Assalammualaikum..
Hai you all.. Hari ni (8 September 2013) Erin and parent ada join program NAK SIHAT anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Kedah di Dataran Pahlawan berhampiran dengan Taman Rimba atau dikenali sebagai Taman Jubli Perak. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi iaitu pendaftaran. Apa yang kami dapat semasa pendaftara tu? Ianya adalah baju T, bendera Malaysia yang kecil dan juga lencana. Tak lupa juga ada nombor cabutan bertuah..
Ramai juga yang join program ni kerana ia terbuka kepada orang awam..Walaupun dalam cuaca hujan, ia tidak menghalang peserta untuk meneruskan acara. Acara yang pertama adalah aerobik. Seterusnya acara berjalan kaki 10,000 langkah, perasmian, pemeriksaan kesihatan dan juga pameran berkaitan kesihatan. Jom lihat gambar-gambar yang Erin telah snap ni..
Erin nak sihat, sebab tu join program ni.. Hehe..Okaylah orang pun tak ramai lagi, sempatlah nak snap gambar ni..
Walaupun berpayung, ia tidak menghalang semangat untuk bersama-sama memeriahkan program NAK SIHAT
With mama.. Kami dah salin baju.. semangat tak kami nak mulakan acara sebentar lagi..Cayok cayok.. 10,000 langkah je.. Kalau setiap hari diaplikasikan.. Pasti rakyat Malaysia ni sihat walaafiat.. Ni semua nak naik kereta.. Dah tau minyak mahal pun gagah lagi nak berkereta.. Sesekali tu berjalanlah sama..
Wah.. bersemangat adik-adik ni.. Ni waktu sebelum acara 10,000 langkah dimulakan..Semua pakat berhimpun di belakang garisan..
This is my parent..Berpayung lagi youuu..
Bantuan pertolongan cemas sentiasa mengikuti kami.. So, don't worry if you are collape.. Hehe..
Ayuh menuju ke garisan penamat.. sikit je lagi.. Berpeluh tak??
Haa.. Dah sampai pun.. Dapat epal sebiji, roti dan air mineral.. Okaylahkan meal yang bagus untuk kesihatan.. Tak kan nak jamu ketupat lagi kan?
Walk For Life 2013.. Ni kata-kata yang ada pada baju urusetia..
Majlis Perasmian oleh Y.B Amirudin Omar selaku Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah Darul Aman. Selepas tu ada acara lompat tali oleh beberapa orang pelajar.. Erin tak dapat upload gambar acara lompat tali tu sebab semua gambar tu ada dalam DSLR abah..
Pemeriksaan kesihatan secara percuma dilakukan oleh kaitangan Hospital Besar Sultanah Bahiyah
Abah dan mama pun tak mahu lepaskan peluang yang ada. Semua ni kena cakna.. Kalau tidak kita tak tahu tahap kesihitan kita.. That's right abah.. :-)
Sebelum pemeriksaan yang seterusnya dilakukan..Peserta kena isi borang dulu..Macam yang dilakukan oleh my mama tu..Tulis ye mama, jangan tak tulis..
Ni kira last station lah..melawat pameran kesihatan yang ada di situ.. Selepas tu transit sekejap kat pentas sebab ada cabutan bertuah.. Alang-alang lambat sangat kami ambil keputusan untuk pulang..
Okay setakat ini sahaja my story today.. Best sangat join program hari ni.. NAK SIHAT..jom jalan 10,000 langkah setiap hari.. Larat tak??
6 comments:
respect ler..
hujan2 pun still smangat join..
ini br dikatakan sihat.
Bestnyer Erin...kalau la dekat umah akak..mau terjah juga nih...hihi...
Syok jalan dalam hujan...yg tak syok sebab basah jerr...
Saya NAK SIHAT juga...
x0x0 ^_^
kat sini pun ada juga dibuat program tu erin.. sayangnya aiza tak dapat join.. kalau ikut tentatif, jam 6.30 pagi tadi dah kena berkumpul di presint 2 putrajaya..
bestnya kalau mama dapat pergi aktiviti macam ni..
Hari ni seluruh negeri di Malaysia kan yang adakan program ni..klau tak silap Erin lah..tapi memang best joint program NAK SIHAT ni..
Seronoknya kalau dapat sertai. Rajin Kak Erin.
Post a Comment