Assalammualaikum..
Hehe.. ni sessi muhasabah diri kot..Bukan apa saja buat tajuk entri ni bila tetiba terdetik di hati.. ADAKAH SAYA SUDAH TEROVER??
Memang betul lagi nyata apabila diriwayatkan bahawa manusia ini serba kekurangan..Pasal HATES?? Kita pun tak boleh nak ubah sesuatu perkara itu.. Apabila tindakkan kita menyebabkan mata orang lain sakit.. Sememangnya kita tak cuit langsung tubuh mereka.. Tetapi tidak tahu dimana silapnya..
Begitu juga luahan kawan Erin ni.. dia punyai pekerjaan yang bagus..Datang dari keluaga yang kaya dan bagus.. Mempunyai rupa paras yang cantik, personaliti yang menarik..Tetapi disebalik segalanya.. Hati kecilnya terluka apabila ada individu-individu yang tidak berpuas hati dengannya.. Sedangkan dia tak mengenali individu-individu itu secara rapat.. Bila diselidik.. Barulah sedar..Mengapa dan kenapa ini berlaku..
Kekayaan dan kecantikkan dia dicemburui oleh mereka-mereka itu..Antara dialog mereka yang telah dapat dihidu..Hehehe (dah macam spy plak Erin ni kan..)
"Dia boleh lah pakai kereta mewah tu.. Tengoklah bapaknya siapa.."
"Cemuih lah aku tengok..Hari-hari pakai baju blink-blink..Tengok lah tu handbeg dia tu guess..Baru beli lah tu.. Setakat jenama yang kita pakai ni..Dia tak heran lah kan.."
"Kami ni bukan layak jadi kawan dengan awak yang vouge gitu..Kami ni kampung girl; je.."
"Awak pegawai.. Saya ni kerani cabuk jer.."
"Awak ni cantik.. memanglah ramai yang berkenan..Saya ni apa je lah yang ada.."
Padahal..Sikit pun kawan Erin tu tak pernah sakiti hati orang lain.. sebab apa yang dia ada.. Orang jadi tak suka pada dia..Lagi pun dia nak pakai apa pun suka hati dia lah.. Tak ganggu duit atau menyusahkan sesiapapun.. Dia cantik pun sebab Allah yang bagi..Tetapi persepsi manusia yang suka menghukum tanpa mereka cuba memuhasabah diri sendiri.. Dan ramai yang punyai PHD tanpa ambik MASTER or DEGREE...
Biar kita tak kaya, biar kita tak cantik, biar kita serba kekurangan.. Tetapi HATI KITA BAIK..(Dan Erin pun tak tahu kedudukan Erin dimana sekarang ni...Sesungguhnya AKU INSAN BIASA YANG SERBA KEKURANGAN DAN TIDAK SEMPURNA)
9 comments:
tu lah manusia kan,
pantang tengok org lebih sikit dr dia, mula lah nak jeles...
Betul tu Nory..Itu lah realiti kehidupan..sob sob sob sedih..
Laa... macam tu pula. Susah nak puaskan hati semua orang kan. Tak apa yang penting kita tahu niat kita tu macam mana. Kalau orang tak pernah nak hormat dan hargai biarlah. Mulut orang susah nak tutup.
orang boleh cakap apa yang dia nak cakap., tuan punya badan pun janganlah sensitif sangat., buat tak tau je., lama² nanti diam ler tu.. :P
mulut manusia kan kak.. mmg susah nk tutup.. tambah lg rmbut sama hitam, hati lain2x... semoga mereka diberi hidayah :)
Tetamu Istimewa - Betul tu..memang susah nak puaskan hati orang lain..dah ada sifat dengki mendengki..
Botak - Tu lah sememangnya berdiam diri dulu.. kalau sampai tahap memfitnah tu.. memang tak boleh diam lah..
Zakirasli - Dugaan semua ni.. redha je lah..huhu
yang penting niat kita ikhlas, pedulikan apa kata mereka.. siapa mereka untuk mengadili diri kita? tak kira kaya ke, miskin ke, cantik ke, hodoh ke, kita semua sama di sisi Allah dan destinasi kita juga sama iaitu mencari keredhaan Allah untuk ke alam akhirat.. hanya iman dan takwa yang membezakan kita di sisi Allah.. teruskan kehidupan seperti biasa selagi kita tak buat perkara yang melanggar undang-undang atau tuntutan agama..
Asalkan kita tak ganggu kehidupan orang lain kan.. :-)
Diorang tu jealous sebenarnya sebab takde apa yang kawan kak Erin tu ada. Manusia kan..biasa la. Tak senang tengok orang lebih sikit.
Post a Comment