Nak kata menangis
pun bukan nak kata merintih pun bukan malah merayu. Ayu sendiri pun tak tahu
apa yang sedang ayu fikirkan pada waktu ni. Fikiran Ayu kadang kala teringatkan
Afif. Ayu tahu Afif mungkin tak ingatkan ayu lagi.Tapi hati Ayu selalu terdetik
untuk ‘call’ Afif. Namun Afif tidak lagi menjawab panggilan Ayu.Ayu buntu..
Benarkah Afif sudah melupai diri Ayu? Ayu cuba pula hantar sms kepada Afif,
Namun tiada balasan. Ayu nak minta maaf dengan Afif. Ayu tahu Ayu ada salah
dengan Afif. Bukan tujuan Ayu untuk menyalahkan Afif dalam perkara ni. Ayu
sedar akan segala kekurangan Ayu. Ayu dah cuba yang terbaik untuk Afif. Segala
yang Afif suka semua Ayu lakukan. Ayu tak terniat nak marah Afif atau cakap
Afif ni dusta atau sebaliknya. Ayu nak bagi tahu pada Afif yang Ayu sangat
sayangkan Afif. Walaupun sayang itu tiada nilainya pada Afif. Ayu bukan mahu
memaksa Afif untuk terima Ayu jika hati afif bukan milik Ayu.
Sekurang-kurangnya Afif layan Ayu sebagai seorang insan yang pernah hadir dalam
diri Afif. Dalam hati Ayu selalu berdoa kepada Yang Maha Esa supaya dibukakan
pintu hati Afif untuk Ayu. Bukan mudah untuk Ayu terima orang lain dalam hidup
Ayu. Kalau benar Afif dah benci pada Ayu tak apalah.. Ayu terima segalanya
sebagai takdir. Semoga Afif sentiasa bahagia. InsyaAllah Ayu doakan. Sekiranya
Afif mahu kembali kepada Ayu. Ayu akan terima Afif seadanya. Itu janji Ayu.
Setakat ini sahaja WARKAH AYU BUAT AFIF.
p/s : Nama adalah rekaan semata-mata.. Tapi dipetik dari diari puteriairyn (12 Disember 2012)
No comments:
Post a Comment