My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Sunday, 4 October 2015

Petua yang kita tak tahu

Assalammualaikum
Hai you alls..
Jom lihat petua yang ada di antara kita yang tak tahu..
Erin sendiri pun baru je tahu..hehehe











Sumber Facebook

Kenapa ni?Polis Datang Rumah Sewa Sebelah?

Assalammualaikum..
Haish naik takut Erin dengar pertengkaran kat rumah sewa sebelah rumah Erin. Budak perempuan tu bertengkar dengan boyfriend dia..

Mula-mula dengar budak lelaki (boyfriend dia mungkin) dok terjerit-jerit panggil nama budak perempuan tu..Pastu dengar diorang bertengkar.. budak perempuan tu siap nangis-nangis lagi..Rasa ni kes cemburu kot..

Dalam budak perempuan tu dok defend diri dia..terdengar budak lelaki tu tampar budak perempuan tu berkali- kali..budak perempuan tu menangis teresak-esak..
Kemudian budak lelaki tu pun beredar dengan motorsikal meninggalkan rumah tersebut..



Dok tak berapa lama.. Tetiba nampak dua buah kereta peronda Polis berhenti depan rumah diorang.. Ish dalam hati ni dok fikir benda negatif dah.. Anggota polis tu siap ambil keterangan lagi dari diorang..

Ish diorang ni pun..kalau nak menyewa tu menyewa la elok-elok..ni tak..
Jantan dok mai tak berhenti dok pick up diorang.. Tengah-tengah malam pun jantan dok mai pick up lagi.. Adoi pening kepala dapat jiran bujang macam ni.. Perempuan pulak tu.. 

Monday, 28 September 2015

Budu Fesyen Baru

Assalammualaikum..
Hai you alls..
Amacam raya haji 2015..Ok..? Makan daging banyak tak? 
Makan daging berhati-hati..ingat kesihatan sama hoi..hihi


Haha.. Inilah budu fesyen baru.. Terkejut eden bila pergi ke Pasar Siti Khadijah baru-baru ni.. Secara kebiasaannya budu dibotolkan..Tetapi budu kini dalam pek berwajah baru macam ni..

Fuh dasyat beb..macam rupa ubat gigi pun ado.. hihi
Apa pun tak pa ..janji ianya ialah budu..makanan kegemaran ambo..
Makey nasi tak dop budu ni tok sedak..hihi..

Cara nak makan budu ni ialah hiris bawang dan cili padi hijau tu nipis-nipis,
kemudian perah sedikit limau nipis..gaul sebati..
cicah budu ni dengan timun pun tak po dah..
sedap hingga tak terkata..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer