My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Wednesday, 23 November 2011

Lima Jam Di Hospital Sultanah Bahiyah..

Hah..you all mesti terkejut kan?? Buat apa pulak i nak dok kat hospital tu sampai 5 jam kan? Ni semua pasal my nose lah..Asyik alergic je tau..Sampai nak nafas pun susah..malam-malam bunyi 'shh,shh,shh..' sebab udara tak dapat disedut dengan baik..

Lima jam i dan adik tunggu giliran nak jumpa dengan pakar..kami tunggu dari pukul 9 pagi sampailah pukul 3 petang..tu kira siap jumpa pakar dan ambil ubat lah..

Yang kelakarnya..time jumpa dengan doktor pakar..ish muda lagi doktor tu..rasa cam sebaya dengan i je kot..doktor lelaki..i dan adik pakai baju sama masa pergi hospital tu..Nak tau kami pakai baju apa?? ha..baju ANGRY BIRD..memang tak duga akan di sound oleh doktor tu..sampai nurse pun gelak..Hai doktor, klau nak mengorat pun agak-agak ler..I sampai jadi tak tentu arah.. tahu tak doktor tu cakap apa..

Bila angka giliran dipanggil i dan adik pun masuk lah dalam bilik berkenaan..

"Awak Wan Ezzrin ke? Aik mai hospital mana boleh pakai baju Angry bird" tegur doktor tu.
I terkasima sebentar..Adoi awat dia tegur..So, i pun senyum je lah tanpa sebarang bicara. Adik pulak tersengih-sengih malu.

"Awak ni study lagi ke dah keja" Tanya doktor tu. Ai doktor kalau dah ic kat depan tu tahun 84. tak kan ada nampak i ni cam dok study lagi kot.

"Saya dah keja..kat wisma darul aman" Balas i..Dia tersenyum. Huh..!!

"Hidung awak berair lagi ker? Ubat yang diberi tu makan tak?" Soal doktor tu lagi. Kali ni sebelah kaki dia i lihat macam orang nak bersila atas kerusi pun ada. Hehehe..doktor ni cam kelakar je..

"Kadang-kadang saya skip jugak." Wah secara jujurnya i berterus terang.

"Mana boleh main skip-skip ubat. Kalau alergic memang tak boleh skip ubat. Awak kena makan tiap-tiap hari." Tu dia aih..Doktor tu bletiaq kat i..huhu..Tahan telinga je lah..

"Malam-malam tidur ada bunyi tak hidung tu? Awak tidur dengan sapa? Dengan dia ker?" Jari telunjuk doktor tu menghala ke arah adik. i hanya tersenyum dan angguk saja. Adik pulak buat muka selambernyer..hehehe..

Kemudian doktor tu ambil satu besi yang i sendiri tak pasti dia nak buat apa dengan i. Dia letak besi tu diantara hidung dan mulut. So, i ingat dia nak suruh buka mulut. I pun nganga lah.

"Tak..saya tak suruh awak buka mulut pun..just nak test hidung awak jer." Jelas doktor tu. Malu aku sedass..Dah tak cakap, i pun buat la tindakan sendiri.. Per lah doktor ni..Ish3..

"Hmm..hidung awak ni tak okey lagi..bengkak..Nanti saya bagi ubat jangan dok skip yer." Dia memberi arahan kepada i. I angguk je..tak mampu kata apa-apa.

"Kalau cam tu terima kasih lah doktor." i maw angkat kaki sudah dari bilik tu.

"Nanti kalau mai sini jangan pakai baju Angry Bird lagi yer." Nasihat doktor tu. Ai..gara-gara baju Angry Bird pun jadi isu..Apa-apa aja lah tuan doktor..Janji kau bahagia..hehehe

Sebelum keluar dari bilik tu doktor menulis tarikh appoinment seterusnya..korang nak tau tak doktor tu tulis apa..kuang-kuang..hehehehe 27/3/11 jam 9 pagi..adoi..Tahun depan kan dah masuk 2012..kenapa tulis 2011??Kerana baju angry bird kami ke membuatkan doktor tu jadi macam tu?? hehe..renung-renungkan..i ingat nak masuk semula dalam bilik doktor tu..tapi rasa tak perlu kot..then i maklumkan kat unit farmasi tentang kesilapan tarikh tu..Alahai doktor..(sory tak dapat upload pic kad i yang tersilap tarikh tu coz megapixer besar sangat kot)


1 comment:

mrs eyza said...

hehehe lawak ler doktor tue erin...ada ker mai spital xleh pakai baju angry bird..maybe dia suka angry bird kot.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer