My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Monday, 31 March 2014

Jalan jalan klate (Part 1)

Assalammualaikum..

Baru-baru ni Erin dan family pergi ke kelantan.. Negeri Cik Siti Wan Kembang... Negeri di mana asalnya keluarga sebelah abah Erin.. Sebab tu nama Erin bermula dengan Wan..Lama tak pergi Kelantan sejak tahun 2010..Sekarang ni dah tahun 2014.. Bermakna sudah 4 tahun Erin tidak melawat ke Negeri ni..

Apa yang bestnya kat Kelantan.. Best sebab negeri ini meriah dengan pelbagai jenis makanan..Antara makanan yang Erin suka ialah ikan celup tepung.. Kat Kedah tak ada orang nak jual macam ni.. Kalau nak makan ikan celup tepung, kena masak sendiri kat rumah.. 


Cer tengok ikan dan udang celup tepung tu.. Sedap baq hang.. Rangup, keriuk keriuk makan pula dengan hirisan timun dan sos cili bawang putih.. Memang menyelerakan.. Nak tahu lokasinya? Ni Erin makan kat Pantai Irama di Bachok, Kelantan..


Terliur tak?? Hehehee..Fresh ikan-ikan dan udang-udang ni..Tapi harga mau sedar lah yer.. Agak mahal.. Seekor ikan dijual dengan harga RM3.50 dan udang tu RM4.00 untuk 3 ekor yang dicucuk pada sebatang lidi. dan bebola serta yang lain-lain tu RM1.00 dan RM1.50.. So kalau nak makan tu sila check duit dalam poket dulu yer.. Hehehe..


Wah..cucuk-cucuk bebola dan lain-lain..Sedapnya.. nampak semuanya bahan-bahan sama dengan yong tau foo kan..??


Ma dan Abah sedang pilih cucuk-cucuk tu..
Cer you all tengok menu di kedai ni.. Unik kan? ABJ.. Masa mula-mula tu Erin dok fikir jugak.. Apalah ABJ ni.. Bila perhatikan gambar menu tu betul-betul.. Baru perasan.. Ada banyak jagung.. So..Ia bermaksud Ais Batu Jagung..


Erin pesan yang ni.. ABC.. Ais Batu Campur.. Erin tengok ramai yang pesan menu ni.. So, Erin pun nak cuba jugak lah.. Memang ternyata sangat sedap.. Sampai licin mangkuk tu Erin minum..Yang bestnya.. Ais Batu Campur tu letak jagung bakar.. Ah uniknya..Pastu letak biskut belanda yang belang-belang tu..Pastu letak ais krim juga.. Rasa lemak sangat ABC tu..Sejuk tekak..


Nilah suasana indah di Pantai Irama..





At the one side berhampiran gerai ABC tu.. Erin saja snap sungai ni..


Tengok orang ramai melakukan aktiviti air.. Ada banana boat dan jet ski.. Bestnya.. Rasa macam nak naik banana boat.. Tapi baju salin tak bawak.. rugi-rugi..

To be Continue the next part...

4 comments:

Mizz Aiza said...

wah.. best kalau dapat naik banana boat tu erin.. terliurnya aiza tengok cucuk-cucuk tu.. sedap makan masa minum petang.. :D

Mirza Rohizat said...

memang pun kat kelantan makanan dia best sangat!
udang2 dia besar2 belakeeee..heheeee
dapnye!! :D:D:D

Lieya Von Jay said...

dh lama rasa nya tak pergi ke negeri kelantan ni kak :)

Azlan Strider said...

kelantan merupakan salah satu tempat kat semenanjung yg saya belum pernah jalan2 bercuti..pernah pergi KB sekali jer itu pun sekejap jer..baca entry ini rasa nak bercuti kat kelanatan pun ada gak..hehehe

Regards,
-Strider-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer