My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Friday, 30 August 2013

MeMaNDu DaLaM ShOpPiNg MaLL

Assalammualaikum..

"eh eh.. apa nih? Adik nak naik lah.. Nanti ibu tolak adik tau.. Ibu,ibu..Kreta ni ada kat giant sini saja ke?"

Hamboi..kemain Erin perembang telinga curi-curi dengar perbualan antara seorang kanak-kanak dengan ibunya..

Kenapalah baru sekarang ku berjumpa dengan kereta yang comel ni..
Bagus jugakan inovasi sekarang... Kreatif..!!
You all nak tahu tak, masa pergi Giant Kuala Pilah baru-baru ni.. Benda alah ni telah menarik perhatian Erin.. Teruja sangat.. (Terujo pun buet apo, ekau bukan ado anak layi haa.. Jangan buet-buet terujo eh..)

Selalunya kalau pergi shopping mall or shopping complex..Kita lihat ibu bapa atau penjaga akan letak kanak-kanak dalam troli barang-barang.. Macam tak sesuai je kan..Kanak-kanak pun nampak macam stress je bila dok dalam troli tu..Muka pun chom saja..

Dengan adanya Fun Mobile ni.. Kanak-kanak akan rasa tenang sedikit bila ikut ibu bapa mereka membeli belah keperluan rumah..Erin tengok mereka tu kemain lagi rasa seperti sedang memandu kereta..Padahal.. kena tolak dek ibu dan ayah atau penjaga.. Kikiki.. Erin gelak sesorang..

Tapi terfikir juga.. Kenapa tak diaplikasikan di serata pelusuk shopping mall di Malaysia ni..Nanti sonang haa nak bawak anak eden ni haa..(Tersampuk cakap orang Nogoqhi pulok ni..Huhuhu)

Ho aloh.. comey etep keto nih.. Nok suko kawe..(Klate pulak dah..Hehe..Whatever!!)

Thank you for reading my entry and leave your comment
Remember it..Sharing is caring..!!

5 comments:

Fais-SKA said...

ha3..1st time tgok =) kreatif..tp sian la kt fmly acik kena tolak je..silap anak xnk keluar lg..menarik

norhasnizakhalid said...

hihihi, budak-budak lah seronok naik benda ni... mama ikutkan je..

Mizz Aiza said...

takde la anak-anak bosan ikut ibu bapa shopping.. menarik idea ni.. :D

Eiqa Almond said...

haha wahh.!! Nak jd budak kecik balik laa cenggini >,<

Tetamu Istimewa said...

Memang kreatiflah. Bolehlah lepas ni diperluaskan di seluruh pasar raya di Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer