My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Sunday, 9 June 2013

Malam Yang Dingin (Aku Mahu Jadi Penulis)


Okay.. macam tak de tajuk je malam ni..
Tetiba muncul tajuk entri MALAM YANG DINGIN.. He eleh..Pa hal pulak kan..??

Okay memang tak de hal pun..
Dari siang tadi Erin asyik dok tulis cerita je kan..
Walaupun macam tak best sangat cerita tu..Tak pa lah..at lease..Hobi menulis terlaksana jugak kan..

Ingin Menjadi Penulis?? Tu lah my dreams word..Nothing to say if my dream come true..
Mesti you all akan cakap macam ni kan..
"Eleh..baru je ada blog and boleh mengarang skit-skit dah nak jadi penulis"

Huhu..jangan lah cakap macam tu..
Erin just tanam impian..Tapi rasanya impian ni dah lama dah..
Ye lah..Hampa ingat senang ke nak jadi penulis..
Meh sini nak cerita skit kat hampa..

Tidak semestinya menjadi seorang guru atau cikgu..Baru boleh nak didik orang lain..
Tanggungjawab seorang penulis juga seperti seorang guru..Walaupun pendidikan yang diberikan secara tidak langsung atau face to face dengan pelajarnya..

Kenapa Erin kata menjadi seorang penulis bukan mudah..
Sebab yang pastinya tidak semua orang dapat menghasilkan karya penulisannya..

Penggunaan bahasa yang baik dan cara penyampaian yang berkesan merupakan sesuatu aset  penting kepada seorang penulis. penulis bebas berkarya.. terutamanya yang involve dalam penulisan kreatif.

Seorang penulis sebenarnya ingin berkongsikan ilmu yang ada pada dirinya untuk dikongsikan dengan orang lain..Perlu diingatkan penyampaian ilmu melalu bidang penulisan juga merupakan satu medium dakwah..Maka tulislah sesuatu yang baik agar ia menjadi manfaat kepada orang lain.. InsyaAllah..

Okay..This part Erin nak cerita tentang buku yang dah lama Erin beli..
Tajuknya INGIN MENJADI PENULIS, oleh A. Ubaidillah Alias..
(U all cari kat mana-mana kedai buku pun ada..
Erin selalu cari buku di Popular Book Store je)

1. Ketekunan..If u all nak menulis..mestilah ada kehendak dan tekun untuk menulis.Menurut buku ini. Proses terpenting dalam membina minda penulis adalah melalui latihan dan teguran. U all mesti sedia dikritik..Orang yang tak suka dikritik.. Dia tu baget bagus..Nanti orang cakap dia tu syok sendiri..(Teguran biasanya apabila menghadiri kelas penulisan atau melalui seorang mentol)

2.  Jangan give up..Bila penulisan anda tu tidak memuaskan si pembaca..lalu dikritik..Please don't be give up..Sebenarnya itu adalah yang terbaik.. daripada dia memuji dihadapan tetapi cakap belakang..

3. Kekerapan menulis..Selalu buat latihan menulis.. tak kiralah menulis di atas kertas atau di rangkaian maya..Kekerapa menulis bakal menjadikan anda champian..Hehehe..(Orang cakap practice makes perfect)

4. Percantuman pengalaman..Ini adalah sangat penting.. setiap orang mesti melalui pelbagai jenis kehidupan kan..Contohnya..pengalaman mimpi, melancong, putus cinta, persekitaran universiti, tempat kerja, pengalaman masuk hospital dan sebagainya.. U all jangan sia-siakan pengalaman u all tu.. find out segalanya tu..Semua tu boleh menjadi aset penting dalam sesebuah penulisan..Kerana ia merupakan pengalaman sebenar. U all yang merasainya sendiri.

5. Rajin membaca.. Siapa yang malas membaca..jangn beranganlah nak jadi seorang penulis.. Kalau baca pun malas.. mana nak dapat idea dan struktur ayat yang bagus-baguskan.. Selalu-selalu lah rujuk kamus dewan ye..Bagi Erin penguasaan bahasa sangat penting.. Ada metafora dan macam-macam lagi.. gaya bahasa, antonasi dan cara penyampaian berimaginasi.. Susah jugak tu..

Penulis buku ni menyatakan..
*****
'Menulis ialah satu kerja yang memerlukan tenaga mental, tumpuan dan fokus yang tinggi'
*****
That's right..!! Hanya sesiapa yang minat menulis sahaja yang tahu..
Jika anda minat menulis..Anda sendiri akan merasa  kepuasannya..

p/s : Erin just ulas sikit-sikit saja..Kalau u all berminat sangat nak menulis.. Carilah buku ni yer.. ^_^

- SEKIAN -


Segelas Kasih (3)

Hari ini Datuk Saiful Bahrin datang awal ke pejabatnya bersama seorang gadis yang cantik serta elegant. Mata-mata staff lelaki di pejabat itu tidak lengkang dari memandang wajah gadis tersebut. Gadis itu mengikut langkah Datuk Saiful menuju ke bilik pejabatnya.

"Well..Fifi..hari ni first day Fifi di office ni..Papa harap Fifi dapat menjalankan tugas dengan baik..No more manja-manja ye.. You must be remember..This is my office..bukan di rumah..."

"Ye lah papa.. Fifi faham..Tapi kan paa..Mana office Fifi..Tak kan Fifi nak kena duduk kat luar tu dengan staff-staff yang lain?" Tanya Fiona dalam nada manja kepada Datuk Saiful.

Datuk Saiful menekan intercom kemudian dia mengarahkan Setiausahanya membawa Fiona ke bilik bersebelahan dengan pejabatnya. Wanita itu mengikut arahan yang diarahkan.

"Ni bilik kerja Cik Fiona.." Sambil Setiausaha itu membuka pintu bilik tersebut.

"What your name?" Sambil jari telunjuk kanannya menunjuk ke arah dada Setiausaha tersebut.

"Saya  Fatin.." Sofihana memberitahu namanya kepada gadis tersebut.

"Fatin je ke?" Perli Fiona.

"Fatin Sofihana Binti Fakrul" Dia memberitahu nama penuhnya.

"By the way..You kena panggil I.. Miss Fifi.." Sambil membuat lagak seperti menghalau Sofihana dengan tanyannya.

Sofihana memahami isyarat itu lalu dia beredar meninggalkan Fiona bersendirian di dalam bilik pejabat tersebut.

'Fatin Sofihana.. Nama sedap..rupa pun cantik..patutlah papa jarang balik ke rumah..Ada skandal ke?' Tiba-tiba hatinya bermonolong..berprangsangka itu kan tidak baik.. Aahhh..peduli apa dia.. Bisiklan syaitan itu lah yang membuatkan hatinya menjadi busuk.

***
From Puteri Airyn


Segelas Kasih (2)

"Han..Boleh aku tanya sikit..sikit je tak banyak.." Azhar melabuhkan punggung di sofa berwarna putih dan berbunga kecil yang warnanya koko gelap berkonsepkan inggeris itu. Pandangannya bertentangan dengan Farhan.

"Mungkinkah kerana Fiona..Yang telah membuatkan hati kau berubah dan meninggalkan Atin?" Azhar berbicara lagi. Kelihatan Farhan sengaja membiarkan soalan Azhar itu tanpa jawapan.

"Han..Aku memang tak puas hati dengan sikap hang ni..Dulu hang dengan Atin bercinta bagai nak rak..Last-last bila berkahwin tak dan pun sebulan..Hang ambik keputusan nak berpisah.."

"Awat hang sibuk sangat..ka hang ni pun ada hati kat si Fatin tu?" Akhirnya terbuka jugak mulut Farhan yang sedari tadi ligat membelek surat khabar.

"Ya Allah..Han..Hang ni pasai pa ha..? Aku ni sebagai kawan yang memang sejak azali lagi mengenali hampa dua orang ni.. Bersimpati tau dak.." Azhar menjelaskan maksudnya. Dia mahu menolong bukan mengeruhkan lagi keadaan.

"Han..Harta kekayaan tu bukan boleh bawa ke mana pun..Hang percaya kan Fiona tu ke? Memang lah dia bakal pengurus syarikat, mengaji pandai sampai oversea nuu.. Anak Datuk.." Azhar mula membebel. Ternyata topik itu langsung tidak menarik perhatian Farhan. Surat khabar dibelek-beleknya dan dia langsung tidak memandang wajah Azhar.

'Tit,tit,tit..'

Bunyi mesej masuk pada telefon bimbit milik Farhan. Farhan membuka inbox mesej telefonnya. 

From Fatin

Salam, Abang.. Atin rindu sangat pada abang..Jika selama ni Atin ada salah kepada abang..Atin mintak maaf...

Lalu mesej itu tidak dibalasnya. Sudah berulang kali kata-kata yang sama dihantar kepadanya. Namum dia masih enggan membalas. Dia pun tidak mengetahui apakah yang dia mahu di dalam hidup ini. Fatin Sofihana cukup lengkap sifat kebaikannya, penyayang, sopan, berbudi bahasa, cantik dan tidak kurang juga mempunyai taraf pendidikan yang baik. Cuma bukan dari keturunan yang kaya dan berada..Orang cakap ada apa pada kekayaan. Tetapi setiap inci dalam dunia ini memerlukan wang dan harta. Tanpa harta tiada penghargaan. Mungkin itu dari persepsi pandangan Farhan. Dia kini dibuai kemewahan yang ditaburkan oleh Fiona iaitu seorang gadis genit lagi cantik yang kaya. Fiona cuba mendekati Farhan.

***
From Puteri Airyn
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer