My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Monday 19 August 2013

Buah Kering Di Hujung Ranting

Assalammualaikum

Hari ni Erin puasa tau..tu pun nak heboh kat blog..Bila puasa ni..time rehat di office, aktiviti makan-makan terhenti..So, Kaki ni memanjang je langkah ke library..Syurga ilmu tu..Bermacam-macam genre buku ada kat library ni.. Seingat Erin, Abah yang mula mendedahkan Erin dengan tempat ni seawal usia Erin 4 tahun.. Wah, kecil-kecil lagi dah masuk library..

Sebenarnya Erin selalu teman abah pergi library untuk abah cari bahan penulisannya.. Kami kurang berkemampuan pada waktu itu untuk beli buku sebagai sumber rujukan. Lagipun kerajaan telah mewujudkan Perpustakaan Awam di setiap negeri dan kini menjalar ke setiap daerah. Rugi jika tidak menggunakan kemudahan yang ada.

Erin dah anggap library tu sebagai tempat yang paling Erin suka bertapak..(Masjid pun Erin suka pergi) tunjuk alim.. Walaupun dalam usia 4 tahun dan masih tak tahu apa-apa.. Bila pergi ke library..Paling suka buku kartun, ye lah sebab tak pandai membaca, jadi Erin hanya membelek buku dan tengok gambar saja, sementara tunggu abah mentelaah dari satu buku ke satu buku yang lain. Kuat betul abah ni membaca..

 Buah Kering Di Hujung Ranting Hasil Karya Marwilis Haji Yusuf
Pinjaman dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah

Dalam mencari buku di library tadi, Erin terjumpa dengan buku ni.. Tajuknya saja sudah menunjukkan nilai sastera yang bakal diterjemahkan oleh isinya..Bila Erin tatap nama penulisnya, ulas bibir mula mengukir senyuman, tapi tak riak sangatlah senyuman tu..Marwilis Haji Yusof, suatu nama yang tidak asing lagi dalam bidang penulisan. Apa yang disampaikan menerusi buku ini begitu simbolik dengan ayat sastera yang begitu cantik sekali. Jika dia bicarakan tentang suatu objek maka setiap inci objek tersebut diulasnya dengan penuh bahasa. Erin rasa sangat teruja.

Teruja apabila Erin menjadi insan pertama yang meminjam buku ini

Buku karya Marwilis Haji Yusuf yang masih Erin simpan sehingga sekarang


Masih ingat dengan buku ini? Perlumbaan Kedua, kisah si arnab dan kura-kura? Buku ini ditulis oleh penulis yang sama dengan buku yang baru Erin pinjam dari library tadi. Buku bertajuk Perlumbaan Kedua ini telah terpilih sebagai novel Edisi Pelajar Tingkatan 4. Kami yang menduduki SPM pada ketika itu terpaksa menghafal jalan cerita novel ni. Kena faham segala kandungan sastera yang terdapat pada novel tersebut.

Erin nak pancarkan beberapa dialog yang menarik dari Novel Buah Kering Di Hujung Ranting di blog ni..

"Kau tengok betapa gagahnya batu itu," Kata bapanya suatu hari. "Teguh! Bagai mahkota seorang raja. Tidak gentar dengan angin. Tidak takut dengan hujan. Tidak alah dengan matahari."

"Kalau jiwa anak merdeka seteguh itu, negara kita akan mencipta nama! Kita akan mengulang keagungan Melaka."

" Negara yang merdeka akan menempuh perubahan. Jangan hanya menjadi pemerhati. Cuma bersorak di luar gelanggang."

Batu yang dimaksudkan ialah Banjaran Gunung Titiwangsa.

Baris ayat yang Erin rasa amat cantik bahasanya.

1. Pokok tumbuh silih-menyilih
2. Akarnya simpai-menyimpai
3. Daun dan bunganya berbuai-buai diuling riak
4. Bagaikan ayam jantan julung berkeris
5. Tidak ada kiambang berkuak mengikut riak
6. Tiba-tiba pernafasannya terapung bau perfume
7. Darah gemuruh yang bergerak liar di tubuhnya membuat degupan jantungnya bertukar rentak.
8. Sudut matanya mengerling.

Ini adalaah sedikit coretan berkaitan penulis yang Erin minati.

Marwilis Haji Yusof dilahirkan pada 5 Jun 1944 di Ulu Bernam, Selangor. Mendapat didikan di Sekolah Melayu Setapak, Sekolah Rendah China Lee Rubber dan kemudian meneruskan pelajaran di Chong Hwa High School Jalan Gombak sehingga lulus Senior Middle Three, M.C.E dan S.T.P.

Beliau kemudian menjadi guru Bahasa Cina dan Bahasa Melaysia di Chong Hwa selama setahun sebelum menjadi wartawan Utusan Malaysia selama enam tahun. Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Akhbar kepada Dato' Harun Idris ketika itu menjadi Menteri Besar Selangor.

Novel yang pernah dihasilkan oleh beliau ialah :
1. Izin Dalam Paksa
2. Janda Seribu Kirai
3. Dato' Harun Ke Mahkamah,
4. Bila Lagi Kompang Berbunyi
5. Bukan Kail Kita Yang Dinantikannya
6. Buai Diayun, Anak Dicubit
7. Terbuang Tapi Terbilang
8. Bila Rindu Berputik
9. Cinta Si Kucing Parsi

Sekian..Terima Kasih Kerana Sudi Baca
Ilmu Berguna Kita Kongsi Bersama


8 comments:

Unknown said...

bagus.. ke tempat ilmu.. maka ilmulah yg diperoleh.... marwilis.. satu nama besar... sentuhannya halus mcm lukisan... mmg boleh dijadikan rujukan dan panduan...

norhasnizakhalid said...

marwilis... mama cam ingat-ingat lupa penulis tu, seingat mama kan, mama pernah baca satu atau dua novel dia, tapi serius memang mama tak hingat langsung.... selamat membaca.. hihi

kim said...

marwilis...macam nama kedai buku gak....penulis ni ada bukak kedai buku sendiri ke?

Mizz Aiza said...

membaca itu jambatan ilmu.. :D

Akupenghibur.com said...

bagusnya rajin bace buku ^_^

Fais-SKA said...

bagusnya =) rajin mmbaca..

Ummu said...

suka sangat marwilis..mana nak dapat buku dia ye? :(
ada suggestion?

Unknown said...

Dekat mana boleh dapatkan buku ni ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer