Kau beri aku gelang suasa itu..
Biarpun bukan tulin emas 94 karet..
Ia masih punyai nilai..
Lalu utas gelang itu aku simpan..
Kau beri aku sekuntum bunga kemboja..
Kenapa tidak diberi mawar sahaja..
Engkau tersenyum..
Ternyata ada maksud tersirat..
Kini kau tidak beri apa-apa lagi..
Aku tidak mengerti..
Kau sepi dan terus menyepi..
Aku cuba merungkaikan misteri ini..
Akhirnya ku terima jawapan berduri
Sebab kau menghilangkan diri
Aku sering termimpi..
Baru ku sedar yang engkau pergi takkan kembali..
Pusara kudus dilitupi kabus pagi..
Kukuh dua nisan berdiri..
Bukan aku tidak redha kau pergi..
Tetapi mengapakah kau pergi waktu ini
Idea : Puteri Airyn July 2013
Idea : Puteri Airyn July 2013
2 comments:
Sayu ja bila baca sajak ni. Terbaek...
eryn mmg minat tulis sajakk yer...
wahhh bestnya...
puitisss gitu taw..
Post a Comment