Assalammualaikum
Kini aku jejak kembali di Muara ini
Segala kenangan aku imbau kembali
Derasnya engkau bercerita masih terngiang-ngian lagi
Gelak tawa mu yang penuh seri
Sepetang aku meratap Muara
Muara yang penuh dengan cerita kita
Engkau dan aku memang suka bercerita rahsia
Supaya tidak ada orang yang tahu al kisahnya
Suatu hari ku lihat kau begitu gembira
Pergi ke laut dan beri aku suatu berita
Berita itu ialah berita lara
Aku menderita juga sengsara
Bertahun aku menanti kau pulang
Sampai orang bicara aku hilang kewarasan
Menangis aku bukan kepalang
Kerana jasad dan tubuhmu telah hilang
Kisah duka di Muara kukuh dalam ingatan
Dek kerana kau hilang di lautan
Mungkin lautan itu menelanmu tanpa alasan
Yang tinggal hanya rinduku tanpa batasan
Puteri Airyn Sept 2013
11 comments:
Hai Airyn! Salam perkenalan dari Mieza.. Singgah sini jalan2 cari kawan baru.. Nukilan kat atas ni hasil nukilan Airyn sendiri ke? Puitis sangat.. Mieza yang baca ni pun terasa kehilangan yang Airyn rasakan..
UNDIAN IKHLAS ANDA DIPERLUKAN!
Nukilan sendiri.. Erin memang minat bersajak dengan bahasa yang gak puitis.. :-) Suka menghayati.. Ni kisah sedih seorang kekasih yang kehilangan kekasihnya ketika pergi menangkap ikan di laut..
Puitis sekali... kisah benar ker kak Erin?
bagus nukilan akak. sy tak berapa pandai menulis sajak. :) keep it up!
Header baru ya Kak Erin.
Siapalah yang ditelan muara rindu tu ya.
cikgu, kak erin ni cepat jemu..ni tukar header lain plak.. hehe..kak erin ni suka berangan..sajak tu hasil khayalan kak erin lah tu..
bakat kurniaan ILAHI..asal memberi manfaat pada yang lain maka ganjarannya pasti berpanjangan..airyn berbakat la..teruskan ye,,suka baca ni.. :)
boleh terasa perasaan yang cuba disampaikan dalam sajak ni..thumbs up kak erin :)
sedih sajak ni erin.. ditinggalkan orang yang dicintai kerana pergi buat selama-lamanya..
nukilan sendiri..? hebat...
tq semua sebab suka sajak ni..memang sukar utk kita gambarkan apabila hilangnya seseorang
Post a Comment