Assalammualaikum you all..
Hai.. Hari ni dah 5 hari kita menunaikan ibadah puasa.. Amacam semua? Okay? Harap-harap masih okay lah kan.. Ada lagi 25 hari lagi untuk menyambut Syawal.. Hahaha.. Macam menghitung hari pulak..
Di sini Erin nak kongsi suatu menu baru yang shangat diperkatakan di facebook atau sewaktu dengannya.. Ahak.. Pekasam Daging.. Selalu dengar pekasam ikan je kan..
Ni sudah ada pelbagai jenis pekasam.. Jangan jadi pekasam mansia sudahlah yer.. Barang siapa tidak mandi maka dia bau sama macam pekasam.. Hehehe.. (Gelak nakal)
Pekasam ni Erin beli dari kawan Mak Cik Erin yang tinggal di Sungai Petani.. (Kat Alor Setar pun ada orang jual pekasam daging ni jugak).. Mak Cik Erin maklumkan kat Erin yang kawan dia ada juga jual pelbagai jenis pekasam seperti kambing dan puyuh.. Hahaha.. habis semuanya nak dibuat pekasam..
Pekasam daging ni Erin goreng bersama hirisan bawang besar dan juga cili hijau.. Ops!! jangan lupa perahkan sedikit limau nipis dan sedikit garam untuk rasa lebih masam dan masin..
Firstly Erin masukkan 3 sudu besar minyak masak ke dalam kuali.. setelah minyak agak panas, masukan pekasam daging yang dipotong nipis-nipis atau kecil-kecil..(Diingatkan jangan basuh daging yang diselaputi oleh beras tu)..
Goreng hingga garing sedikit, perah sebelah hirisan limau nipis serta garam secukup rasa dan masukkan cili hijau bersama hirisan bawang besar ke dalam kuali.. Goreng dan gaul sehingga hirisan bawang dan cili hijau tu agak garing sedikit.. Taraaa... sudah siap..(Menu untuk berbuka puasa nanti)
Sempat lagi selfie di office.. Nak tahu tak hari ni Erin terlewat bangun.. Ehem,ehem.. Jangan bagi tahu dekat BF Erin tau.. Nanti dia takut pula nak jadikan Erin ni isteri dia.. Hehehe..
-Sekian-
7 comments:
Mkn yg tu je ke utk berbuka?? Hihi
Ada lagi lauk yang lain.. tapi ni feveret erin.. hehe
macam mana gelak nakal tu...?
nak degar?
Baaahaha (gelak jin)
First time sy dengar pekasam daging ni kalau pekasam biasalah. Kena try ni utk berbuka..
First time sy dengar pekasam daging ni kalau pekasam biasalah. Kena try ni utk berbuka..
aryn, cuba habaq kat kak kat mana nak cari kat SP..sungguh, tak pernah jumpa!
dengar tu mcm sedap, rmai yg jual dlm fb. nanti kena try cuba jgak ni..:)
Post a Comment