Bila berjauhan dari keluarga tercinta, segalanya rasa serba kekurangan. Manakala kepayahan hidup di perantauan semakin terasa. Semuanya kena pandai aturkan sendiri. Pokok pangkalnya ibarat tiang sebatang di tanah lapang yang gersang dan kering kontang.
Jiwa terasa kosong, hati pula sentiasa gentar. Jauhnya dari keluarga bukan sekadar 60 kilometer. Tetapi 630 kilometer jarak pemisah. Belum lagi memikirkan suatu hari nanti terpaksa merentasi lautan bagi menuntut ilmu.
Ilmu perlu dicari sehingga ke negeri Cina? Hanya diibaratkan sahaja. Ini lebih bermaksud, pergilah sejauh yang mungkin untuk menuntut ilmu kerana ilmu di dunia ini terlalu banyak dan tidak mampu untuk kita miliki kesemuanya. Begitu agungnya kuasa Yang Maha Esa lagi Maha Pencipta. Segala ilmu kepunyaan diri NYA.
Bermadah sudah Erin ni kan.. Apa yang terurai di atas merupakan mukhadimah bagi entri Erin pada kali ni..
Semalam adik Erin iaitu Erra call dari Kuala Pilah..Memang sudah menjadi rutin setiap malam dia akan call kami sekeluarga. Katanya rindu..Dia juga selalu mengadu domba tentang perihal dia di sana. Kadang-kala sedih juga kami mendengarnya. Iye lah jauhnya bukan sekadar puluhan kilometer. Tetapi ratusan kilometer. Dia yang sememangnya jarang berpisah dari kami, memang terasa janggal hidup di negeri orang. Dimaklumkan segalanya dia kena aturkan sendiri.
Erin hampir tergelak kecil apabila diadunya tentang cikgu yang garang. Itu sememangnya perkara biasa. Kalau tak garang, mana nak berjayanya semua anak murid. Tanggungjawab cikgu bukan sekadar mengajar, tetapi perlu memastikan semua anak didiknya itu memperolehi keputusan yang baik.
Erin cakap adik tak boleh terlalu 'merap' kerana adik dah besar panjang. Cuba lihat anak-anak penyu, baru sahaja menetas terus terkedek-kedek menuju ke lautan. Walaupun masih kecil anak-anak penyu itu terpaksa melayari kehidupan dengan sendirinya tanpa bergantung kepada ibu penyu. Erin sengaja memberi perumpamaan seperti itu agar adik kuat semangat.
Inilah dikatakan ujian dan dugaan yang perlu kita tempuhi. Tidak ada seorang pun manusia akan terlepas dari dugaan dan ujian Allah S.W.T. Itu tanda kasih sayang Allah S.W.T. Oleh yang demikian ketabahan dan jati diri perlulah ada. Berdoalah jika kita berada dalam kesusahan kerana doa itu senjata bagi orang-orang mukmim.
Erin tahu adik terpaksa berhadapan dengan manusia yang pelbagai ragam dan sikap. Jika ada yang mengata kita, itu adalah lumrah. Kadang kala tak ada pasal pun orang masih akan mengata tentang perihal kita. Bak kata pepatah melayu 'Mulut tempayan bolehlah ditutup, tetapi mulut manusia tidak sekali.' Biar apapun orang berkata tentang perihal kita, kita jangan sekali membalas kerana mereka sememangnya tidak tahu menghargai lidah yang telah Allah anugerahkan. Walaupun mereka petah berbicara, tapi sekadar tin kosong, apa pun tak ada.. Lebih baik jadi diam-diam ubi di dalam tanah, tetapi isinya penuh..
Sempat juga Erin berpesan kepada adik bahawa dalam hidup ini, kita tak mampu untuk merubah diri orang lain melainkan kita merubah diri kita sendiri. Jangan menunding jari kepada yang lain sedangkan diri kita secara tidak sedar juga ada melakukan kesilapan. Pokok pangkalnya selalulah muhasabah diri.
Kehidupan yang kita lalui ini seakan-akan suatu jalan yang penuh dengan likunya, diselit pula dengan akar dan onak duri. Apa yang penting kita tahu di mana kedudukan kita. Hidup ini juga tak selalunya indah dan tidak selalunya suram. Erin juga berpesan kepada adik, jadilah sebutir mutiara yang bilamana jatuh di darat menjadi sebuah gunung yang indah..Dan apabila jatuh di dasar lautan menjadi sebuah pulau yang sangat cantik.
Sekian coretan Erin untuk tatapan bersama..
Kehidupan yang kita lalui ini seakan-akan suatu jalan yang penuh dengan likunya, diselit pula dengan akar dan onak duri. Apa yang penting kita tahu di mana kedudukan kita. Hidup ini juga tak selalunya indah dan tidak selalunya suram. Erin juga berpesan kepada adik, jadilah sebutir mutiara yang bilamana jatuh di darat menjadi sebuah gunung yang indah..Dan apabila jatuh di dasar lautan menjadi sebuah pulau yang sangat cantik.
Sekian coretan Erin untuk tatapan bersama..
8 comments:
huhu ingatkan kak erin yg brpisah jauh rupanya adik,huhu biasala hidup ni, sy pon jauh dr family, sedihnya Allah je yg taw bila kita ni rndukan family.. kadg2 tu xlalu nk makan, nk masakan mak jaa,,huhu lg teruk..
masa baca intro tu rasa macam diri sendiri pulak yang tulis..huhu :P
Hidup ni adalah suatu perjuangan.. Masa kecil kita dikendong ibu.. Apabila besar, terpaksa berdikari sendiri.. Hidup di perantauan memang sukar..Tapi demi ilmu terpaksa tempuhi jua.. :-)
heee.. xpe.. berjauhan lagi mengeratkan hubungan.. heee.. rindu n sayang lagi erat.. =)
bagus erin, sebagai kakak itulah nasihat terbaik yang perlu dilakukan...
hidup umpama liku2, liku itulah harus ditempuhi..
untungnya adik erin dapat kakak yang prihatin.. semoga adik erin sentiasa dilindungi oleh Allah dan diberikan kekuatan untuk terus berada di sana..
Tengku Butang - Betul tu bila berjauhan rindu semakin terasa..
Mama As - Hidup ni sentiasa ada cabaran.. Baru best.. Hehe
Aiza - Terima kasih di atas doa.. Erin hanya ada seorang adik sahaja.. Huhu
Betul tu Kak Erin, kalau cikgu terlalu berlembut anak murid naik kepala. Garang bukan bererti marah tapi tegas dalam mendidik.
Post a Comment