Assalammualaikum..
Malam raya terpaksa pulang ke tempat study, bukanlah suatu perkara yang menyeronokkan.. Di kala sanak saudara berkumpul menyambut Hari Raya..Kita pula terpaksa pulang ke asrama..Belum pun panas punggung ni merasa duduk di rumah dan bermesra dengan keluarga. Nak buat macam mana..Inilah dugaan dan pengorbanan yang dituntut ketika bergelar seorang pelajar..
Sebenarnya..Erin cuba mendalami perasaan Adik yang terpaksa pulang ke Kolej Matrikulasi Kuala Pilah pada malam ni..Sekejap saja dia pulang ke Kedah..Sabtu sampai di sini dan malam ni bergegas pulang ke Negeri Sembilan..
Dugaan malam ni lain dari yang lain..Kenapa Erin identifikan ia sebagai dugaan? Jomlah ikuti cerita ni..
Jam menunjukkan pukul 7 malam..Erin dan Adik masih tercegat di depan kaca televisyen menonton I LOVE YOU MR. ARROGANT. Abah pula yang sibuk menggesa kami agar cepat bersiap dan berkemas kerana pada jam 8.30 malam, kami sekeluarga akan menghantar Adik di stesyen bas Shahab Perdana.
Erin dan Adik merunggut kerana episod drama tu tak sempat habis. Kami bertolak dari rumah ke Shahab Perdana dalam pukul 7.30 malam selepas solat maghrib.
Perjalanan kami terpaksa merempuh sebanyak 7 lampu isyarat. Sebab tu terpaksa bertolak awal. Lagipun abah risau kalau sampai lewat, nanti adik dapat tempat duduk di bahagian belakang.
Kami sampai di Shahab Perdana pada pukul 7.50 malam. Sebuah bas berwarna biru muda kepunyaan Syarikat pelancong telah sedia menunggu.
Mama tanya kenapa ada satu bas sahaja? Kerana masa kami datang jemput adik di Shahab Perdana pada hari Sabtu ada tiga buah bas yang memuatkan pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.
Kami juga dimaklumkan oleh pemandu bas berkenaan bahawa, hanya satu bas yang ada malam ni untuk membawa pelajar-pelajar berkenaan pulang ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.
Setelah menyemak senarai nama, Adik pun mengambil tempat duduknya di bahagian tengah. Erin dan Mama ternampak empat helaian senarai nama dan Erin juga ternampak pada senarai nama tu tercatat jumlah para pelajar yang akan menaiki bas pada malam ni seramai 80 orang atau lebih. Dalam fikiran, memang tak logik jika hanya satu bas saja dapat memuatkan pelajar seramai itu.
Bas tersebut parkir berhadapan dengan Kedai 24 Jam Seven Elevent. Dari detik ke detik masa, kawasan berkenaan dibanjiri oleh ibu bapa dan penjaga yang datang untuk menghantar pelajar-pelajar kolej.
Dahla orang ramai.. Tetiba hujan turun dengan lebatnya.. Masing-masing berpayung demi menguruskan hal pelajar yang ramainya tidak mendapat tempat dalam bas berkenaan.
Rupa-rupanya malam ni masih ada lagi dua buah bas yang belum sampai..Cubalah bayangkan dalam suasana hujan lebat..Bas pula tiada..Terpaksa menunggu dari pukul 7.50 malam sehingga pukul 10.15 malam..Bas kedua dan ketiga belum menjelma. Nasib adik sampai awal dan ada tempat untuknya.. Syukur Alhamdulillah..Tapi Erin bersimpati kepada pelajar-pelajar yang tak dapat naik bas yang pertama tu..
Adik menyarankan agar Erin dan keluarga pulang ke rumah kerana hujan pun sudah reda. Lagipun adik sudah ada tempat duduk dalam bas berkenaan.. Cuma bas pertama itu tidak boleh bertolak lagi selagi bas yang kedua dan ketiga belum tiba. Bas-bas tersebut akan bertolak serentak.
Kami pun pulang ke rumah. Erin pula asyik bermesej dengan adik melalui handphone bertanyakan sama ada bas kedua dan ketiga sudah sampai ataupun tidak.. Akhirnya bas kedua sampai pada jam 11.15 malam dan bas ketiga sampai tepat pada jam 12 malam..
Pada pukul 12.45 tengah malam baru bas-bas itu bertolak.. Ah..dugaan betulkan.. Apapun itu pengorbanan, dugaan serta ujian dalam berjihad.. Menuntut ilmu itukan berjihad namanya.. Fisabilillah..!!
Erin doakan semoga Adik selamat sampai ke destinasi.. Dan peperiksaan akhir semester dah tak lama lagi..Semoga Adik berkerja keras untuk dapatkan pointer yang terbaik nanti.. Doakan adik dapat menjawab soalan peperiksaan dengan mudah dan tenang.. InsyaAllah.. Gunakan konsep DUIT.. Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakal.. Kak Erin, Mama dan Abah sentiasa doa untuk kejayaan Adik.. Don't worry..!!
2 comments:
moga dipermudahkan segalanya ye..
dugaan betul.. semoga Allah melancarkan segala urusan yang baik..
Post a Comment