My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Tuesday, 17 March 2015

My Make up?

Assalammualaikum ..

Hai you all..goodmorning..


Just nak show off my barang make up je..yang penting erin suka sangat dengan lips stick kiss proff ni..smooth je kat bibir..warna pun cantik..bila minum air ke..ia tak cepat pudar atau hilang..
Lagi satu erin suka eye shadow yg jenis stick ni sebab mudah nak pakai..selalunya erin akan guna jenama naked..

Saturday, 14 March 2015

Happy Birthday To Me..!!

Assalammualaikum..

Hai you all you all sekelian..



The Best wishes to me for today is HAPPY BIRTDAY or SELAMAT HARI LAHIR.. or SANAH HELWAH..Oh noooo..!! Now i'm 31 years old.. Eh dah tua yer?? My life begin 30 you know.. Cewah yer lah tu..

Entri ni ditulis agak lewat kenapa? Mengapa? Ada sebabnya..Sebab apa.. Hehe.. sebab semalam tu Erin tidur awal.. Al maklumlah ke gym bersama my BFF.. So apa lagi dah letih..Maka tidurlah awal..

Hari ni genaplah umur Erin 31 tahun.. Bila bagi tahu umur.. Automatiknya you all mesti dapat agak Erin lahir tahun bila kan kan?

Seharian berjalan-jalan di Perlis.. Penat jugak lah..Apa pun terima kasih yang tak terhingga kepada Abah, Mama dan Adik sebab sudi meluangkan masa di hari jadi ku ini.. Sampai capek diriku jadinya..

Dan tak lupa juga Erin nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan dan saudara mara yang mengucapkan Happy Birthday kat Erin ni.. Sama ada melalui Facebook, wechat, whatsapp, beetalk dan juga mesej yang menggunakan kredit tu.. Hehe.. Terharu Erin bila you all wish birthday kat Erin.. Hampir menitiskan air mata ke'terharu'an tau..  

Dan terima kasih kepada my younger sister sebab sudi hadiahkan patung katak yang sungguh comel.. Eh umur 31 tahun pun still peluk anak patung? Yelah.. belum kahwin kan.. hahaha..(Ada kena mengena ke?)

Akhir kata.. Erin happy sangat-sangat hari ini.. Dan... Terima kasih juga kepada someone yang nun jauh di KL nuu.. Walaupun sibuk dengan latihan.. Sudi juga call Erin then wish birthday..

Erin amat menghargai orang-orang disekeliling Erin.. Tanpa you all semua.. Sunyilah hidupku..Sekian Wasalam.. 


Wednesday, 11 March 2015

Masalah Anak Dara Tua dan Anak Teruna Tua

Assalammualaikum..

Hai.. Selamat Malam..

Seperti yang dijanjikan.. Erin nak tulis juga entri tentang ini.. Walaupun diri ini belum terlajak tua.. Hehe.. Apa pun chill.. Kalau orang yang cakap Erin ni anak dara tua.. pun cakap lah.. Tak kisah pun.. Sebab jodoh itu ketentuan Allah Yang Maha Esa..

Tetapi buah mulut orang tu yang Erin hampir tak tahan.. Boleh ke tanya macam ni "Erin ni kenapa? Tak mau berkahwin kah?" Uish soalan apakah yang kamu semua ke utarakan ni? Cuba tanya lembu.. Dia pun cakap nak kahwin.. Haha.. Ada ke suruh tanya lembu pulak.. Hmm.. Ibaratkan sahaja..

Kenapa seseorang itu belum bertemu dengan jodohnya? Mungkin juga sebab kifarahnya.. Mungkin juga sikap atau kekilafannya.. Mungkin juga dia terlalu baik sehingga Allah belum pertemukan dia dengan jodohnya.. Mungkin juga disebabkan dia ada tanggungjawab terhadap ibu bapanya yang uzur atau sakit..Semuanya bersebab.. Dan ada juga yang jodohnya terlebih dahulu pergi mengadap Illahi..Allahualam..

Memang tak dinafikan soalan demi soalan akan diajukan.. Tetapi jawablah dengan berhemah supaya hati kita dan hati orang yang bertanya itu tidak terguris.. Jawab dengan senyuman jika ada yang bertanya 'bilakah kita akan berkahwin?' .. Bagi Erin jawapan yang simple.. "Saya akan berkahwin tahun hadapan.." Bila tiba tahun hadapan mereka bertanya lagi.. Erin akan jawab tahun hadapan.. Sehinggalah jodoh itu sampai.. Simple kan.. hati kita pun tak sakit.. hati orang lain pun tak sakit..

Masin mulut 44 kali cakap kahwin tahun hadapan.. Sekali jadi kenyataan..Alhamdulillah.. Maka bolehlah jemput jiran tetangga dan sahabat handai ke kenduri.. Hehehe

Akhir kata.. Setiap soalan ada jawapan.. Kalau nak jawapan yang pasti.. Semuanya bergantung kepada Allah SWT.. DIA Maha Mengetahui.. 

Sekian.. Wasalam @_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer