My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Monday, 11 January 2016

Kita Gi Jalan Penang Jer..

Assalammualaikum..
Selamat pagi dan harap you all sentiasa sihat sejahtera..
Erin?? Alhamdulillah sihat..
Hari ni pagi-pagi buta dah ada mood nak tulis entry kat blog ni..hehe
Permulaan bagi tahun 2016 ni ialah Penang..
Best jugak pergi bercuti di tempat yang selalu dah kita pi sejak zaman dahulu kala..

Ni picture masa kat empangan di Hot Bay
Rupanya ada empangan yang cantik kat situ baru ku tahu..


Ni dengan mama masa kat hotel Copthorne..
So far best jugak lah hotel ni..


Pagi tu jalan-jalan tepi pantai sambil snap gambar..
Cantik sangat pemandangan...


Ni masa kat Taman Negara dekat Hot Bay
Setiap kali datang Penang pasti akan ke sini..
Teringin nak p Monkey Beach..
Tapi belum ada peluang lagi..

OK LAH..NAK PI MANDI NAK PI KERJA DAH..
TUNGGU NEXT ENTRY LAGI K..
HAPPY READING..

Wednesday, 6 January 2016

Happy New Year 2016

Assalammualaikum..

Selamat tahun baru 2016 to you alls..
Apa azam you alls tahun ni??
Azam Erin dari tahun 2011 lagi tak tertunai..
hehe..nak tahu tak azam apa azam Erin tu?
Hmm.. nak kahwin kot.. hehe..

Kalau tahun ni termakbul maunya Erin puasa 3 hari sebab dapat jodoh..
Ye lah susah benarkan nak menghalalkan hubungan..
Setiap kali berkenalan pastu tak jadi..
Sampai ada yang suruh Erin pergi berubat and mandi bunga..
Tapi tak payahlah..Takut nanti jadi syirik pulak kan..

Kita tak boleh tolak takdir Allah SWT..
Mungkin bentuk ujian dan dugaan Erin fesyen ni..
Cewah fesyen terus tu.. hehe..

Azam tahun ni tak ada apa yang lebih bererti yakni Erin nak erin happy je..
Happy ever after.. untill the end...
Kesihatan yang baik..dapat beribadah kat Allah..
Jadi anak yang solehah (impian nak juga jadi isteri solehah suatu hari nanti)

Oklah yang tu je corak coret Erin untuk awal tahun 2016 ni..


Wednesday, 14 October 2015

Resepi : Cucur Ayam KFC

Assalammualaikum..
firstly nak ucapkan SALAM MAAL HIJRAH kat you all...
So, apa azam baru tahun ni?
Cepat betul kan masa beredar..
Sekejap je kita dah melangkah ke tahun 1437 Hijiriah..
Maka umur pun semakin meningkat..

Ngomong panjang pula Erin ni..
Hari ni ialah hari pelepasan untuk semua rakyat Malaysia..
Yang kena kerja tu..kesian..tak apa..teruskan kerja anda..
Sebab kerja itu juga ibadah..

Jom kita masak nak tak..
Pagi ni Erin masak Cucur Ayam KFC..
Sebenarnya Erin tak nak membazir ayam KFC yang tak habis di makan..
Dah dua hari tersadai kat dalam peti sejuk tu..
So, dengan prihatinnya..Erin cuba create something supaya ayam tu laku..

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :


Isi ayam KFC yang disiat-siat


Hiriskan daun sup, bawang, dan cili merah..
Jika nak pedas lagi..Boleh cuba cili padi hijau..


Tepung gandum..Erin guna empat senduk kecil


 Minyak masak..jangan guna minyak petrol or minyak gas pulak yer..hihi

Garam separuh sudu kecil dan gula satu sudu besar..


Gaulkan tepung gandum dengan air kosong suhu biasa dengan sudu sehingga tepung tu jadi likat..


Masukan isi ayam, daun sup, bawang dan cili merah..
gaul hingga rata..Ops jangan lupa garam dan gula juga digaul mesra yer..


Panaskan minyak dengan api yang sederhana panas..
Kemudian.....


Masukkan tepung yang digaul tadi ke dalam kuali dengan menggunakan sudu..
Yang ni ikut suka you all lah nak buat cucur tu jadi bentuk apa..
Nak kecil ke nak besar ke.. Ikut kesukaan masing-masing..

Maka....


Inilah hasilnya.. macam-macam bentuk ada..haha..
Tak apa..janji bila makan rasa sedap dan enak.. Tak gitu Cik Jah?

Sekian Resepi dari Blog Puteriairyn..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer