'Kaira..maafkan abang jika kata-kata abang bisa meluruhkan segala isi hatimu. Bukan niat abang untuk menghancurkan segala impian yang kita rancang' Ikmal melafaz ayat itu di hati. Baginya tiada wanita setanding Kaira Melisa yang bisa membuat dirinya mengkagumi sifat ketabahan wanita tersebut. Tetapi dia sendiri tidak mahu terus menerus menghumbankan wanita kesayangannya ke lembah penghinaan.
"Mummy..cukup-cukuplah menghina orang yang tak bersalah. Okey fine, Mal akan ikut cakap mummy untuk terima Fina sebagai isteri Mal." Ikmal tidak mampu lagi menolak arahan Datin Farhah.
"Mummy bukan apa. Cuma mahu Mal hidup bahagia. Fina tu dah lama tunggu Mal. Macam-macam Fina buat untuk ambil hati Mal. Tapi Kaira tu juga yang Mal suka." Datin Farhah seolah-olah membebel kepada anak lelaki tunggal kesayangannya itu.
Kaira sedang sibuk mengemas fail-fail yang bertabur di atas mejanya. Dia mesti selesaikan kerjanya hari ini juga. Fikirannya masih bercelaru dengan sikap Ikmal. Dia tidak mahu ambil pusing dengan apa yang berlaku. Dia tahu kegagalan rumah tangga dahulu bukan atas kehendaknya. Tetapi ia berlaku dengan begitu pantas. Bercinta selama enam tahun tetapi perkahwinannya hanya bertahan selama enam bulan sahaja. Akhirnya Firdausmembuat keputusan untuk berpisah. Selama setahun dia sendiri menanti sinar bertandang kembali. Akhirnya dia temui Ikmal. Disangkakan panas hingga ke petang..tetapi hujan di tengahari.
Sedang sibuk dia berhempas pulas menyediakan dokumen, tiba-tiba suatu pesanan ringkas tertera di telefon blackberry kepunyaannya.
'Kaira, abang ada hal penting nak jumpa awak. Pukul 5 di Teratak Cafe.'
Setelah membaca pesanan ringkas tersebut. Hati Kaira semakin berdebar. Apakah perkara penting yang ingin disampaikan kepadanya. Teringat kata-kata Datin Farhah kepadanya pada minggu lalu disuatu pertemuan yang tidak dijangkakan.
"Oh you lah Kaira Melisa yang anak lelaki i tergila-gilakan tu yer? Janda tak sedar diri. Kalau you tu kerang busuk tetap busuk juga. Dasar pisau cukur." Sindir Datin Farhah.
Dia sendiri tidak mengenali Datin Farhah sebelum ini dan dia tidak tahu Datin Farhah adalah ibu kepada Ikmal. Kaira tidak pernah terlintas untuk bercinta dengan Ikmal atau mengaut segala harta milik Ikmal. Peristiwa hampir diperkosa oleh sekumpulan mat rempit itulah yang mempertemukan dia dengan Ikmal Aliff. Ikmal banyak membantunya. Dia berasa terhutang budi dan maruah kepada Ikmal.
"Fir, i nak you musnahkan hubungan bekas isteri you tu dengan my boyfriend okey. I sanggup bayar berapa sahaja yang you minta janji i dapat Ikmal." Fina sanggup buat apa sahaja demi untuk memiliki Ikmal.
Firdaus pula hanya memikirkan upah yang bakal diterimanya jika hal ini berjalan lancar dan dia juga tidak mahu sesiapa memiliki bekas isterinya itu kerana dalam masa yang sama dia masih menyayangi Kaira. Tetapi sekali talak tiga telah dilafazkan telah memisahkan mereka terus. Lafaz talak tiga disaksikan oleh ibu bapa Kaira. Cemburu buta telah membuatkan cinta yang dibina sejak di universiti lagi telah terkorban begitu sahaja. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna.
Selepas waktu bekerja, Kaira pun bergegas ke restoran yang dimaksudkan oleh Ikmal. Setibanya dia disitu kelihatan Ikmal berada dalam keadaan yang sugul.
"Abang..maaf Ira terlewat sikit." Dia hanya membahasakan dirinya dengan panggilan ringakas iaitu Ira. Kaira sampai agak lewat lima minit kerana kesesakan lalu lintas.
Ikmal hanya memberi senyuman kelat kepada Kaira. Berkedut juga dahi Kaira melihat sikap Ikmal.
"Abang nak jumpa Ira sekejap sahaja ni. Biarlah ini pertemuan terakhir kita. Abang tak mahu Ira sensara kerana abang. Insyaallah jika ditakdirkan Ira menjadi milik abang suatu hari nanti abang amat bersyukur." Akhirnya terungkap juga kata-kata itu dari mulut Ikmal.
Kaira hampir menitiskan air mata. Sekuat manapun dia cuba bertahan. Akhirnya air mata berderai dan tidak mampu ditahan lagi.
"Kalau itu yang abang minta..Ira pasrah..Ira menyayangi abang.." Sebak Kaira. Hatinya luruh dan kecewa. Dia fikir kenangan silap akan lenyap dari kehidupannya setelah bertemu Ikmal. Tetapi, dugaan demi dugaan harus ditempuhi.
Kini Kaira tidak mengharap lagi cinta pada lelaki. Dia lebih mengabdikan diri mencintai Illahi. Kerana cinta yang pasti adalah cinta Yang Maha Esa. Kaira Melisa pasrah dan redha dengan apa yang terjadi.
No comments:
Post a Comment