My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Thursday, 7 February 2013

Impian Ku


Kalau dapat bercuti kat atas cruise macam ni kan best.. Tapi ialah harga percutian atas kapal ni agak mahal jugak lah.. dah view kat website STAR CRUISE.. untuk seorang je RM3090 utk harga biasa.. awal tahun 2013 ada harga separuh sebab discount 57%.. tapi nak grab pun tak dapat.. first budget memang tak cukup lagi.. yang keduanya tarikh last booking 4 Januari 2013.. skrg ni baru view website STAR CRUISE ni.. Percutian mewah di atas kapal.. cewah macam crita TITANIC plak kan.. tapi tak mau lah macam TITANIC.. sebab karam di lautan.. kalau boleh percutian atas kapal tu biarlah selamat semuanya..Rasa boleh merasa semua ni kalau bijak menguruskan kewangan peribadi.. Entahlah sekarang ni asyik ingat nak pi melancong saja.. seronok tau pi jalan-jalan ni.. hilang semua stress.. tapi kalau tak dak duit tak best juga.. yang penting ada duit dan ada masa.. sebab percutian atas kapal ni adalah selama 5 hari 4 malam..okay lah kan.. penang / Phuket / Krabi..wow..!! sangat-sangat teruja.. kalau dok semalam je atas kapal tu tak best lah.. ni 5 hari 4 malam.. memang puas lah.. Kat atas kapal tu ada macam-macam.. swimming pool pun ada, spa pun ada.. restoran pun cantik..Tapi kalau ni sebagai percutian berbulan madu pun sesuai sangat ni.. ^_^ Erin harap dapat lah merasa percutian mewah macam ni suatu hari nanti....InsyaAllah.. semoga dimakhbulkan Allah..Amin Ya Rabba Alamin...


Thursday, 24 January 2013

INSAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN MASYARAKAT


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :

Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata-kata dengan kebaikan atau jika tidak, hendaklah dia berdiam sahaja. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya. (al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, 16 January 2013

CeNDaWaN oH La cEnDaWaN...

Selepas hujan turun cendawan pun mula membiak.. cendawan selepas hujan di hutan tropika.. Aish.. apalah erin dok merapu ni kan? Sebenarnya nak cerita yang erin memang suka makan snack cendawan goreng ni.. Hmm..sodap..!! Cicah sos cili?? lagi le terangkat.. Ha terangkat apa?? Apa-apa je lah.. hehehe..Kepada penggemar CENDAWAN GORENG.. senang je nak masak menu ni.. simple, cepat dan enak.. Elok lah di sediakan pada waktu-waktu petang..Tapi jangan makan banyak sangat..!! Kang mengundang penyakit KANSER plak..sebab menu ni agak berminyak.. KOLESTROL tu beb..!! [Minah bebel ni.. tak habis-habis, bebel dan bebel kot blog dia (Erin) ] keh, keh.. jom cerita macam manalah nak sediakan menu ni..Jom,Jom,Jom...


 Firstly..Bahan-bahannya mestilah cendawan kan..kalau tak der cendawan goreng, nanti tak jadilah cendawan goreng kan..

Then pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk dan pukul telus itu, ala-ala sebati je..perlukan tepung serbaguna atau tepung goreng ayam.. kalau suka pedas, beli lah yang jenis pedas.. ada je jual kt kedai.. erin plak cari je tepung tu kat TESCO..mudah..situ One Stop Center..macam-macam ada..!!

Panaskan kuali dan tuang minyak half kuali.. bila minyak dah panas.. (Peraturan Memasak)celup cendawan yg telah dibasuh bersih tadi ke dalam telur dan kemudian celup plak ke dalam tepung (tepung tu tak yah bancuh dengan air keh..) then masuk kan satu persatu ke dalam kuali.,.Goreng hingga garing..ulang peraturan memasak tu sampai selesai.. Keh, selamat mencuba yop.. kasi makan kat budak-budak gerenti suka punya.. Cayok cayok.. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer