Assalammulaikum..Semalam kita telah dimaklumkan bahawa lokasi terakhir MH370 dari KLIA ke Beijing adalah di Lautan Hindi.. Dimana lokasi terpencil yang jauh dari daratan..Erin sangat sedih mendengar berita ini..Memang amat sukar untuk terima kenyataan ini.. Apapun berita selepas ni diharap kita menjadi lebih tabah lagi..Kita tak boleh melawan kuasa dan kehendak Allah SWT.. Tabah dan Redha serta terus berdoa..
Habis satu dunia heboh akan kehilanganmu..
Misterinya engkau sukar dibongkarkan..
Deritanya kami menanti jawapan..
Satu dunia kami geledah
Mencari jawapan kemana kau menghilang
Yang tersayang sedia menanti penuh debaran
Terasa seksa suatu penantian
Kami tak rela dengar berita duka
Sebab kami dah rasa cukup sengsara
Kepada Tuhan kami berdoa
Supaya Tuhan tunjukan kebenaran
Jika Kapal Titanic masih kami tahu jasadnya
Namun jasadmu kami tak jumpa
Kau hilang tanpa kabar berita
Meninggalkan sejuta tanda tanya..Nukilan : Puteri Airyn 25 Mac 2014
Takziah untuk ahli keluarga mangsa yang terlibat.. Semoga tabah.. Sesungguhnya apa yang berlaku punya hikmahnya.. Hanya Allah SWT yang tahu akan kisahnya..Kehilangannya misteri sehingga tidak tercapai dengan pemikiran akal yang biasa.. Kita sedar.. Ilmu kita tidak dapat membatasi Ilmu Allah SWT.. Ya Allah sesungguhnya ampunilah dosa-dosa kami.. Sesungguhnya kami hamba-hamba Mu yang sering melakukan kemungkaran...
8 comments:
Kita kena akur..
Akhirnya semua adalah ketentuan Allah SWT jua kan?
semuanya ketentuan Allah walaupun masih cuba mencerna dan menghadam berita tu... Salam takziah kepada semua keluarga penumpang dan Al-Fatihah bagi yang beragama Islam...
Salam kak Erin... lama ida tak singgah sini... menarik puisi kak erin tu..menyentuh kalbu... Al-fatihah buat semua mangsa yang beragama islam
Waalaikummusalam.. thanks semua sudi baca sajak ni.. Sama-sama kita berdoa semoga ahli keluarga mereka diberi ketabahan yg luar biasa.. Memang sukar utk terima kenyataan.. Tapi ini sudah takdir Allah..
al fatihah buat mereka semua ;)
pandai erin menulis sajak.. sedih bila membayangkan nasib yang menimpa MH370.. jauh di sudut hati aiza masih berharap agar keajaiban berlaku.. apa-apa pun, tetap terima dengan hati yang redha segala ketentuan Allah..
wahh berbakat besar rupanya kak erin nie.. sajak yang indah
Still pray for mh370..
Post a Comment