My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday 12 October 2013

Tanya Mentadak Tentang Cara Tidur?

Assalammualaikum..


Wow.. masih ingat dengan serangga ni?? Siapa biasa nampak atau terjumpa dengan serangga ni, cepat angkat tangan.. Hehe..

Ni kan mentadak.. Kalau rumah penuh lalang mesti akan jumpa Si Hijau ni.. Suka masuk rumah dan hinggutkan badan saja.. Jangan hampiri, nanti dia terbang naik ke badan, siapa yang akan menjerit?? ..Serangga ni pun terbang seperti lipas juga..

Erin masih ingat jenaka orang zaman dulu-dulu.. Kononnya nak tahu macam mana seseorang tu tidur, hanya tanya kepada Mentadak ni... Serangga ni akan buat gaya.. Tapi nampaknya gaya yang sama, hanya beringgut badan.. haha.. Lawak kan... Iyelah usikan orang dewasa kepada kanak-kanak.. Maka, gembiralah  si kanak-kanak.. itu.. TV tak ada..Maka Si penglipur lara pun mulalah berauta sana sini.. Kreatif orang zaman dulu-dulu ni..

Mentadak mentadu..
Erin tidur macam mana??

Nanti Mentadak mentadu tu hanya hinggutkan badan..
Kalau tanya Erin tidur macam mana..
Tetiba dia terbang pula..
Maknanya tipu sangatlah kan..
Tak kan Erin tidur sambil terbang..
Agak-agak lah kan.. Ish,ish..

Nak tahu orang putih panggil apa dekat Mentadak ni.. Hmm.. depa panggil Mantis.. Bukan mancis yer.. Sebut mancis, nanti terbakar pulak.. 

Selain itu, ada juga yang memanggil serangga ni dengan panggilan Cengkadak.. Nasib bukan cempedak.. Kalau tak, kau kena makan dek manusialah wahai Cengkadak.. 

Ini info yang Erin copy dan paste dari wikipedia..

 Sebagaimana serangga lain, mentadak mempunyai tiga segmen badan, dengan kepala, toraks, dan badan (abdomen). Mentadak betina mempunyai serkus yang besar dan kuat. Segmen pertama dari tiga, protoraks, adalah memanjang dan darinya terdapat kaki hadapan yang diubah suai.

p/s : Kalau you all ada cerita atau kisah berkaitan Mentadak Mentadu Cengkada dan Mantis ni.. Bolehlah kongsi di blog ni.. Gambar Mentadak tu Erin snap masa Erin berada di kampung rumah nenek Erin..

10 comments:

Unknown said...

kalau serangga ni yumida x takut sgt
tp takut kumbang yg merayap kat bdn kita
selalu kena kejar kucing kat umah mentadak ni

sha (chirp chirp) said...

huhu. sha pon selalu nyayi gitu time kecik2 dulu. rasa kelakar pulak bila ingat balik. setiap kali tnya mesti mentadak tu buat gaya pelik2 :D

biskutcelup said...

dulu kecik2 suka gak main tanya2 mentadak ni..huhu :D

norhasnizakhalid said...

mama takut jugak dengan binatang ni..

Scripters said...

Nostalgia masa kecil... ida pun dulu pantang jumpa mentadak mentadu ni sampai letih dia ida buat hehe. Kadang2 betul tau kak erin, bila kita tanya macam mana sipolan2 tu tidur, mentadak tu angkat kaki lah... pastu tanya lagi, dia angkat tangan depan pula lah... hehe memang seronok!

Mizz Aiza said...

dah lama aiza tak jumpa mentadak ni erin.. teringat di kampung aiza memang banyak mentadak dan belalang.. mak aiza selalu juga usik bab yang tidur tu.. memang lucu.. hihi..

Mirza Rohizat said...

tak berani la pegang benda ni,hehee

Kai Ssi said...

wahh mentadak ni kungfu dia power!
sering di jadikan kungfu...
mcm citer kungfu panda tu ...

http://abgdude.com

Lieya Von Jay said...

saya pon salu nyanyi mcm tu kalo jumpa dgn mentadak mentadu. mak yang ajar hehe

TelingaBulat said...

xtau lak cara mentadak tido..xsmpt suha hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer