Assalammualaikum
Siapa suka makan cendawan..?? Sila angkat tangan.. Sedap tak cendawan?? Mestilah sedapkan..Tambahan pula cendawan goreng celup tepung.. Lagilah sedap medap.. Hehe..You all nak tahu tak, cendawan ni pun banyak khasiat tau.. Jom scroll ke bawah dan baca..
Cendawan Sisir / Kukur
Cendawan Lin Zhi
Cendawan Tiram Putih
Cendawan Shitake
Cendawan Jarum Emas
Cendawan Telinga Kera
Ia mengandungi
Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser selain
dikatakan dapat membantu meningkatkan system imuniti tubuh,
anti-radangan, anti-bakteria, anti parasit dan melindungi hati.
.
Cendawan
kukur merupakan jenis cendawan klasik yang selalu ditemui di mana-mana
kawasan yang terdapatnya kayu mati terutamanya batang kayu getah dan
lain-lain. Disebabkan sifatnya yang tahan lasak, ia mudah tumbuh dan
tidak memerlukan penjagaan yang rapi.
Cendawan Lin Zhi
Cendawan Ling
zhi secara semula jadi tumbuh liar di dalam hutan di mana jumlahnya
sangat sedikit dan sukar didapati. Ling zhi adalah mikroorganisma
berkhasiat semula jadi yang ajaib. Hanya spesis terbaik sahaja yang akan
memberikan keberkesanannya kepada kesihatan kita dan mengubati pelbagai
penyakit.
..
Di
antara khasiatnya ialah melancarkan proses penghadaman, membersihkan
darah, meneutralkan bisa, melindungi hati, mengawal atau melawan usus,
tonik untuk selesema, mengawal tekanan jantung, menghilangkan batuk,
mengeluarkan kahak, mententeramkan fikiran, mencegah kanser dan
mengubati resdung.
Cendawan Tiram Putih
Jenis cendawan tiram pula iaitu
Abalome atau nama saintifiknya Pleurotus cystidiosus, Pleurotus
flabellatus (tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram
kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan Pleurotus sajor-caju (
tiram kelabu) dikatakan berupaya mengawal atur darah, merendahkan
tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid, meningkatkan
system imuniti bagi melawan jangkitan virus dan bacteria, menghalang
pertumbuhan tumor dan agen anti oksida...
Cendawan Shitake
Shiitake kering
diproses dengan cara dijemur di bawah sinar matahari dan perlu direndam
di dalam air sebelum dimasak. Walaupun ada yang menganggap cendawan
shiitake sebagai sayuran namun sebenarnya cendawan shiitake adalah
sejenis kulat yang tidak ada akar, bunga atau biji. Terdapat pelbagai
khasiat dan nilai perubatan cendawan shiitake. Antaranya, pelbagai asid
amino, banyak vitamin dan mineral seperti vitamin A, B, B12, C, D dan
niasin.
..
Kajian
mendapati bahawa kebaikan cendawan shiitake adalah disebabkan bahan
aktif lentinan yang terdapat di dalamnya. Antara nilai perubatan
cendawan shiitake adalah kebolehannya untuk memberi tenaga kepada system
imun, menguatkan kebolehan system imun bagi menentang jangkitan dan
penyakit.
..
Malah
dikatakan lentinan menunjukkan daya efektif yang tinggi daripada
sesetengah ubat terutamanya bagi menentang influenza dan penyakit lain.
Ia juga diguna sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks
dan payudara, merencat kejadian semula kanser, meningkatkan sistem imun
dengan merangsang limfusit dan makrifaj melawan bacteria, virus, sel
tumor dan toksin.
Cendawan Jarum Emas dikatakan merupakan agen toksik
kepada sel tumor, meningkatkan system imuniti tubuh serta menghalang
jangkitan kulat dan virus. Selain agen anti radangan dan aktiviti
pelindung gen – menghalang kerosakan DNA.
Cendawan Telinga Kera
Cendawan ini dipercayai dapat merawat gangguan kardiovaskular iaitu
memecahkan darah beku didalam jantung manusia. Khasiat lain cendawan ini
seperti menurunkan tekanan darah, merendahkan paras kolesterol dan juga
lipid. Kajian menunjukkan cendawan jenis ini mampu melindungi kerosakan
DNA dan juga antioksidan yang baik. Ada yang mendakwa cendawan ini
membantu mengurangkan berat badan.
10 comments:
wow, betul2 buat kajian pasal cendawan ni :D
alhamdulilah terima kasih kerana infonya ..cendawan goreng tepung pon sedap
1st time dengar pasal cendawan telinga kera tuh..
dulu mun xmakan tp skrang dah jatuh cinta pulak dgn cendawan ni..
bgusnya info ni =) he3 sy suka mkn cendawan..nk2 sup cendwan..sedap2..
banyak juga khasiat cendawan.. aiza suka makan cendawan tiram tu je, sedang digoreng celup tepung.. :D
Cendawan sisik is the best...teringat masa kecik2 dulu..kalau takder lauk, hari kena pi joging, cari kayu api, cuti skolah..pi kutip kat kebun getah belakang umah...mak goreng kunyit atau buat masak lemak..sedap..macam daging wooo....
Bnyak khasiatnya kan. Tapi dalam keluarga saya cendawan memang tak popular. Kami tak berapa suka.
Baik sekali... Ada informasi berkaitan cendawan shitake. Terbaik.
Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
Post a Comment