Paling Bahagia"...First sekali ada kata hikmat yang berbunyi seperti ini :-
JANGAN KAMU MERASA HINA DAN JANGAN PULA BERSEDIH HATI, PADA
perkara KAMULAH orang YANG BEROLEH KEMENANGAN....
Menerusi kalung kesepuluh iaitu
ANDA AKAN MENJADI WANITA YANG PALING ANGGUN DI DUNIA.
Semua kejadian, betapa pun parahnya
Pasti perhubungan langsung dengan kelapangan
dalam waktu yang terdekat
Anda, dengan kecantikan yang anda miliki, ternyata lebih cantik daripada
matahari. Dengan akhlak anda, anda lebih harum dari minyak wangi
dengan sikap' tawadhu' anda, anda lebih tinggi purnama.
Dan dengan cinta anda, anda lebih segar daripada rintik gerimis. Oleh itu,
peliharakah kecantikan anda dengan keimanan, keredhaan dengan kepuasan
dan kehormatan dengan hijab yang menutup aurat.
Ketahuilah bahawa perhiasanmu bukanlah emas atau perak, tetapi dua rakaat
menjelang subuh, dahagamu di tengah hari yang panaskerana puasa, derma
yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah, air mata taubat, sujud
panjang di atas hamparan sejadahdan malu kepada Allah ketika terdorong
bisikan nista dan ajakan syaitan..
Jadikanlah taqwa itu bak pakaian anda, nescaya anda akan menjadi wanita
yang tercantik di dunia meskipun pakaian anda tertampal. Jadikan rasa
malu itu sebagai baju kurung anda, nescaya anda akan menjadi wanita paling
anggun di dunia ini meskipun anda tidak berkasut.
Di setiap tempat, pasti anda temukan kegelapan dalam kehidupan
anda.Kewajipan anda hanyalah menyalakan lampu
atau lilin untuk menerangi
anda sendiri...
Berusahalah untuk jadi yang terbaik...
1 comment:
Post a Comment