Assalammualaikum..
Hai you all.. Apa khabar?? Semoga sihat hendaknya.. Dah dekat seminggu dah Erin balik dari XPDC Gunung Angsi..Tapi sekarang baru ada mood nak update entri pasal ni..
Pada 31 Oktober 2013 yang lalu satu program Stimulus Pelajar telah diadakan.. Program ni di bawah Jabatan Pelajaran Daerah Kota Setar dengan kerjasama Pusat Kokurikulum Negeri Kedah dan juga Erin Adventure.. Beberapa buah sekolah di sekitar Daerah Kota Setar telah menghantar wakil seramai 2 atau 4 orang pelajar bagi menyertai program ni.. Keseluruhan peserta adalah seramai 30 orang iaitu 12 orang perserta perempuan dan 16 orang peserta lelaki..
Kami bertolak dari Alor Setar ke Negeri Sembilan pada pukul 2.00 Petang dan tiba di Kem Pusako Hassan Basir Negeri Sembilan pada pukul 1 pagi.. Lenguh beb sebab sepanjang perjalanan berada di dalam bas.. Kami singgah di beberapa kawasan rehat dan rawat di sepanjang lebuhraya..
Ketibaan kami bukan saja disambut oleh jurulatih-jurulatih Kem Pusako.. Tetapi disambut juga dengan hujan rahmat yang begitu lebat sekali.. Sampaikan nak turun dari bas pun berasa payah.. Itulah permulaan cabaran kami semua..
Setelah diberi taklimat oleh jurulatih Kem Pusako iaitu Encik Kudus.. Kami bergerak ke Asrama Penginapan.. Di Kem Pusako terdapat dua asrama penginapan iaitu untuk peserta lelaki dan peserta perempuan.. Sudah dimaklumkan dari awal-awal lagi..Kami terpaksa mandi memnggunakan kolah yang besar dan cebok gayung..Mencabarkan.. Sebelum ni mesti kat rumah mandi pakai shower.. Di kem tu terpaksalah guna cebok beramai-ramai..Suatu pengalaman yang mahal kan??
Ni time kuliah subuh.. Input yang berguna disampaikan oleh ustaz (Pengetua SMA Darussaadah)
Aerobic time.. Haa..goyang tangan dan kaki biar longgar semuanya.. hehe
Para peserta bertungkus lumus memanjat tembok.. Cayok cayok..
Peralatan untuk wall climbing..
Wah.. peserta perempuan pun tak kurang juga hebatnya..
Pada keesokan paginya (1 November 2013) bermulalah aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih Kem Pusako dan jurulatih-jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Kedah. Antara aktiviti yang best sangat tu ialah wall climbing, berkayak dan flying fox.. Haa.. extrem oo.. Erin tak dapat cuba semua aktiviti tu sebab keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.. Memang teringin sangat nak cuba.. Tak apalah next time ada lagi kan..
Kayak time...
Sebenarnya aktiviti yang sepatutnya diadakan pada hari tersebut ialah lawatan ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.. Tetapi memandangkan semua pelajar Kolej Matrikulasi tersebut bercuti semester.. Maka aktiviti riada seperti wall climbing , berkayak dan flying fox diadakan.. Wah bukan main enjoy lagi semua peserta.. Itu semua menjadi pengalaman yang berharga kepada mereka. Bukan senang nak dapat joint aktiviti sebegini kan..
Pada sebelah petangnya, peserta diberi taklimat persediaan mendaki Gunung Angsi. Beberapa amanat dan pesanan diberikan oleh para jurulatih kepada peserta XPDC.. Mereka juga diberi nota SOP tentang aktiviti mendaki. Bukan senang jurulatih ni nak bagi SOP ni tau.. Bertuah betul mereka ni..
Okay.. Bersambung....