Cinta tidak bersalah
Kerana cinta punya indah
Kerana cinta lahirnya kita
Tetapi salahnya kita
Menggunakan cinta
Pada jalan yang salah
Kita dustai cinta
Kita khianati cinta
Kita hancurkan cinta
Menjadikan orang merana
Menyebabkan orang terluka
Menyebabkan orang sengsara
Kenapa cinta tidak ditatang
Kenapa cinta tidak dijunjung
Kenapa cinta tidak diangkat martabatnya
Bukan cinta hanya di dasar kaki
Bukan cinta hanya di gigi segi
Bukan cinta hanya pada ucapan saja..
Pengertiannya sangat mendalam
Sehingga sukar untuk diungkapkan
Amat sukar ditafsirkan dengan bahasa yang mudah
Hargai cinta sebelum ia pergi
Sebelum ia hilang untuk selama-lamanya..
My LuvLy Followers
Status Terkini :
Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^
Sunday, 5 July 2015
Monday, 29 June 2015
Salam Ramadhan Dari Puteri Airyn
Assalammualaikum..
Haaaa....tudia.. lama bebeno.. Erin tak tulis entri di sini kan? Pemalas ler tu..Hehehe... Apapun Erin harap..masih tidak lewat untuk Erin ucapkan SALAM RAMADHAN untuk you all sekelian..Dalam dok kalut tu.. Tengok-tengok dah 12 Ramadhan 1436 H kan?? MashaAllah begitu pantas masa berlalu..
Sepertimana yang kita tahu.. Bulan Ramadhan adalah bulan mulia bulan beribadah.. Mengumpul banyak pahala.. dan mencari keberkatan.. Semoga kita semua dapat memanfaatkan di bulan yang mulia ini yakni seperti memperbanyakan solat sunat..bersedekah.. melakukan amal jariah dan apa-apa sahaja kebaikan..AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR..
Harus diingatkan juga.. Berpuasa bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga.. Tetapi fadhilat berpuasa itu sendiri memahami pengertiannya dari pelbagai aspek.. Menginsafi diri..Seeloknya tidak perlulah kita membazir dengan pelbagai jenis juadah ketika berbuka.. Cukuplah sekadar kenyang sedikit.. Dan beri ruang kepada perut untuk kita beribadah menunaikan solat sunat terawih, witir dan tahajud..
Selain itu.. Perbanyakkanlah membaca al-Quran semoga hati sentiasa tenang dan dapat menghayati keindahan Ramadhan.. Tunaikan zakat fitrah dan sebagainya..
Akhir kata.. Biarlah penghayatan Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum-sebelumnya.. Memberi kita beribu-ribu erti..Sebolehnya kita akan rasa seperti.. "Ramadhan janganlah pergi.. Aku sayang kamu..Setiap saat aku menantimu.. Kehadiranmu sekali setahun.. tidak puas untuk diriku bersamamu WAHAI RAMADHAN.."
Friday, 29 May 2015
Cucur Bilis Kesukaan My Abah
Assalammualaikum..
Hai you alls.. Lama kan Erin tak menulis entri di blog ni.. Sebab apa yer?? Hehe..tak ada sebab kot.. May be dah jadi malas nak menulis blog sebab asyik update status di Intagram dan Facebook saja..
So di malam yang shadu ni terasa nak tulis entri tentang cucur bilis pulak.. Haish...Menu paling senang dan selalu Erin masak di waktu-waktu kelaparan.. Abah bukan main puji lagi.. Siap cakap cucur bilis yang Erin buat sedap lah..Hari-hari jamu cucur ni pun abah suka... Cewah.. Semakin kembang kepala i.. You know.hahaha..
Haha.. Dengan tidak segan dan malu-malunya menunjukkan cucur bilis yang tak seberapa ni
Resepinya mudah saja..Sebab Erin lebih suka masukan beberapa ulas bawang kecil (dihiris halus-halus), cili besar yang warna merah dan segenggam ikan bilis.. Adunan 3 scoop tepung gandum tu masukan sedikit garam dan gula secukup rasa.. gaul semua bahan-bahan tu kemudian goreng sampai kekuning-kuningan..
Yang penting gaul semua adunan tu dengan air masak biasa je.. tak panas dan tak sejuk.. Gaul satu arah saja sampai sebati..
SEKIAN ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)
Catatan Popular
-
Assalammualaikum.. "Aish..Kenapa diorang datang meminang tak bawa cincin ni? Habis tu jadi tak aku bertunang hari ni?" ...
-
Assalammualaikum.. "Fisha.. Awak ni kan comel dan cantik, tak kan awak tak ada buah hati kot?" Sambil mereka berdua jalan...
-
Bagaimana menghimpunkan idea : 1. Meramal - Yakni membuat beberapa andaian berkaitan sesuatu perkara yang bakal terjadi pada masa hadapan...
-
Assalammualaikum.. Pengembaraanku di bumi Indonesia ini diteruskan lagi..Hari keempat berpijak di bumi Jakarta.. Kami di bawa ke Monume...
-
Asssalammualaikum.. Hai you all..Hari ni ada isu panas skit yang Erin nak kongsikan di sini.. Kejadian semalam 10/9/2013 Semala...
-
Assalammualaikum.. Ni travelog Bandung Jakarta part terakhir..Best dan teruja sangat menginap di hotel Orchardz Jakarta.. 5 start kot ho...
-
Assalammualaikum.. Ni adalah sambungan daripada siri travelog Bandung Jakarta - Part 1 ( Klik sini ) Erin berada di Bandung selama 2 hari...
-
Assalammualaikum.. Part 1,2,3,4 ..U all dah view ker?? Kalau dah view.. Jom view part 5 pulak..My Travelog ke Bandung Jakarta..Dalam ...
-
Assalammualaikum.. Apabila berbicara soal bidang penulisan..Tidak semua yang berbakat.. Seorang yang boleh membaca tidak semestinya di...
-
Assalammualaikum.. Hey guys.. "Yeahhh..go to Redang...! " Aku menjerit sambil memegang tentatif program ke Ledang. Eh silap ...
