Aku termagu di buian rindu
Mengharap kasih yang tidak kesampaian
Sehingga aku terlena diulik mimpi
Membawa aku ke destinasi fantasi
Fantasi itu di suatu sudut kanopi
Hampir aku terlupa dimanakah tempatnya
Di situ aku sendiri membawa diri
Masih tercari-cari siapa gerangan diri ini
Lantas seseorang datang meraih tangan ku
Aku terpaku melihat wajahnya
Kemudian aku meleraikan pegangan
Bersama jiwa ini, aku terus melarikan diri
Dia cuba mengejarku
Di sebalik dahan itu aku menghilangkan diri
Tidak mahu diganggu lagi
Kerana.. Biarkan aku sendiri dan terus sendiri
Hasil Nukilan : Puteri Airyn 17 Februari 2015
No comments:
Post a Comment