaka itu?



Lirik Lagu Cuba Teka - Tasha Manshahar


Matamu lembut bagai bayu
Juga awan biru di langitku
Senyum mu seindah mentari
Selalu menerangi mimpi sepi

Cubalah cuba sayang teka
Siapa yang bertaktha dalam jiwa
Adakah kau rasa?

Sayang ku selalu ada waktu tuk menyanyangimu menjagamu
Seluruh hidupku..

Matamu redup bagai bayu
Juga awak biru di langitku
Senyummu seindah mentari
Selalu menerangi mimpi sepi

Cubalah cuba sayang teka
Siapa yang bertaktha dalam jiwa
Adakah kau rasa?

Sayang ku selalu ada waktu tuk menyanyangimu menjagamu
Cuba cuba
Cubalah cuba sayang teka
Siapa yang bertaktha dalam jiwa
Adakah kau rasa?
Sayang ku selalu ada waktu tuk menyanyangimu menjagamu
Seluruh hidupku..

Caramu mempersona kalbu
Sesungguhnya aku tahu kamu terbaik untuk diriku

13 comments:

wanariahamiza said...

Ingat ke Kak Erin nak main teka-teki. Dah bersemangat nak jawab ni. Hehe. Sekali tajuk lagu.

Unknown said...

Hehe.. Tajuk lagu tu Cuba Teka.. Best rentaknya.. :-) selamat membaca cerita dan hayati lagu tu..

Unknown said...

hmm... sweet citenye.. terbayang latar tempat di uitm tempt sy kerja tu..

lagu so catchy jugak..

Scripters said...

cerita tu sedutan dari novel apa kak erin?

Unknown said...

Ida..dialog cerita di atas tu kak Erin karang sendiri berdasarkan lagu.. Rasanya belum ada novel kot.. Hehehe...Kak Erin suka-suka karang cerita ni..

Blog Santai said...

ingatkan ada teka-teki tadi..nway sweet aje dialog tu..

ANIM said...

ingatkan aperlah tadi erin..heeee

Mizz Aiza said...

aiza ingatkan teka teki tadi.. hihi.. rupa-rupanya tajuk lagu.. :D

PeRdU cINta said...

2 in 1 ni erin..boleh jadi teka teki dan rupanya tajuk lagu..hehehehe..

Shiqin Sunshine said...

lirik dia tu macam dah bagi jawapn utk teka soalan yg kak erin bg... hehe kan?

Kai Ssi said...

lagu ni best...
ade sorang gadis ni bagi kt sy..
tros kene dengar hari2..
╔════════════════════════╗

║ My Blog ► http://abgdude.com/blog

╚════════════════════════╝

Tetamu Istimewa said...

Saya suka lagu ni.

Fais-SKA said...

he3..berbunga2 je bila sy bca =) bila lelaki tnya mcm tu pasti dia berkenan kt prmpuan tu kn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer