My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Wednesday, 14 October 2015

Resepi : Cucur Ayam KFC

Assalammualaikum..
firstly nak ucapkan SALAM MAAL HIJRAH kat you all...
So, apa azam baru tahun ni?
Cepat betul kan masa beredar..
Sekejap je kita dah melangkah ke tahun 1437 Hijiriah..
Maka umur pun semakin meningkat..

Ngomong panjang pula Erin ni..
Hari ni ialah hari pelepasan untuk semua rakyat Malaysia..
Yang kena kerja tu..kesian..tak apa..teruskan kerja anda..
Sebab kerja itu juga ibadah..

Jom kita masak nak tak..
Pagi ni Erin masak Cucur Ayam KFC..
Sebenarnya Erin tak nak membazir ayam KFC yang tak habis di makan..
Dah dua hari tersadai kat dalam peti sejuk tu..
So, dengan prihatinnya..Erin cuba create something supaya ayam tu laku..

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :


Isi ayam KFC yang disiat-siat


Hiriskan daun sup, bawang, dan cili merah..
Jika nak pedas lagi..Boleh cuba cili padi hijau..


Tepung gandum..Erin guna empat senduk kecil


 Minyak masak..jangan guna minyak petrol or minyak gas pulak yer..hihi

Garam separuh sudu kecil dan gula satu sudu besar..


Gaulkan tepung gandum dengan air kosong suhu biasa dengan sudu sehingga tepung tu jadi likat..


Masukan isi ayam, daun sup, bawang dan cili merah..
gaul hingga rata..Ops jangan lupa garam dan gula juga digaul mesra yer..


Panaskan minyak dengan api yang sederhana panas..
Kemudian.....


Masukkan tepung yang digaul tadi ke dalam kuali dengan menggunakan sudu..
Yang ni ikut suka you all lah nak buat cucur tu jadi bentuk apa..
Nak kecil ke nak besar ke.. Ikut kesukaan masing-masing..

Maka....


Inilah hasilnya.. macam-macam bentuk ada..haha..
Tak apa..janji bila makan rasa sedap dan enak.. Tak gitu Cik Jah?

Sekian Resepi dari Blog Puteriairyn..

Sunday, 4 October 2015

Petua yang kita tak tahu

Assalammualaikum
Hai you alls..
Jom lihat petua yang ada di antara kita yang tak tahu..
Erin sendiri pun baru je tahu..hehehe











Sumber Facebook

Kenapa ni?Polis Datang Rumah Sewa Sebelah?

Assalammualaikum..
Haish naik takut Erin dengar pertengkaran kat rumah sewa sebelah rumah Erin. Budak perempuan tu bertengkar dengan boyfriend dia..

Mula-mula dengar budak lelaki (boyfriend dia mungkin) dok terjerit-jerit panggil nama budak perempuan tu..Pastu dengar diorang bertengkar.. budak perempuan tu siap nangis-nangis lagi..Rasa ni kes cemburu kot..

Dalam budak perempuan tu dok defend diri dia..terdengar budak lelaki tu tampar budak perempuan tu berkali- kali..budak perempuan tu menangis teresak-esak..
Kemudian budak lelaki tu pun beredar dengan motorsikal meninggalkan rumah tersebut..



Dok tak berapa lama.. Tetiba nampak dua buah kereta peronda Polis berhenti depan rumah diorang.. Ish dalam hati ni dok fikir benda negatif dah.. Anggota polis tu siap ambil keterangan lagi dari diorang..

Ish diorang ni pun..kalau nak menyewa tu menyewa la elok-elok..ni tak..
Jantan dok mai tak berhenti dok pick up diorang.. Tengah-tengah malam pun jantan dok mai pick up lagi.. Adoi pening kepala dapat jiran bujang macam ni.. Perempuan pulak tu.. 

Monday, 28 September 2015

Budu Fesyen Baru

Assalammualaikum..
Hai you alls..
Amacam raya haji 2015..Ok..? Makan daging banyak tak? 
Makan daging berhati-hati..ingat kesihatan sama hoi..hihi


Haha.. Inilah budu fesyen baru.. Terkejut eden bila pergi ke Pasar Siti Khadijah baru-baru ni.. Secara kebiasaannya budu dibotolkan..Tetapi budu kini dalam pek berwajah baru macam ni..

Fuh dasyat beb..macam rupa ubat gigi pun ado.. hihi
Apa pun tak pa ..janji ianya ialah budu..makanan kegemaran ambo..
Makey nasi tak dop budu ni tok sedak..hihi..

Cara nak makan budu ni ialah hiris bawang dan cili padi hijau tu nipis-nipis,
kemudian perah sedikit limau nipis..gaul sebati..
cicah budu ni dengan timun pun tak po dah..
sedap hingga tak terkata..

Thursday, 24 September 2015

Jalan-Jalan Raya Bersama Iriz (Part 1)

Assalammualaikum..
Salam Aidil Adha dari Erin dan family to all my readers..

Raya Haji tahun ni spesial sikit bagi Erin sebab tahun ni Erin dan family
datang beraya di Kelantan.. Negeri di mana asalnya keturunan abah..
Sebenar-benar keturunan sebelah abah ialah berasal dari selatan thai..
Ada juga sedara mara abah di Bangkok..


Paling berharga dan indah ialah apabila Erin mampu bawa Proton Iriz 
ke Kelantan ni..
Wah si merah ni jalan jauh yer..
Motif Erin tukar kereta pun sebab nak jalan-jalanlah..
Iriz 1.6 cvt exercutive ni memang best bila jalan jauh..
Dengan dilengkapi GPS build in..
Tak de lah tersesat sangat kan..
Bagi Erin..Proton Iriz ni sangat unik..




Hari ni Erin just jejalan rumah sedara mara di sekitar Kota Bharu.
Esok baru bertolak ke Terengganu.. gi rumah mak sedara kat sana pula..
Ops..lupa nak g tau..Iriz ni jimat petrol tau..
Perjalanan dari Alor Setar Kedah hingga ke Kota Bharu Kelantan..kos petrol ialah RM35 je..haa..save tak? Tu untuk sehala je lah..maknanya pergi dan balik ialah RM70 je..Tapi kalau pusing-pusing Kelantan dan Terengganu mau spare RM200 kot..

Ok cerita jalan-jalan raya akan bersambung esok..stay tune..hihi
thanks sudi baca dan leave comment..

Monday, 21 September 2015

Nasib Ada FRESH CARE

Assalammualaikum..
Hari ni serius tak larat..
Tapi Erin gagahi datang ke office jugak..
Sebab banyak lagi tugasan yang belum disiapkan..
Terpaksa siapkan sebelum Raya Haji ni..


Beginilah muka orang demam..hihi..
Demam-demam pun rajin dok update entri blog..
Tak pa.. Erin anggap sakit ini sebagai suatu kifarah..
Dalam sedar mahupun tak sedar akan kesalahan kita..


Bagus juga ada minyak angin FRESH CARE Aromatherapy
Bagus minyak angin ni..
Banyak kegunaannya..Antara kegunaan minyak ni ialah :-

Meringankan sakit kepala, perut kembung, perut masuk angin,
mabuk perjalanan, selesema, dan gatal-gatal gigitan serangga..
Minyak ni keluaran Indonesia..
Kat Acheh banyak lah..

Erin memang suka minyak angin ni..
Bau dia pun best..Rasa fresh gitu

Thursday, 17 September 2015

Jalan-jalan Hari Besday Malaysia 16 Sept 2015

Assalammualaikum you alls
Harap sihat-sihat selalu yer..
Eh hari ni hari Malaysia kan? Gi jalan mana?
Dok rumah saja?? Tak kan dok rumah layan tv je kot..
Cuti kan..Per lagi ayuh meronggeng..(Tudia bahasa tak hingat donia..kiki)


Haha..tak rare la kalau tak berjalan tengok keindahan alam time cuti-cuti macam ni..
Walaupun hanya satu hari jer..

Mula-mula tu memang planning nak duk rumah je..
Nak kemas bilik dan bagai..
Tetiba teringin nak makan keropok lekor..
Terus Erin dan family plan ke Tanjung Dawai..
Kemudian singgah di air terjun Seri Perigi..

Cantik jugak tempat ni..
Lama dah Erin tak berkunjung ke sini..
Seri Perigi ni terletak di daerah Yan Kedah..
Punca airnya dari puncak Gunung Jerai..
Kiranya Seri Perigi ni merupakan salah satu kaki Gunung Jerai..
Ada laluan trak hutan untuk ke puncak gunung tu..

Air terjun kat sini nyaman sungguh..
tetapi jangan terkejut sebab airnya berwarna perang..
Ala-ala air karat gitu..huahehehe..


Haa tudia..karatnya ayaq..hihi..
Air tu warna macam tu disebabkan akar kayu mungkin..
Erin pun lupa nak kaji dengan lebih terperinci..

K lah..setakat ni je cerita jalan-jalan di hari Malaysia 2015..
Sekian....

Monday, 14 September 2015

Ronda-ronda Stesen KTM Alor Setar

Hai..Assalammualaikum...
Bertemu kita kembali di entri ini..
Cewah dah macam buat segmen kat tv je kan gayanya..hehe..

Dengar kata keretapi laju tu dah beroperasi..
wow..Teringin nak merasa naik keretapi ni..
Tadi siang sempat Erin ke stesen KTM Alor Setar..




Inilah antara gambar-gambar di sekitar Stesen KTM tu..
Sempat juga bertanya di kaunter harga tiket dari Alor Setar ke 
Kuala Lumpur..Nak tahu harga satu hala perjalanan ialah RM74..
Itu je lah untuk entri berkaitan ETS keretapi laju ni..
Sekadar cerita santai-santai je tak banyak info..
Kalau you all nak tahu detail..kena googlelah yer..Hehe...

Sekian....

Tuesday, 1 September 2015

Susu Kenangan!!


Assalammualaikum..
Hoho..ni lah kenangannya..
Masa zaman sekolah dulu..kalau dapat susu paling best..
Tapi dapat seorang satu kotak je..
Bila ada lebih baru dapat seorang dua atau tiga kotak..

SEKIAN ^_^

Sunday, 30 August 2015

Apa yang BLOGGER ni perlukan??

Assalammualaikum..
Apabila menyebut tentang seorang BLOGGER..
Apa yang anda fikirkan?
For sure you all akan fikir dia (blogger)
 adalah seorang yang suka mengarang..
Begitulah sifat seorang blogger..

Apa yang penting untuk menjadi seorang blogger?
First sekali mestilah dia mempunyai blog sendiri..
Mempunyai idea untuk menulis entri..
Mempunyai komputer peribadi, labtop atau tablet..
Tetapi tak semestinya ada komputer sendiri..kalau dia rajin ke cycber cafe pun itu sudah memadai..yang penting ada kerajinan untuk update entri di blog..

Bagi pendapat Erin..yang penting ialah mempunyai tablet dan internet..
Sebab idea boleh diperolehi dimana sahaja dan pada waktu bila-bila..

Jadi tablet adalah point penting untuk update entri apabila ada je idea..tablet tanpa internet ibarat jasad tanpa nyawa..ada tablet ada internet tetapi tiada idea..ibarat makan dan minum tanpa rasa..

Hehe..sekian..

Friday, 28 August 2015

Apam Lenggang Pasar Marina Kuala Kedah


Assalammualaikum..
Pagi tadi..Erin breakfast menu ni je..
Memang terbaik dan sedap..
Makan satu tak cukup..
lokasi apam ni di Pasar Marina Kuala Kedah.
Tadi Erin beli 8 ketul apam ni RM3..
Murah kan..??😊

Monday, 24 August 2015

My New Iriz 1.6 Executive With CVT

Assalammualaikum
Hai you all..Have a nice day ya..!!



Baru-baru ni Erin tukar kereta..sebenarnya semua ini tak terduga..
Dah lama Erin minat kereta ni..tapi Erin rasa harga dia macam Erin tak mampu milik..Lepas tu Erin try view Axia.. Nice jugak.. Harga pun tak mahal sangat..
Then decide nak beli Axia yang advance..

Tapi dalam tak terjangka.. Ada rebet untuk Iriz..Zero downpayment..Rebet raya RM5K..Erin trade in viva tu..then tambah lagi downpayment RM5K lagi..So downpayment plus rebet jadi RM10K..

ALHAMDULILLAH kuasa Allah SWT segalanya mungkin...Thank You Allah SWT di atas rezeki Mu.. Thank you my parent n my family yang support Erin..Kepada sahabat..kawan-kawan dan kenalan..kamu juga terbaik dalam hidup Erin..

Bagi pendapat Erin kereta Malaysia pun setaraf kereta import dah sekarang ni..Erin kagum dengan teknologi kita.. Tengok Proton Iriz pun Erin dah terpegun.. Tak sangka ianya sangat hebat.. Diikhtiraf 5 bintang pulak tu..Ada GPS..mudah untuk kita explore tempat yang kita tak biasa pergi..

..Blutooth handphone..just connection blutooth handphone ke kereta..then sesiapa call dah boleh jawab dengan tekan butang yang ada di stereng kereta.. mudahkan..butang volume radio juga di stereng kereta..Model yang Erin pakai ni 1.6 executive CVT..nak ambil yang model premium macam mahal sikit RM64K..So decide ambil yang ni je RM56K.. ok lah dengan gaji Erin yang tak berapa nak banyak ni kan.. hehe..

Baru 2 minggu Erin pakai Iriz ni.. dah explore ke UUM..Sebab Erin jadi Pegawai Teknikal untuk sukan MAKSPEN 2015..Then yang terbaru Erin dan family pergi ke Penang dengan Iriz ni.. Memang best drive kat highway..laju dan tak bergoyang..Rasa berat dan best.. Pastu tak sedar dah tekan minyak sampai 120 km/ jam..Ops..terlebih sudah..nanti kena speed trap..padan muka..hehe..


Hehe..sorry la kereta ni belemoih sikit sebab on the way nak ke jetti ferri tu ada lopak air becak..Erin dah terlanda..so bermandi selut la my Iriz tu..huhu

Jangan tak percaya yer.. the whole perjaanan ke Penang Erin yang drive sendiri..Paling scary bila nak naik ke car park di Gurney Plaza..MasyaAllah..pusing-pusing sampai ke atas..Tapi abah suruh Erin cekal dan naik juga ke car park tu..

Akhirnya berjaya juga.. Rasa puas hati dapat bawa family jalan-jalan round Penang..Parent dan adik happy.. Erin pun seronok..

SEKIAN ENTRI UNTUK HARI NI..
TQ SEBAB SUDI BACA.. LOVE YOU ALL..MUAH3

Wednesday, 19 August 2015

Burger Gemilang Yang Sedap

Assalammualaikum

Hai you all..pe kabar? Hope sihat selalu
Tadi Erin dan office mate Erin pergi lunch..
then kami decide nak try di Restoran Burger Gemilang..
Sedap baq hang..sampai licin kami makan


Next time boleh ke sini lagi..
harga untuk burger daging RM3
Air Neslo RM3.. kos lunch hari ni baru RM6..
Tapi puas hati..Memang terbaik burger ni..
Lokasi depan Cmart Alor Setar sebelah menara..

Friday, 7 August 2015

Jamuan Hari Raya JKR KSPT Tahun 2015

Assalammualaikum..hai you all..
Pe kabar? Diharapkan sihat semuanya..
Erin? Alhamdulillah sihat...
Ni Erin just nak kongsi pictures  masa jamuan jabatan yang sedang bekerja sekarang ni..Wajah ceria-ceria belaka..Walaupun sedang berdukacita di atas pemergian seorang rakan office Erin baru- baru ini..


Ni tengah possing sebelum majlis bermula..


Sessi bergambar bersama Tuan Jurutera Daerah a.k.a my boss


Ni possing masa nak ambil bihun sup..Bagus betul dua orang staff ni


Possing dengan queen of JKR KSPT bhg Pentadbiran dan Kewangan


Ni durian a.k.a buah kegemaran Erin...Paling suka..Nyammy..

Itu je gambar-gambar yang sudi Erin muatkan dalam blog ni..Sebenarnya ada banyak lagi..Tapi dah masukan dalam facebook..

Thanks you all sebab sudi jelajah ke blog puteriairyn ni..
LOVE YOU ALL FOREVER N EVER..MUAH MUAH !!!

Wednesday, 5 August 2015

Testing my new tab


Assalammualaikum...hai you all... ni erin just testing my new tab.. rasa senang bila ada tab ni..senang nak buat kerja.. Lama dah idam nak ada benda alah ni.. Akhirnya tercapai jugak.. Alhamdulillah rezeki Allah SWT...

no entry

Testing

Monday, 6 July 2015

Suara HatiKu

Assalammualaikum..

Salam Ramadhan You All's


Hari ni Erin rasa segar sedikit.. Mungkin ketenangan ini datang dari baca al-Quran.. So nak tenang bacalah ia selalu.. In Sha Allah segalanya akan ok.. Hati yang gundah gulana akan segera gembira kembali..Kadang-kadang Erin berbicara sendiri.. "Erin apa yang Erin fikirkan?? Apa yang Erin takutkan?? Adakah Erin tak percaya akan diri Erin sendiri.." Hati memujuk.. Yang pasti hati Erin terlalu lembut untuk menerima segalanya.. 

Erin lebih menggunakan prinsip redha.. Apa yang tersedia untuk Erin.. itulah yang Erin punya.. Nak mintak lebih-lebih bukanlah diri Erin.. Dari kecil lagi Erin telah didik begitu.. Bukan siapa-siapa yang didik Erin.. Tapi hati Erin sendiri.. Dari kecil lagi bila bersendirian.. Erin sentiasa mengadu kepada Allah SWT.. Minta diri selalu disayangi dan dipandang oleh semua orang.. Ketika Erin bersedih.. ada yang datang memujuk..Tapi hidup ini tak selalunya indah...Bak kata pepatah.. sampai bila kita nak berharapkan orang lain..Hidup kena berdikari tanpa ada sedikitpun rungutan..

Sekarang Erin banyak muhasabah diri agar supaya jadi yang lebih baik.. Terima kasih.. Erin sering dikelilingi oleh orang-orang yang sentiasa mengingatkan Erin tentang solat dan erti bersyukur.. Alhamdulillah..

Memang tak dinafikan melihat kebahagiaan orang lain.. punya keluarga sendiri..Dalam pujuk hati.. Erin berkata.. Suatu hari nanti aku juga akan alami perkara yang sama.. Itupun jika Allah beri Erin merasa nikmat mempunyai keluarga sendiri.. InshaAllah.. Aamin..

Oklah.. Ini saja coretan Erin dalam Entri kali ini.. InshaAllah ..Erin akan kembali aktif menulis blog ni..Sekian.. Dari Hati Yang Ikhlas...


Sunday, 5 July 2015

Sajak : Itulah Cinta

Cinta tidak bersalah
Kerana cinta punya indah
Kerana cinta lahirnya kita

Tetapi salahnya kita
Menggunakan cinta
Pada jalan yang salah

Kita dustai cinta
Kita khianati cinta
Kita hancurkan cinta

Menjadikan orang merana
Menyebabkan orang terluka
Menyebabkan orang sengsara

Kenapa cinta tidak ditatang
Kenapa cinta tidak dijunjung
Kenapa cinta tidak diangkat martabatnya

Bukan cinta hanya di dasar kaki
Bukan cinta hanya di gigi segi
Bukan cinta hanya pada ucapan saja..

Pengertiannya sangat mendalam
Sehingga sukar untuk diungkapkan
Amat sukar ditafsirkan dengan bahasa yang mudah

Hargai cinta sebelum ia pergi
Sebelum ia hilang untuk selama-lamanya..

Monday, 29 June 2015

Salam Ramadhan Dari Puteri Airyn

Assalammualaikum..

Haaaa....tudia.. lama bebeno.. Erin tak tulis entri di sini kan? Pemalas ler tu..Hehehe... Apapun Erin harap..masih tidak lewat untuk Erin ucapkan SALAM RAMADHAN untuk you all sekelian..Dalam dok kalut tu.. Tengok-tengok dah 12 Ramadhan 1436 H kan?? MashaAllah begitu pantas masa berlalu..

Sepertimana yang kita tahu.. Bulan Ramadhan adalah bulan mulia bulan beribadah.. Mengumpul banyak pahala.. dan mencari keberkatan.. Semoga kita semua dapat memanfaatkan di bulan yang mulia ini yakni seperti memperbanyakan solat sunat..bersedekah.. melakukan amal jariah dan apa-apa sahaja kebaikan..AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR..

Harus diingatkan juga.. Berpuasa bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga.. Tetapi fadhilat berpuasa itu sendiri memahami pengertiannya dari pelbagai aspek.. Menginsafi diri..Seeloknya tidak perlulah kita membazir dengan pelbagai jenis juadah ketika berbuka.. Cukuplah sekadar kenyang sedikit.. Dan beri ruang kepada perut untuk kita beribadah menunaikan solat sunat terawih, witir dan tahajud..

Selain itu.. Perbanyakkanlah membaca al-Quran semoga hati sentiasa tenang dan dapat menghayati keindahan Ramadhan.. Tunaikan zakat fitrah dan sebagainya..

Akhir kata.. Biarlah penghayatan Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum-sebelumnya.. Memberi kita beribu-ribu erti..Sebolehnya kita akan rasa seperti.. "Ramadhan janganlah pergi.. Aku sayang kamu..Setiap saat aku menantimu.. Kehadiranmu sekali setahun.. tidak puas untuk diriku bersamamu WAHAI RAMADHAN.."

Friday, 29 May 2015

Cucur Bilis Kesukaan My Abah

Assalammualaikum..

Hai you alls.. Lama kan Erin tak menulis entri di blog ni.. Sebab apa yer?? Hehe..tak ada sebab kot.. May be dah jadi malas nak menulis blog sebab asyik update status di Intagram dan Facebook saja..

So di malam yang shadu ni terasa nak tulis entri tentang cucur bilis pulak.. Haish...Menu paling senang dan selalu Erin masak di waktu-waktu kelaparan.. Abah bukan main puji lagi.. Siap cakap cucur bilis yang Erin buat sedap lah..Hari-hari jamu cucur ni pun abah suka... Cewah.. Semakin kembang kepala i.. You know.hahaha..


Haha.. Dengan tidak segan dan malu-malunya menunjukkan cucur bilis yang tak seberapa ni

Resepinya mudah saja..Sebab Erin lebih suka masukan beberapa ulas bawang kecil (dihiris halus-halus), cili besar yang warna merah dan segenggam ikan bilis.. Adunan 3 scoop tepung gandum tu masukan sedikit garam dan gula secukup rasa.. gaul semua bahan-bahan tu kemudian goreng sampai kekuning-kuningan.. 

Yang penting gaul semua adunan tu dengan air masak biasa je.. tak panas dan tak sejuk.. Gaul satu arah saja sampai sebati.. 

SEKIAN ^_^

Wednesday, 15 April 2015

Kat Office Ada Jelatang Yang Sangat Berbahaya

Assalammualaikum..

Geram rasa hati bila orang bawahan berlagak macam bos.. Ini lah hal kisah di pejabat Erin.. Adalah sorang mamat ni capital H.. Agak la hang tu Pekerja Awam saja.. Tapi berlagak lebih dari Ketua Pembantu Tadbir.. Semua hal dia nak ambik tahu.. Satu office dia kacau.. Selalu je buat overtime.. Tapi time office hilang.. Bila masa Bos bagi mandat dekat dia pun tak tau suka mengarah orang itu ini.. Nak ambik tahu segala bagai.. 

Komputer staff lain selamba dia on.. Nak cari menatang apa pun tak tau lah.. Tekanan betul..Benda-benda apa pun bukan boleh letak sesuka hati.. Habis dia geledah.. Bila dia tahu sesuatu yang sulit atau rahsia.. Dia hebohkan kepada orang lain.. Tak pasal-pasal boleh jadi bergaduh.. 

Ni lah akibat bawa orang macam ni kat bahagian Pentadbiran.. Dah lah Pekerja Awam (Buruh) Tapi berlagak macam bos.. Dah la gatal pulak tu dah beberapa orang staff kena gangguan seksual dengan dia.. Dia tu lelaki..Jangan dok sesuka hati menyentuh kaum wanita.. Isteri-isteri orang pun dia sentuh ikut dan.. Bila orang beri amaran.. Selamba sahaja dia senyum..

Erin dah la jaga aset stok dan inventori.. Risau jugak ada barang-barang yang hilang nanti.. Sebab dia tu sesuka hati je boleh minta kunci almari stor dari Ketua Pembantu Tadbir. Susah betul bila dalam office ada orang macam dia tu.. Bos pun tak ada nak ambik tindakan apa-apa. Dia tu kuat mengampu.. Memang dasar JELATANG..Buruh saja tapi berlagak macam bos..Dah la suka buat sexual harrasment.. Rasa macam nak buat aduan dekat unit Tatatertib.. Sebab rasa susah sangat nak buat kerja bila ada orang macam dia dekat office tu.. Huhuhu.. 

Hanya mampu berdoa saja kat Allah.. Kalau ada tindakan diambil ke atas orang yang macam tu.. Erin rasa syukur sangat.. Bolehlah buat kerja dengan tenang.. Ni barang-barang Erin letak bawah meja pun hilang.. Bila bagitau bos.. dia pulak menyampuk kata barang tu bukan penting.. siap tau lagi jumlah barang yang hilang tu.. Sengaja dia buat macam tu.. Eeee.. jahat betul..

Monday, 6 April 2015

Continue My Editing

Assalammualaikum...

Hai you alls.. Pe kabar? Harap sihat-sihat selalu yer..

Firstly.. Erin rasa happy sebab dah boleh edit gambar lagi..Sebab dah install software yang paling Erin suka Prinshop 12..

Tarraaaa.. Ni la hasilnya..


Next time bolehlah Erin create banner blog yang cantik-cantik kan..

Sekian.. ^_^
         

Tuesday, 31 March 2015

Kenapa Orang Tak Suka Kita?

Assalammualaikum..

Image by google

Bak kata orang "Kerana pulut santan binasa..Kerana mulut badan binasa".
Ramai orang tak sedar kenapa orang rasa kurang selesa dengan mereka..

Sifat suka mengkritik orang dan suka menjaja cerita orang salah satu faktor orang berasa tidak selesa bila berkawan dengan anda.. Pada mata anda.. Semua orang tidak kena atau tidak betul.. Ada saja yang hendak dikritik.. Selepas itu menasihati dengan cara yang tidak betul..

Jika mahu menegur seseorang.. Ada caranya.. Tetapi sampai orang rasa tidak selesa dengan anda..Mungkin SOMETHING WRONG dengan anda dan anda patut berubah...Jika pertuturan anda mengundang kecelakaan kepada anda.. Lebih baik anda pendamkan sahaja hasrat anda untuk terus mengkritik seseorang itu..

Anda mengkritik orang lain..Di sebaliknya anda nak kata anda adalah yang terbaik.. Anda jarang sekali nak mengkritik diri anda sendiri.. 

Ayat begini.. "Tengoklah macam saya.." Itu menunjukkan anda sedang memuji diri sendiri.. Anda mengatakan anda bagus.. Tetapi majoriti yang melihat anda.. Akan berkata tidak.. atau tidak berkata apa-apa..

Dalam hal agama pula anda berkata andalah yang terbaik kerana sering mengikuti kelas atau kuliah agama.. Sikap anda untuk mengajak seseorang ke kelas agama itu adalah baik.. Tetapi terpulang kepada seseorang individu itu untuk ke kelas tersebut. Jangan kerana dia tidak ke kelas agama, anda chop dia sebagai seorang yang jahil.. 

Sesungguhnya ilmu agama itu terlalu banyak dan boleh diperolehi dari pelbagai dimensi.. Melalui bahan bacaan.. Melalui media sosial.. Televisyen..Radio dan sebagainya.. Oleh itu tak perlulah anda mengkritik seseorang itu dengan mengatakan anda yang terbaik.. Lebih baik anda menjaga bicara dan mulut anda.. Cuma risau sikap anda membuatkan orang kurang selesa dan akhirnya orang akan menjauhi diri meraka daripada anda.

Oleh itu, menjaga tutur kata itu lebih penting dari segalanya. Diam lebih baik jika ia mengundang kemarahan orang lain..Jika ia memang bertujuan kerana niat anda untuk membalas dendam kerana anda disakiti terlebih dahulu atau anda ingin memberitahu yang si polan telah menyakiti hati anda.. Terpulanglah.. Tetapi jika selama ini seseorang itu sentiasa menjaga tutur katanya terhadap anda ..Tetapi kerana mulut anda itu.. Wajarlah anda terima pengajaran.. 

Sekian.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer