Assalammualaikum..
Cara dan sikap menunjukkan sebahagian daripada psikologi yang ada pada diri kita..Pernah anda merasa diri anda hebat?? Ya..!!! Kadang kala kita kena fikir bukan apa yang kita ada.. Tetapi fikirlah apa yang orang lain tak ada.. Apa yang kita ada tidak semestinya orang lain miliki dan apa yang kita tak ada tak semestinya orang lain tidak miliki..
Sikap mendabik dada tak kala melihat kelemahan dan kekurangan orang lain.. Itu sudah memadai yang menunjukkan keriyakan diri kita. Sentiasa muhasabah diri adalah jalan terbaik menyedari diri ini adalah hamba Allah yang serba kekurangan.
Jika dianugerahkan kita sesuatu kepakaran. Ucapkanlah Alhamdulillah dan gunalah ia ke jalan kebaikkan.. Jangan sekali mengatakan "Aku boleh lakukan segalanya dan aku ada banyak kelebihan yang engkau tak ada" .. Sedarlah diri bahawa itu semua kepunyaan Allah S.W.T.. Dan pada bila-bila masa sahaja Allah boleh mengambilnya semula.. Dengan ungkapan "Menyusur ular di bawah akar , tidak akan hilang bisanya".. Kita tidak usah bimbang.. Walaupun kita bersikap rendah diri, kita masih berilmu, melainkan terlumpuhnya otak dan hilangnya segala anggota badan.. Bersyukurlah.. Dan berwassatiahlah dalam segala perkara..
Sekian catatan tentang psikologi, ragam dan sikap manusia, di ulas dan dikupas demi suatu kesedaran bersama...
6 comments:
betul 2 kak..stuju sgt2..sifat rndah diri tu lebih baik..Allah pun suka =)
Betul tu akak..merendah diri bukan mnunjukkan kekurangan diri kita..tpi itulah sifat terpuji yg Allah suka..=D
salam...dijempot join segmen ni
http://izzriidris.blogspot.com/2013/09/segmen-bloglist-izzri-idris_21.html
InsyaAllah ezrie.. Nanti Kak Erin joint.. Terima kasih kerana menjemput
merendah diri tak semestinya kita lemah.. wasatiah itu yang terbaik..
itu adalah sebaik-baiknya... rendah diri adalah satu sifat yang terpuji, mama suka berkawan dengan orang yang merendah diri, dari yang sentiasa nak berlagak bagus....
Post a Comment