My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Thursday, 4 December 2014

Aku Yang Masih Menanti



Ketika badai dan ombak menghempas diriku..
Aku seperti kehilangan arah..
Aku mengharapkan sinar bahagia menerjah kehidupanku
Dalam doa aku memohon agar aku diberi jalan itu

Aku pasrah jika dosa-dosaku menyekat segala kebahagiaanku
Tetapi sesungguhnya aku masih berharap jika aku diberi peluang.
Aku juga seperti insan-insan yang lain ingin menyayang dan disayangi
Punyai seseorang yang begitu menghargai diri ini seikhlasnya.

Aku menanti dari hari demi hari..
Waktu demi waktu..
Tetapi aku masih terasa sendiri dan sepi

Aku punyai sepasang mata
Mata itu kelihatan ceria..
Tetapi mata itu tidak bisa berbicara secara lisan
Cuma insan yang pandai menilai akan berkata
Mata ini menyimpan pelbagai duka kerana kelopaknya sentiasa berair

Aku pasrah dengan kehidupan ini..
Dan aku terus menanti untuk diberi sedikit kebahagiaan
Sebelum nafasku yang terakhir...

Wednesday, 26 November 2014

Apa Kata Masha???

Assalammualaikum..

Holaa.. Hai you all.. Apa Khabar?? Diharap sentiasa sihat sejahtera yer..

Tak ada apa pun yang Erin nak sembang kat sini.. Yang penting sekarang Erin teruja sangat dengan watak kartun ni.. MASHA AND THE BEAR.. So cute.. Rasa macam nak cubit-cubit pipi Masha yang kiut miut tu kan..Jom tengok gambar-gambar Masha yang Erin telah cilok dari Encik Google..


Masha : Jomlah kawan-kawan menonton TV dengan I.. Hihi..


Masha : Cekelat ni untuk you all.. Tapi tak boleh makan banyak-banyak.. Nanti rosak gigi yer..


Masha : Comel tak Masha selfie..?


Masha :Haaa... Rasberry.. Nyum Nyum..!!


Masha : Hmm.. Berangan nak jadi Cuties and The Bear kejap yer..Hihi


Masha : Wow.. So Sweet.. Yeah..!!


Masha : Posto posto .. I'm Cik Polis..!!


Masha : Jom kita melukis.. Yeah..!! ^_@

Tuesday, 25 November 2014

Holla Cuti Sekolah Datang Lagi !!

Assalammualaikum..

Hai friends.. Hihi.. Tengah buat apa tu?? Cuti-cuti sekolah ni tak bawa anak-anak u all pergi jalan-jalan ke??

Baru-baru ini.. Erin and the family telah ke Perlis.. Alolo.. macam tak pernah perlis pergi ke Negeri Indera Kayangan tu kan.. Kayangan u all..(Saja je nak tekankan perkataan kayangan tu kan??? Hehehe)

Sebenarnya kami hanya mahu ke Wang Kelian dan Wang Krachan saja.. Tetapi singgah jugak lah ke Ladang Ostrich.. Best pergi jalan-jalan ni..Jom tengok gambar-gambar percutian Erin dan family.. Sebagai menjamu mata..


Ni my aunties bergambar bersama ostrich.. Alolo tomey nya..


Hai Ostrich.. I come to see you...!!


Haa.. Tu dia postor Ladang Ostrich..


Kat Ladang Ostrich ni ada ATV juga tau.. 15 minit dengan kadar bayaran RM20..Kalau 30 minit RM35 kot.. Best naik ni kelakar gileers...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer