My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Wednesday, 7 August 2013

Keterbatasan menulis blog

Assalammualaikum..

Bila diri ini berada di kampung halaman yang tak ada wifi amatlah keterbatasan melayari internet tersangatlah dirasai..tapi tak apalah..untuk beberapa hari je kan..

U all nak tahu tak? Hari ni Erin rasa sangat teruja bila dapat membuat balutan ketupat daun palas..U all pun tahukan..Nak balut ketupat tu perlukan kemahiran juga..Akhirnya Erin dah pandai buat balutannya..seronok dapat buat beberapa biji ketupat tuu..hihi..(itu pun nak cerita jugak kan kan..)

Suasana lebaran Aidilfitri yang bakal menjelang tak lama lagi..Kian dirasai..Dan bulan yang penuh barakha bakal meninggalkan kita..Antara suka dan duka sepanjang tahun adalah suatu kenangan dan memori yang sukar dilenyapkan dari kotak fikiran..Dan setiap hari yang mendatang itu penuh dengan warna warni serta corak coreng kehidupan..

(Erin dah mula buat ayat puitis..hihi..terpengaruh dengan ayat novel kot)

p/s: nak wish selamat hari raya kat U all..tapi nak tunggu entri esok..malam ni Erin kat kampung..esok balik rumah kejap then petang raya balik semula ke kampung...oh kampung tempat lahirku..Merbau Pulas nama tempatnya..apa tak tahu dimana?  Sila hendaknya search Google yer..

3 comments:

Anonymous said...

selamat hari raya kak erin. hehehe . gambo la sikit ketupat palas tu.

Tetamu Istimewa said...

Ya, memang susah juga kalau tak ada internet. Tapi kalau ada internet pun kalau slow susah juga di kampung ni.

Unknown said...

Cahaya.. Hehe.. nanti kak Erin upload picture ketupat tu yer.. tak sempat nak snap picture..Mak su kak Erin terus bawak masuk peti.. huhuhu

Cikgu Helmi .. Ye lah..Kat kampung memang line slow.. Kak Erin online blog guna Xperia yang kecil tu je..Nasib balik kg pun 2 hari je..Raya ke3 dah ada kat rumah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer