Hmm.. Nak jadi doktor cinta ke?? Aku pun selalu je gagal dalam bercinta
So decide serah jodoh kepada Allah s.w.t
Kadang-kadang kita tak sedar tingkah laku seseorang yang menunjukkan dia mencintai kita dan may be dia tak ingin kita tahu secara terus daripada mulut dia, tetapi dia tunjuk melalui perbuatan. Jom kita kaji sikit sifat orang yang mencintai kita dalam diam..
1 #
Orang yang mencintai kami tak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu dihati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2 #
Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tak peduli. Baginyayang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3 #
Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, dihati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa yang kamu lalui sepanjang hari, dia ingain tahu kegiatan kamu.
4 #
Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti "selamat pagi". "selamat petang" selamat tidur" "take care" dan bermacam=macam selamat lagi dia akan ucapkan pada kamu. Walaupun kamu tak membalas SMSnya. kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan dalam cara yang berbeza untuk dia menyatakan "Aku Cinta Padamu"
5 #
Pada hari jadi kamu, seboleh-bolehnya dia mahu jadi orang yang pertama wish birthday kapada kamu sama ada melalui SMS atau menelefon kamu.
6 #
Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap peristiwa antara kamu dan dia. Dan saat itu mungkin air matanya akan mengalir kerana dia terlalu menghargai kamu. Walaupun kamu buat tak tahu saja kepada dia.
7 #
Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan.
8 #
Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu.
9 #
Orang yang mencintai kamu akan sentiasa mengirimkan SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu kerana dia bimbang tentang kamu jika kamu sakit.
10 #
Orang yang mencintai kamu akan memberikan sesuatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah suatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
11 #
Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu sehingga kamu menjadi binggung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
12 #
Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
13 #
Jika suatu saat kamu berpindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberi nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu.
14 #
Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengarkan kata-kata iaitu jauh dimata dekat dihati.
15 #
Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
16 #
Orang yang mencintai kamu sering melalukan hal-hal yang sengal seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirimkan SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
17 #
Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuatkan kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakkannya itu membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan melakukannya lagi..
Sekian saja..
Penat aih menaip.. hehehe.. Baca yer kalau nak tahu orang tu sayang kita or tak..
No comments:
Post a Comment