My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Wednesday, 15 April 2015

Kat Office Ada Jelatang Yang Sangat Berbahaya

Assalammualaikum..

Geram rasa hati bila orang bawahan berlagak macam bos.. Ini lah hal kisah di pejabat Erin.. Adalah sorang mamat ni capital H.. Agak la hang tu Pekerja Awam saja.. Tapi berlagak lebih dari Ketua Pembantu Tadbir.. Semua hal dia nak ambik tahu.. Satu office dia kacau.. Selalu je buat overtime.. Tapi time office hilang.. Bila masa Bos bagi mandat dekat dia pun tak tau suka mengarah orang itu ini.. Nak ambik tahu segala bagai.. 

Komputer staff lain selamba dia on.. Nak cari menatang apa pun tak tau lah.. Tekanan betul..Benda-benda apa pun bukan boleh letak sesuka hati.. Habis dia geledah.. Bila dia tahu sesuatu yang sulit atau rahsia.. Dia hebohkan kepada orang lain.. Tak pasal-pasal boleh jadi bergaduh.. 

Ni lah akibat bawa orang macam ni kat bahagian Pentadbiran.. Dah lah Pekerja Awam (Buruh) Tapi berlagak macam bos.. Dah la gatal pulak tu dah beberapa orang staff kena gangguan seksual dengan dia.. Dia tu lelaki..Jangan dok sesuka hati menyentuh kaum wanita.. Isteri-isteri orang pun dia sentuh ikut dan.. Bila orang beri amaran.. Selamba sahaja dia senyum..

Erin dah la jaga aset stok dan inventori.. Risau jugak ada barang-barang yang hilang nanti.. Sebab dia tu sesuka hati je boleh minta kunci almari stor dari Ketua Pembantu Tadbir. Susah betul bila dalam office ada orang macam dia tu.. Bos pun tak ada nak ambik tindakan apa-apa. Dia tu kuat mengampu.. Memang dasar JELATANG..Buruh saja tapi berlagak macam bos..Dah la suka buat sexual harrasment.. Rasa macam nak buat aduan dekat unit Tatatertib.. Sebab rasa susah sangat nak buat kerja bila ada orang macam dia dekat office tu.. Huhuhu.. 

Hanya mampu berdoa saja kat Allah.. Kalau ada tindakan diambil ke atas orang yang macam tu.. Erin rasa syukur sangat.. Bolehlah buat kerja dengan tenang.. Ni barang-barang Erin letak bawah meja pun hilang.. Bila bagitau bos.. dia pulak menyampuk kata barang tu bukan penting.. siap tau lagi jumlah barang yang hilang tu.. Sengaja dia buat macam tu.. Eeee.. jahat betul..

5 comments:

arysha_fayyadh said...

Assalam erin,
eh3
teruk betui
bos makan ampu dia la yer

Unknown said...

Tekanan bila ada orang macam ni kat office..nak buat kerja pun tak tenang..huhu

Pha Is said...

ish2... teruk betol..

ANIM said...

sabaq erin...

Unknown said...

Hilang sabar jadinya...huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer