My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Wednesday, 12 February 2014

Rabu Yang Sepi

Assalammualaikum..

 hai you all.. Jom hayati gambar ni.. ^_@


Monday, 10 February 2014

Gelas Kaca pecah ketika minum??

Asssalammualaikum..

Hai you all.. ^_^

Eeerrr.. Erin nak cerita ni.. Pagi semalam kan...Erin dan dua orang kawan office pergi breakfast dan sebuah kedai makan ni.. Erin order kopi bakar ais.. kalau ke situ memang Erin suka order minuman tersebut.. Sedap sangat kopi bakar ais.. Kawan Erin order milo ais dan fresh oren suam.. 


Erin dah minum separuh kopi bakar ais tu.. tetiba tangan Erin macam nak capai tisu.. Then gelas Erin tebalik skit je dan pecah.. Kalau ikutkan cara gelas tu terbalik sikit je.. Tapi pecah berelai.. Semua orang kat situ terkejut.. Huhuhu... malu jugak lah.. Erin panggil pelayan kedai tu suruh dia lap air yang tumpah dan serpihan kaca..Habis air kopi bakar tu terkena kain Erin..

Lepas tu kan..kawan-kawan Erin buat pelbagai andaian sebab gelas tu pecah.. Depa kata mungkin ada orang nak sihirkan Erin tapi tak jadi, sebab tu gelas tu pecah teruk..Tapi air tu Erin dah minum separuh.. Kawan Erin cakap selalu gelas kaca pecah ni akibat santau.. Apa santau?? Lagilah Erin risau.. Mintak simpang lah kan..

Bagi teori Erin pulak.. Gelas kaca tu pecah mungkin sebab suhu.. Kan selalu kita tengok dekat kedai minuman.. depa akan bancuh milo atau kopi dengan air panas dulu kemudian baru masukan ais batu.. Erin rasa sebab tu gelas tu mudah pecah.. Panas kepada sejuk menyebabkan suhu gelas itu tak menentu.. Kalau sebab mistik seperti yang kawan Erin ramalkan tu tak tahu pulak.. Erin pun dok fikir jugak ada ke orang nak sihirkan Erin.. Erin pun tak da musuh..

Sekian cerita gelas pecah.. Huhuhu...

Sunday, 9 February 2014

Dalam Sujudku Berdoa

 Assalammualaikum....
 
Tercipta impian dalam naluri diri ini..
Terciptanya impian dari wujud rasa cinta..
Cinta yang aku dambakan cinta abadi..
Mengasihi aku sepanjang hayatnya..
Menerima aku siapa seadaanya..
Ingin menjaga aku seumur hidupnya..
Dalam sujud istikharah ku sentiasa berdoa..
Jika aku dari tulang rusuk kirinya..
Dekatkanlah aku dengan dirinya..
Agar aku sentiasa rasa aman hidup bersamanya..


Hasil Nukilan : Puteri Airyn
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer