My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Wednesday, 11 March 2015

Salahkah Pegang Status Duda atau Janda?

Assalammualaikum..

Hai Selamat Pagi to My Readers..

Duda atau Janda.. Sememangnya bukan sesuatu yang diminta.. Semua orang mengharapkan kebahagiaan di dalam sesebuah rumah tangga Tetapi mungkin takdir sudah begitu..Dan tidak dapat dielakkan lagi.. Erin bila dengar je cerita kawan-kawan yang ada tille 'D' or 'J' terus jadi seram nak berkahwin..Bila tanya.. Macam-macam masalah mereka adukan.. sama ada kesalahan itu berpunca daripada suami atau isteri.. Tapi yang peliknya.. bila si D atau si J ni berkahwin lain boleh kekal sehingga ke akhir hayat pulak.. 

Tetapi kalau seseorang tu berkahwin kemudian cerai.. Dan berkahwin lagi kemudian cerai lagi.. Mungkin kesalahan itu berpunca daripada diri dia sendiri atau pun.. Dia masih belum berjumpa dengan jodoh sejatinya lagi.. Tapi kasihan kerana dalam mencari kebahagiaan diri sentiasa di tandang kecewa.

Bila pegang status D or J.. Masyarat mula memandang serong.. Pernah kawan Erin bujang teruna tetapi dia terpikat dengan seorang J ni ibu kepada 2 orang anak.. Dia cerita kepada rakan-rakannya yang dia ingin mengahwini Janda tersebut.. Lalu pelbagai persepsi dan andaian negatif  telah dilontarkan kepada dia.. Dia hampir buntu.. Kerana kesan-kesan negatif di masa hadapan.. Bagaimana penerimaan keluarganya pula.. Apa yang akan dikata? Bujang teruna ingin kahwini janda.. Seperti tiada perempuan yang masih belum berkahwin untuk dijadikan isteri?

Persoalannya.. Mengikut kepada peredaran zaman dan juga ststus kita sebagai Hamba Allah.. Layakkah kita menghina mereka seumpama itu? Mungkin mereka memegang status itu sekarang.. Tetapi masa depan kita..Kita belum tahu..

Tak kisahlah janda atau duda.. Mereka juga manusia.. Mereka juga seperti kita yang memerlukan kasih sayang.. Dah tak ada sefahaman dalam rumah tangga.. Maka jalan yang terbaik adalah bercerai.. Memang perceraian itu perkara halal yang paling dibenci oleh Allah SWT.. Tetapi dari terus menanggung derita dan sengsara.. Dibeban lagi dengan dosa.. Maka cara terbaik adalah bercerai..

Next Entri Erin cerita pula tentang status ANAK DARA TUA atau ANAK TERUNA TUA.. 

Thanks sebab sudi baca apa yang Erin tulis ni..
Kita sama-sama berkongsi cerita dan pendapat...

Sekian..Wasalam

Tuesday, 10 March 2015

Ooh... Apa? Soal Jodoh?

Assalammualaikum..

Hai semua.. Selamat petang.. 

Soal jodoh? Siapa cakap Erin tak fikir.. Always lah fikir.. Lagi-lagi dah capai umur 30-an ni kan.. Tapi apa kan daya.. Soal jodoh ni kita bukan boleh paksa.. Hanya mampu berdoa saja.. Yang datang temani sekejap saja dan pergi.. Tak tahu dimanakah salah Erin..? Apa dan kenapa..? Soalan yang famous Amous mengelilingi mindaku.. Cewah.. 

Apa pun Erin tak nak la nampak sangat kecewanya.. Sebab Erin tahu.. Kawan-kawan yang dah berumah tangga.. Tak semestinya bahagia.. Ada yang buat-buat bahagia.. Tapi ombak dan badai sentiasa mengelilingi mereka juga.. Yerlah alam perkahwinan dugaannya lagi dasyat.. Kena bersedia dari segi mental dan fizikal.. Senang dapat pahala dan senang dapat dosa.. Dugaan dan ujian ada dimana-mana..

So kesimpulannya.. Erin pun tak tahu diri ini sudah bersedia ke tak untuk terima jodoh.. Kalau dah sampai masanya.. Erin terima dengan redha siapa pun jodoh Erin tu.. Erin akan cuba jaga rumah yang bertangga tu dengan baik.. InsyaAllah.. Akhir kata.. Apa pun yang terjadi LIFE MUST BE GO ON.. Erin tak setuju lah kepada yang putus cinta tu sampai membunuh diri dan membunuh orang lain.. Sebab dalam hidup ni.. Kita perlu mencintai orang yang menyayangi kita sahaja.. Orang yang tak sayang kita.. kita ignore je lah.. Harus ingat.. CINTA ITU TIDAK BOLEH DIPAKSA...Sekian Wasalam.. ^_@

Tuesday, 17 February 2015

Sajak : Biarkan Aku Sendiri



Aku termagu di buian rindu
Mengharap kasih yang tidak kesampaian
Sehingga aku terlena diulik mimpi
Membawa aku ke destinasi fantasi

Fantasi itu di suatu sudut kanopi
Hampir aku terlupa dimanakah tempatnya
Di situ aku sendiri membawa diri
Masih tercari-cari siapa gerangan diri ini

Lantas seseorang datang meraih tangan ku
Aku terpaku melihat wajahnya
Kemudian aku meleraikan pegangan 
Bersama jiwa ini, aku terus melarikan diri

Dia cuba mengejarku
Di sebalik dahan itu aku menghilangkan diri
Tidak mahu diganggu lagi
Kerana.. Biarkan aku sendiri dan terus sendiri

Hasil Nukilan : Puteri Airyn 17 Februari 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer