Assalammualaikum..
Cerita semalam belum kau habiskan
Kini timbul pula cerita hari ini
Kau bergolak dengan pelbagai masalah
Namun hakikatnya kau sendiri tidak terima kebenaran
Kau sering kali propaganda
Kau bilang mereka itu dusta
Sedangkan kebenaran berpihak kepada mereka
Kau buntu dalam dilema yang kau cipta
Sedang mereka sibuk bicara tentang perkara itu
Kau pula mencelah dengan pelbagai auta dan dakyah yang salah
Bila ditegur dan kau mula melenting
Di manakah kesabaran yang kau agung selama ini?
Kau sombong, kau angkuh
Kau tidak mahu terima apa yang diwartakan oleh orang lain
Kau bilang mereka itu salah tafsir
Padahal kau sendiri yang tercela dengan ego yang tak berbelah bagi
10 comments:
manusia memang x dapat nk lari dari perasaan ego bila ia dah menguasai diri...
http://abgdude.com/blog/2013/10/09/makanminum-nasi-kukus-ayam-goreng-berempah
Harus dijauhi org mcm ni.
Ego yang menguasai diri, akan membinasakan diri.
orang yang hebat adalah apabila dia sanggup merendah diri dan mengakui silap dan salahnya..akur dengan kelemahan diri..kerana dia berjaya melawan hasutan nafsu dan iblis agar sentiasa mendabik dada..
org ego ni susah nak bawak diri. dia xmungkin akan mengalah even dlm situasi yg dia memang salah
kerana ego manusia hilang pertimbangan..
jgn berkawan dan rapat dgn orang ego..xde faedah pn..kita pula yg merana nnti..sma2lah doakn mereka berubah..
kadang2 ego tu mbuatkan org tu enggan mengakui kesilapan yg dia buat..susah nak berurusan dgn org mcm nie..sabar erk..
jangan sampai ego tu memakan diri kita.. bahaya orang macam gini
Tak rugi kalau kita rendahkan ego kita:-))
P/S rafflesia tu cantik. Teringat kembara kak mcari rafflesia di hutan belum thn lalu
Post a Comment