Assalammualaikum..
Hai you all... Ni Erin ada nak story morry sikit kat you all.. Dah lama Erin simpan gambar ni dalam draf blog Erin.. Tangguh punya tangguh sampai tak tercerita pula jadinya..
Pada 22 Januari 2014 (Oh dah basi dah cerita ni..Tapi Erin kasi perangat balik k.. Kasi dia panas..Hehehe) Yayasan Buah Pinggang Malaysia telah mengadakan Program NKF Life Check..So, Erin pun tak lepaskan peluang untuk membuat pemeriksaan.. Takut juga masa nak buat tu..Risau ada penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang dan sebagainya..
Pertama sekali depa akan check tekanan darah..Alhamdulillah tekanan darah Erin stabil..Kemudian check tinggi dan berat.. Lepas tu kena test air kencing pula.. Dan akhir sekali check kandungan gula dalam darah.. Then keputusannya.. Huhuhu.. Mendukacitakan.. Suspen tak?
Dan ini keputusannya..(Sila rujuk gambar di bawah)
Uwaaa...kenapa ia mendukacitakan?? BMI Erin tidak idea lagi..Sudah ke arah pra obesiti..Oh No...
Dan tahap kolestrol adalah 6.32 mmol.. Tahap normal kolestrol ialah kurang dari 5.17 mmol..6 mmol tu dah kira tinggi tau..
Oleh yang demikian Erin telah disarankan agar kerap melakukan senaman untuk turunkan berat badan dan kena selalu check tahap kolestrol sebulan sekali di klinik atau farmasi..
Sekali dapat dua flyers ni.. satu flyers tentang obesiti dan satu lagi tentang kolestrol..Masa bersembang dengan staff Yayasan tu.. Dia ada tanya Erin ada buat senaman tak?? Erin cakap ada seminggu sekali berjalan laju di Taman Jubli.. Lepas tu dia kata senaman tu untuk orang tua-tua, dan tak sesuai untuk Erin..Dia sarankan agar Erin buat senaman yang agak agresif dan heavy seperti berlari, skipping, berenang dan pergi gym..
Selain itu, kena diet.. Berdiet di sini bukan bermaksud tak makan langsung.. Cuma Erin kena kurangkan makanan yang berlemak, bergoreng dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur sayuran.. Lagi bagus jika boleh amalkan oat.. oat?? Oh no.. tak sedap.. Haha.. itulah ubatnya..
Okay setakat ini dulu Erin cerita tentang program ni yer. InsyaAllah Erin akan cerita tentang bahayanya kolestrol dalam entri yang lain.. Thanks you all selalu baca dan tinggalkan komen kat blog Erin.. Semoga blog Erin ni dapat memberi manfaat juga kepada you all..
6 comments:
bersama kita berusaha mendapatkan tubuh yang sentiasa sihat dan cergas..
kalau saya buat check up ntah2 lagi teruk tak? huhu...bagus jugak kalau buat check up setahun sekali..at least kita boleh tahu tahap kesihatan kita kan :)
Untuk jaga kesihatan.. kena selalu pi check.. baru kita tahu tahap kesihatan kita dari masa ke semasa..
Senaman saya hari-hari nak hingga tingkat 4 di sekolah.
jom diet sama2
http://sihatrampingtk.blogspot.com/2014/02/perjalanan-bulan-2.html
0172952105
Post a Comment