My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Monday, 4 November 2013

Setelah 4 Hari

Assalammualaikum..


Hai you all.. Apa khabar? Sihat ke? Semoga sentiasa sihat selalu kan.. Tapi Erin tak berapa nak sihatlah. Sakit kaki, sakit tekak, sakit hidung dan sakit kepala.. Haaa.. Nak tahu tak ke manakah Erin menghilang?? Apa? Tak Tahu?

Sebenarnya Erin berserta family telah mengadakan suatu program mendaki Gunung Angsi di Negeri Sembilan. Program ni adalah Program Jabatan Pendidikan Daerah Kota Setar Negeri Kedah dengan kerjasama ERIN ADVENTURE. Wow..Erin ada syarikat konsultan? Ya.. Syarikat ni dah lama ditubuhkan seingat Erin pada tahun 1994 lagi.. Tapi dikendalikan atau diuruskan oleh My Abah dan My Mama..Erin sekadar pada nama sahaja.. Hehe.. What ever.. Tapi ia melibatkan Erin juga tau.. Sebab kebanyakkan program dengan usahasama syarikat ni, Erin akan turut serta.. Cuma Erin tak ada kepakaran dalam bidang pendakian dan pengetahuan tentang peralatan outdoor ni saja. Itu kena pergi menuntut ilmu dalam bidang tersebut dan dapatkan sijil.

Untuk pengetahuan you all, dah banyak program syarikat ni anjurkan.. Semuanya program pendakian gunung dan perkhemahan. Dari segi orentering mencari arah kompas, abah Erin memang excerlence. Kami mempunyai peralatan outdoor yang lengkap. Jika ada jabatan yang berminat Abah Erin akan sediakan kertas kerja berkaitan program tersebut dan segalan networking berhubung sesuatu program, syarikat ini akan uruskan dari A to Z.. Dan setiap kertas kerja akan dikenakan kadar bayaran yang berpatutan dengan kos pengendalian serta pengurusannya.

Syarikat ini juga mempunyai beberapa orang jurulatih yang tahu tentang selok belok berhubung dengan aktiviti oudoor. Setakat ini, ERIN ADV telah menguruskan program pendakian ke Gunung Kinabalu untuk beberapa buah agensi kerajaan. 

Program sebegini merupakan suatu program yang sihat kerana melaluinya kita dapat melihat sejauh mana team buiding dalam sesebuah jabatan / agensi dan selainnya dapat memberi semangat kekuatan mental dan fizikal kepada kakitangan agensi tersebut. 

Mendaki gunung bukan sesuatu perkara yang mudah. Ketahanan mental dan fizikal amat diperlukan. Mental mengukur sejauh mana kesabaran kita dalam menghadapi kehidupan seharian tambahan dalam bidang pekerjaan yang semakin lama semakin mencabar. Kekuatan fizikal adalah penting untuk kita menggerakkan segala tubuh untuk melakukan kerja dengan lebih proaktif dan produktif.

Oleh yang demikian, aktiviti outdoor ini dapat memberi kesan motivasi dalam kehidupan persekitaran kita seharian. Gaya hidup sihat disamping dapat menghayati flora dan fauna ciptaan Allah Yang Maha Esa. Selain itu, mendaki gunung juga mengajar kita tentang bagaimana kita menguruskan hidup kita. Sebagai contoh, mendaki gunung yang berdenai, kita harus bijak mengatur langkah, berfikir kesan masa hadapan dari tindakan langkah kita sekarang ini. Kerana apabila tersalah langkah, tersadung akar kayu, kita akan tercedera. Dan apabila tercedera, maka bolehkah kita meneruskan perjalanan? Ia juga mampu melatih diri kita agar berhati-hati dalam melakukan sebarang tindakan yang akan memberi kesan di masa hadapan.

Rasanya setakat itu dulu entri Erin pada kali ni.. Gambar-gambar dan cerita tentang pengalaman Erin mendaki Gunung Angsi DI Negeri Sembilan akan Erin paparkan nanti kerana masih dalam proses..Thanks For Reading My Entry.. Love You All..

20 comments:

Affy Afiqah said...

bestnya dapat mendaki, teringin pula, tak sabar tunggu entri mendaki tu nanti :)

fizalinolie said...

Seronok tu dapat mendaki. Lagi2 Family Erin sendiri ada syarikat yg handle program sebegitu. Lagi seronok...

Unknown said...

Memang best sertai program outdoor macam ni..Badan sihat dan minda pun terbuka.. Lagi-lagi sedut udara yang fresh.. :-)

Pha Is said...

pergh.. hebat.. siap ada syarikat sendiri..

Unknown said...

beznye..dpt outing sefamily, mendaki gunung pulak tu

PeRdU cINta said...

seronoknya erin..menguji kesabaran dan melatih diri tabah menghadapi rintangan nih..good job lah erin :)

wanariahamiza said...

atutlah lama Kak Erin menghilang. Hehe. Mesti seronok sangat dapat mendaki. Tak sabar nak tengok gambar-gambar menarik nanti.

Bunda_nora said...

Assalam, zaman sekolah dulu pernah 2 kali Bunda mendaki ramai2 dengan sepupu2 Bunda... naik Bkt Maxwell (Bkt Larut).. kat Lake Garden Taiping...

Mirza Rohizat said...

tak pernah mendaki lagi,mesti best sngat3 rasa dia :)

Akupenghibur.com said...

patutlah lama menyepi ... :) seronoknya menghirup udara segar

Unknown said...

lain kali kalau nak organize aktiviti mcm ni.. bleh tak roger2... nak jugak tumpang sekaki.. bleh kannn?

Unknown said...

InsyaAllah.. Kalau berkesempatan, Erin nak juga ajak blogger-blogger joint program yang syarikat Erin Adv buat.. Sebab aktiviti macam ni memang best dan mencabar..

shazillahsani.com said...

bestnya...shaila pernah mendaki sekali jer...tu pun xdelah tinggi sangat...hihihi

Shahrul Yusof said...

Aktiviti hiking ni mampu buatkan jiwa kita berasa tenang kerana dapat merasakan suasana tenang dan menghirup udara segar. Duduk kat bandar ni, walaupun dalam air-cond, feel tenang dia tak sama macam masa jungle hiking.

ANIM said...

sukanya...
tapi akak takut semput le erin...

Lieya Von Jay said...

eh best nyer kak. saya suka gak mendaki ^_^

Mizz Aiza said...

salam maal hijrah erin.. dah lama aiza tak mengikuti aktiviti pendakian atau aktiviti outdoor yang lain.. stamina aiza pun dah semakin berkurang..

Scripters said...

Ok... Ida nak tunggu kak erin masukkan gambar2 menarik dari gunung angsi tu... pasti cantik2 kan?

TelingaBulat said...

nk mendaki ni mmg perlukan mental kuat..tggi x kak airen?

Tetamu Istimewa said...

Wah, hebatlah Kak Erin ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer