Assalammualaikum..
Today punya tutorial masakan..
Aku nak ajaq ampa semua cara nak masak cucoq udang dan jagung..
(eleh..macam lah kanak-kanak rebina nak ajaq budak tadika memasak je bunyi nyer kan..)
Entah-entah ampa pun tak tau macam mana nak buat cucoq ni kan..
Ni masakan yang paling mudah ringkas dan cepat.. Sedap pun sedap..
Yang sedap tu sebab ada udang lah kan..(Resdung tu seafood..Hehehe)
Firstly...
Sediakan bahan-bahannya..
Satu kilo tepung gandum..(Banyaknya..nak makan berapa orang ni??)
Udang sebanyak yang mungkin..(Kolestrol tolak tepi, nak makan punya pasai)
Bawang besar..setengah labu atau satu labu..
(Jangan confius, aku cakap bawang bukan labu.. karang ampa salah pulak p letak labu dalam tepung tu.. dah jadi cucoq udang, jagung labu..hehehe)
Cabai besaq.. (Buh hat meqah tau) Potong nipis serong-serong..
Jagung tu ampa besiang lah elok-elok.. Hat puloq jangan dok ambik..
(Sat gi ada yang tercekik nanti)
Pastu sedikit garam, gula.. buh secukup rasa..
(Kalau ampa tak takut diabetes and darah tinggi buh sebalang gula and sebalang garam pun tak pa)
Secondly
Gaulkan semua bahan-bahan tadi dalam satu bekas.. macam picture no. 2..
Ampa guna ayaq masak yang suhunya tak panas sangat dan tak sejuk sangat nooo...
Setelah digaulkan beberapa saat / minit..
Sediakan kuali bersama minyak masak..(Bukan minyak petrol yer...)
Thirtly
Gunakan sudu untuk letakkan tepung yang siap digaul tadi ke dalam kuali..
Bila dah siap goregn ampa boleh dapati cucoq ampa ada pelbagai rupa kan..
Bentuk bunga pun ada.. bentuk dinasour pun ada..Aish...Hehehe..
- SEKIAN-
No comments:
Post a Comment