Assalammualaikum..
Aish.. asal tak puas hati dengan wanita je mesti nak cakap wanita tu meroyan kan.. Jangan hanya tahu berbicara saja tentang itu.. Tahukah apa itu meroyan?? Kalau nak tahu, jom baca info di bawah ni..
Apa itu Meroyan?
Meroyan merupakan
salah satu penyakit psikologi atau gangguan mental yang serius. Ia bermula dalam masa antara 2 hingga 3 hari selepas
seseorang wanita itu bersalin.
Namun ianya
berlarutan untuk jangka masa yang lama sekiranya tidak mendapat rawatan.
Biasanya, ia
dialami oleh wanita yang pertama kali bergelar ibu. Bagaimanapun, gangguan ini
jarang terjadi. Purata anggaran hanya seorang atau dua saja wanita yang
mengalaminya dalam setiap 1,000 wanita yang melahirkan anak.
Biasanya pesakit
ini akan mengalami masalah murung dan sugul. Mereka akan merasa rendah diri dan
sering rasa terancam seperti ada orang lain yang ingin mencederakan mereka dan
bayi mereka.
Dalam istilah
perubatan, penyakit meroyan ini dikenali sebagai ‘peuperal psikosis’ atau ‘postpartum
psikosis’.
Apakah punca
terjadinya Meroyan?
Menurut seorang
pakar psikiatri di Hospital Kuala Lumpur, secara biologinya wanita lebih mudah terdedah
dan mengalami kemurungan walaupun mereka tidak hamil.
Menjawab kepada
persoalan punca berlakunya penyakit ini ialah disebabkan semasa kehamilan,
paras hormon wanita meningkat pada paras yang tinggi. Dan selepas melahirkan
anak, hormon progestron dan estrogen menurun dengan mendadak.
Ada sesetengah
wanita yang sensertif kepada perubahan hormon ini, lalu menyebabkan mereka
mengalami rasa sugul dan kemurungan.
16 comments:
sesetengah owg jadikan perkataan meroyan mcm xdepape je..sebenarnyee meroyan ni mcm2 jenis.btw tq kak airen atas pengkongsian ni ;)
Fiza setuju dengan TelingaBulat. Tapi... Na'uzubillah. Biarlah dijauhkan penyakit meroyan. Takut dengar :)
owhhh..meroyang ni sejenis penyakit ke rupanya..igtkn meroyan ni kluar jenjalan..
yang keluar jejalan tu namanya meronggeng.. Haha..apalah Fais ni..
bahaya penyakit meroyan ni. kalo meroyan dalam blog tak pa lagii hehehe
jika tak dapat control perasaan, memang meroyan jadiknya.
org tua2 cerita, bahaya meroyan ni.. ada yg sampai boleh bunuh anak..
Sekarang, orang yang tak mengandung dan melahirkan pun, meroyan tak tentu fasal. Kurang didikan barangkali. :)
huhu...mintak dijauhkan lah...
sejak pregnant ni cuba jauhkan diri dari stress...dalam pantang nanti pon hrap berjalan lancar...amiinnnn
pengalaman sendiri belum lagi tapi pengalaman tengok orang lain ada..kesian..sedih pun ye juga..biasanya belaku dalam pantang..sakit bersalin tak reda lagi..dugaan Allah sukar dijangkakan..
teringat zaman dulu kalau wanita kena meroyan mesti sanggup bunuh anak..
perkataan tu memang fobia untuk didengar..
Kat pesbuk memang terkenal perkataan meroyan tu..nak nak klu bab politik hehe
Tapi zaman sekarang istilah meroyan nih dah banyak digunakan dan bukan sahaja untuk orang yg lepas bersalin. Pelik tapi benar
Kena berhati-hati. Perlu kawal emosi.
risaunya kalau si buah hati kena penyakit ni...
Post a Comment