My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Thursday, 1 August 2013

OuTSpOKeN PeOpLe

Assalammualaikum..

"Tu dia lah aku kata dah.. Hang ni mangkuk lah.."

Haa.. ni lah contoh ayat pedas orang yang memiliki cara percakapan yang tidak betul dan tidak menjaga perasaan orang lain..

Sebab itu sebelum berbicara berfikirlah dahulu akan kesan dan akibat jika kata-kata sebegitu dilontarkan kepada orang lain.. Dan cuba letakkan diri anda ditempat orang yang telah kita semburkan dengan kata-kata pedas kita tu..Adakah kita akan terasa dan berasa??

Tidak dinafikan dalam dunia ni kita akan jumpa dengan pelbagai manusia yang mepunyai pelbagai perangai, sikap dan ragam.. Kadang kala kita sudah bercakap elok dan berusaha melontarkan kata-kata yang baik kepada individu tersebut.. Tetapi kita dibalas dengan kata-kata yang tidak sama sekali dijangkakan.. So, apa yang perlu kita lakukan apabila berhadapan dengan 'outspoken people' nih..

Berdiam dan jangan hiraukan orang seperti itu.. Sebolehnya elakkan dari bergurau dengan dia..Biar dia tahu kita tidak gemar akan sikapnya.

Tegur dia jika kita rasa kita mampu berhujah dengan orang yang outspoken ni..Atau berikan kata-kata bidasan agar dia pulak terasa.. Ingat dia saja yang boleh kata kepada orang lain sesuka hati..(Tapi cara ini macam nak balas dendam pulakkan)

Sebolehnya elak dari berkawan dengan orang yang outspoken jika U all rasa dia tidak boleh berubah jadi baik.. Biar dia dipulaukan lagi bagus sehingga dia berubah menjadi baik dengan sendirinya (Kira bila dia dah insaf baru kita kawan balik dengan dia)

Sebenarnya kesian kepada outspoken people ni.. Mereka tidak tahu cara menghormati orang lain dan mereka juga tidak tahu menghormati diri sendiri.. Kerana akibat tak tapis percakapan..Diri dibenci orang.. Itu juga penganiyaan kepada diri sendiri kan.. So, fikir-fikirkan lah.. Yang mana baik itu ramai yang suka.. yang tak baik memang orang tak suka..Setiap manusia diberi akal untuk berfikir dan boleh membezakan antara yang baik dan yang tak baik..

5 comments:

Mizz Aiza said...

kawan baik aiza masa belajar dulu ada seorang yang outspoken macam ni.. dia tahu aiza ni jenis yang sensitif dan mudah menangis, jadi dia jaga bila bercakap dengan aiza.. tapi kalau dengan orang lain selamba je dia sound..

Fais-SKA said...

orang xpndai jga lidah mmg cmni..biakn je dia..kita bt hal kita je..yg pntg jgn terikut

wakgelas said...

sian kanns.,uhUuu

norhasnizakhalid said...

mama kalau orang cam ni kan, mama diam kan je. tak pun dia cakap mama angguk-angguk je. malas mama layan... kalau terlebih, mama sound jugak haha..

Aida Ismail said...

Aida ada kawan jenis macam ni. Kadang2 memang Aida sound balik. Kalau Aida senyap je maknanya memang Aida malas nak layan perangai dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer