My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Sunday, 9 June 2013

Segelas Kasih (1)

There’s a hero
If you look inside your heart
You don’t have to be afraid
Of what you are
There’s an answer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away
And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you’ll finally see the truth
That a hero lies in you

(Melalui laptopnya)

Menghayati bait-bait lirik lagu My Hero nyanyian Maria carey membuatkan hati Fatin Sofihana menjadi sayu..Hatinya sentiasa untuk Farhan Haikal.. Dia rindukan saat-saat bahagia mereka..terutamanya disaat awal pernikahan mereka.. 

"Sofi..barang yang lama jangan dikenang.." Tegur Mak Kiyah.

"Ibu tak faham perasaan Atin.." Dia lebih selesa membahasakan dirinya dengan panggilan Atin, meskipun ibu kesayangannya itu memanggil namanya Sofi..

Dia melentukkan kepalanya ke bahu Mak Kiyah..

"Ibu faham.. Sofi tu terlalu sangat teringatkan Farhan..Kalau dia betul-betul milik Sofi.. InsyaAllah..Ibu percaya dia akan kembali.." Sambil tangan ibu itu menyentuh ubun-ubun anaknya..Terasa belaian kasih seorang ibu..

"Ibu..Kenapa semua ni terjadi kepada Atin? Atin tak mampu nak tanggung..Bertahun Atin berkawan dengan Abang Han..Akhirnya bila kami berkahwin..Hanya mampu bertahan sebulan sahaja.."

"Inilah dugaan yang perlu Sofi hadapi.." Dia cuba memujuk hati anaknya yang kesedihan itu.

"Sofi ada mesej Farhan tak hari ni?" Dia bertanya lagi kepada Sofihana. Manalah tahu anaknya itu ada menghantar mesej melalui telefon kepada Farhan.

"Ada.." Jawab Sofihana ringkas. Tetapi jelas membawa maksud yang mendalam dan sukar untuk diungkapkan..

"Habis tu Farhan balas tak?"

Sofihana hanya membalas pertanyaan Mak Kiyah dengan gelengan kepala sahaja. Kasihan Sofihana. Rindunya terhadap suami tersayang amat mendalam. Dia pun tidak sangka yang hati Farhan cepat betul berubah. Benarlah kata pepatah. Sekali ombak menghempas pantai sekali pasir berubah..Inikan pula hati manusia..

"Ibu..Kenapa perempuan hatinya setia?"

"Tak semua Sofi..Ada juga perempuan yang curang..Dan tidak semua lelaki itu tidak baik..Sofi kena ingat tu.. Apa yang terjadi ini mungkin ada hikmahnya..Bersabarlah sayang.."

Kini hati Sofihana terubat sikit dengan kata-kata ibunya itu..Tersenyum Mak Kiyah melihat anaknya yang sedikit lega.

"Okay..sekarang ibu tak nak anak ibu ni sedih lagi ye..Sofi kena tabah..Disamping itu..perbanyakkan berdoa.. Senjata orang mukmin adalah doa.. Semoga ada sinar untuk anak ibu ini..Ibu juga akan sentiasa berdoa untuk Sofi.."

"Terima kasih Ibu..Atin mengantuklah..Nak tidur dulu.." Sofihana mula mengatur langkahnya menuju ke bilik tidur.

"Anak Ibu terlupa sesuatu ye?" Langkah Sofihana terhenti. Pandangannya menghala ke arah Mak Kiyah.

"Atin terlupa nak tutup laptop." Dia menghampiri laptop yang berhampiran Mak Kiyah. Lalu laptop itu di shout down kan. Kemudian dimasukkan ke dalam beg yang berwarna hitam dan berjenama Acer.

"Selamat malam ibu..Atin tidur dulu ye." Dahi ibu dikucupnya. Manja betul Fatin Sofihana dengan Mak Kiyah.

"Selamat malam sayang, Sweet dreams." Sambil membalas ciuman dipipi gadis tersebut.

Dia mengatur semula langkahnya untuk ke bilik tidur. Di dalam fikirannya masih terbayangkan Farhan. Ya Allah dasyatnya mencintai seseorang yang tidak mencintai diri kita lagi.

***
From PuteriAiryn

I LoVe CooKinG




When i said that i love cooking..
I knew.. May be u r shock??

Ramai yang ingat Erin ni tak reti masak..
Ye lah.. Kat rumah memang jarang sangat nak masak memasak ni.. sebab Mama pun masak..
Nanti makanan banyak.. Jadi membazir pulak kan..
So decide..Biar Mama sorang je masak.. Erin just tolong potong and hiris apa yang patut..

Tapi bila sesekali Erin masak..
Sure Mama and Adik cakap macam ni..

"Wah tak sangka lah Hang ni pandai masak.. tapi malas nak masak.."

Hehehe..Ye lah secret resepi kan..

Kadang-kadang adik tanya..

"Kak Erin buh apa eh dalam nasi goreng tu.. Sedap sungguh aih.."

Hehe..Ikhlas ke puji tu dik..?? Tapi may be jugak lah kan..
Erin just senyum je..Dalam hati tu bangga ar.. 
(Riyak itu tak bagus..Cepat-cepat istifar dan ingat Allah)

Antara dishes yang Erin suka masak ialah..

1. Singgang ikan (Tak kisah lah ikan apa pun)

2. Masak Kicap (Tak kisahlah ikan / Daging / Ayam)

3. Spagetti bersama sos daging cincang

4. Nasi goreng scramble egg with onion

5. Nasi goreng cili padi.

6. nasi goreng kampung

7. Sambal Tumis Udang.

8. Kuih Samosa (Selalu je buat.. sebab family suka makan)

9. Sotong Masak Kunyit

10. Sayur Kangkung Belacan

(Banyak lagi and tak larat nak senarai)

*** Teringat zaman UUM dulu.. Erin lah yang selalu buat nasi goreng untuk kawan-kawan sebab dekat bilik Erin ada rice cooker.. Nasi lebih buat nasi goreng untuk depa yang study sampai tengah-tengah malam.. Miss You all.. Always remember our memories.. Tambah-tambah time bangun sahur and masak sardin, goreng telur dadar and masak kicap ayam.. Semua tu kita masak guna rice cooker je..
Rice cooker tu dah jadi macam periuk serbaguna pulak kan..Alhamdulillah.. Tamat je study.. rice cooker Erin tu pun rosak.. Huhuhu..Kenangan tinggal kenangan ***

Siapakah Dia?


Okay before tidur.. Erin nak tulis lagi satu entri..

"Along !!! tu tengok adik-adik ni..Jangan biarkan diorang main bersepah-sepah kat rumah..Jaga adik-adik tu..Mak nak pergi kerja dah." Suara Emak berkumandang memberikan arahan..

A.L.O.N.G

Ha...Kepada hampa-hampa semua yang bergelar anak sulung..
Mesti pernah terima arahan dari mak hampa yang berbunyi macam dialog di atas tu kan??

Tugas sebagai anak sulung memang berat.. Tambahan yang mempunyai ramai adik beradik..
Jenuh lah nak menjaga kan??
Macam Erin ni pun anak sulung jugak..Tanggungjawab memang besar..
Tapi bab nak jaga adik tak lah teruk sebab Erin ada seorang saja Adik..

Selalu saja Erin dok tinjau sikap anak-anak sulung ni..
Nak kata jadi anak sulung ni boleh jadi anak emas.. Memang tak lah..
Selalu kena tempit dengan mak ayah adalah..
Kesiankan..

Dah nama pun anak sulung.. Jika mak dan ayah tak ada di rumah..
Siapa lagi yang memainkan peranan menjaga seisi rumah dan adik-adik..??
Sure lah kami-kami yang bergelar anak sulung ni..

Okay..bab perwatakan anak sulung ni..
Erin dok tinjau-tinjau.. dan dok buat research.. semuanya hampir sama saja..
Haa.. nak tau sikap anak sulung ni macam mana??

Firstly..Ialah pendiam..sometime cakap banyak dan suka beri arahan..
(Sebab dah terbiasa dengan arahan mak ayah.. bila mak ayah tak ada di rumah.. Dia perasan dia lah ketua keluarga..Hehe)

Yang ke-2..Kuat berahsia..Huis.. memang pun.. Bila mak ayah tanya.. semuanya dia tak tahu..
(Padahal dia tahu..Ini disebabkan dia malas bercakap.. bila salah cakap nanti mak ayah bebelkan dia)

Yang ke-3.. Anak sulung ni..Kaki usik.. Kalau sehari tak usik adik-adiknya..
Memang tak lengkap lah kehidupannya..
Bila adik tu dah nangis merenget-renget.. baru dia puas hati..
(Jahat punya abang and kakak ni)

Yang ke-4..Apa-apa keistimewaan..Kalau boleh biarlah dia yang dapat dulu..
Yang balance tu baru bagi kat adik-adik..
(Apa punya tur lah..Baget bagus..Hehe)

Yang Ke-5.. Suka nasihatkan adik-adik..
(Macam-macam nasihat dia nak bebelkan..Last-last adik-adik ambil kapas tutup telinga..Sebab malas dengar)

Yang Ke-6..
U all fikir sendiri lah.. Erin dah nak tidur ni..Esok kerja pulak.. Huhuhu..

- GOOD NITE, SLEEP TIGHT AND SWEET DREAMS -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer