Assalammualaikum you all..
Tajuk entri Erin kali ni bertajuk doa.. Berdoalah.. Ye lah sempena bulan yang mulia ini kita disarankan perbanyakan doa.. Berdoalah kepada Allah SWT.. Insya Allah diperkenankan.. Lambat atau cepat dimakhbulkan tu Allah Hualam.. Berdoalah selepas solat walaupun hanya dengan surah Al-Fatihah
Doa secara istilahnya adalah perbuatan rayuan. Rayuan kita sebagai seorang muslim dan mukmin pastinya kepada Allah SWT.. Tuhan Yang Maha Esa. Perkataan ini diambil dari istilah Arab yang bermaksud 'untuk memanggil' dan ia adalah merupakan suatu ibadah yang sangat istimewa dan diperlukan dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim dan muslimah.
Aisyah r.a berkata : "Bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : Sikap berhati-hati tidak mengurangkan sedikit pun ketentuan Allah, dan doa bermanfaat bagi keburukan yang telah menimpa atau yang belum ditimpa, dan apabila bala telah menimpa maka doa menghalangnya sehingga hari Akhirat."
(Hadis riwayaat al-Bazar, at-Tabrani dan al-Hakim)
Mengapa kita perlu berdoa?
Sebagai hamba Allah SWT.. Segala perbuatan kita terbatas..Kita tidak dapat melakukan sesuatu itu dengan baik atau menghindari atau mengelak dari sesuatu mala petaka tanpa bantuan Allah SWT. Hanya Allah SWT Yang Maha Esa..Sesungguhnya tujuan penciptaan manusia adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan dan ada hadis yang menyatakan doa itu adalah suatu ibadah. (Menurut Riwayat at-Tirmidzi)
Etika Berdoa
1. Memulakan doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi saw.
1. Memulakan doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi saw.
Berdoa juga perlukan etika atau tertib dan bersopan.. Sebolehnya di awal doa sebutlah Asma ul Husna..Yakni nama-nama terbaik dan pujian-pujian terhadap Allah SWT..Oleh yang demikian, Sebelum memulakan doa kita disarankan membaca surah Al-Fatihah iaitu suarah pertama dalam Al-Quran.. Surah Al-Ikhlas juga terbaik maksudnya yakni memuji Allah SWT.. Tuhan sekelian alam yang telah menjadikan serta menghidupkan kita semua. Kemudian berselawtlah ke atas Nabi Muhamad s.a.w. Sesungguhnya Nabi Muhamad s.a.w adalah kekasih Allah SWT.
2. Berada daalam keadaan suci, menghadap kiblat, dan mengangkat tangan ketika berdoa.
Sesungguhnya Allah SWT suka kepada kebersihan dan mengadap ke arah kiblat demi mendapat pengampunan dari Allah SWT.
3. Menadah tangan di hadapan wajah tapi tidak melebihi paras kepala
4. Gunakan kata-kata yang komprehensif
Contohnya Maksudnya : " Wahai Tuhan kami; berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka."
5. Jangan meminta apa pun yang berdosa dalam doa. Berdoalah untuk perkara yang baik-baik sahaja.
6. Besikap pasti dan yakin ketika berdoa.
7. Jangan berputus asa jika doa belum dijawab kerana Allah SWT suka dan sayang kepada orang-orang yang tidak berputus asa.
8. Rasulullah s.a.w biasanya mengulangi doa sebanyak tiga kali dan diselang-seli dengan istifar sebanyak tiga kali.
9. Berdoalah ddi waktu terpilih dan masa yang disarankan. Insya Allah doa dimakhbulkan atau doa dijawab oleh Allah SWT.
10. Berdoalah dengan suara yang perlahan dan merendah diri selain mengakui segala kesalahan serta dosa-dosa yang pernah dilakukan.
Waktu yang tebaik untuk berdoa:
1. Semasa berpuasa
2. Waktu ketika hampir untuk berbuka puasa
(Sumber rujukan : Buku Wirid dan Doa Selepas Solat- Muhammad Haris -Pustaka Ilmuwan)
(Picture by google)

3. Semasa Azan
4. Waktu di antara azan dan iqamat.
5. Semasa hujan
6. Semasa bermusafir
7. Semasa Malam Lailatul Qadar
8. Sepertiga terakhir malam
9. Pada lewat malam
10. Pada seketika waktu di hari Jumaat
11. Semasa minum Air Zam Zam
12. Berdoalah semasa sujud
13. Ketika terjaga di waktu malam
14. Pada penghujung solat fardu
15. Pada hari Arafah
16. Pada sepuluh hari pertama Zulhijah
17. Selepas kematian seseorang.
(Sumber rujukan : Buku Wirid dan Doa Selepas Solat- Muhammad Haris -Pustaka Ilmuwan)
(Picture by google)
2 comments:
PERKONGSIAN YG BAIK..THANKS :)
Sama-sama Syira Lokman.. Semoga kita sama-sama memperolehi manfaatnya :) Insya Allah
Post a Comment