Assalammualaikum..
Hai semua.. Malam ni tak da entri apa pun nak tulis.. Cuma nak publish picture yang Erin rasa macam okay skit nak show kat blog ni.. Ni Erin dengan mama masa kami hadiri majlis birthday party anak cikgu sekolah Abah. Majlis ni diadakan pada Jumaat yang lepas.. sebenarnya banyak lagi gambar.. Tapi risau plak nak publish gambar baby girl tu.. Comel baru berusia 2 tahun.. Majlis ni diadakan di sebuah restoran (nama restoran tu Erin tak ingat pulak) Tapi berhadapan dengan Hotel Tabung Haji di Kepala Batas berdekatan dengan airport..
Tu je pun nak cerita.. haha.. nampak sangat macam tak da idea nak menulis.. Sebenarnya hari ni Erin tak da mood langsung.. Satu hari asyik sedih saja.. Kadang-kadang dalam senyuman itu tersarat dengan kepiluan.. Tetapi.. senyum tetap kena senyum.. Dalam nangis pun orang bila hadapan orang lain kita tetap kena senyum.. Bila orang tanya, kenapa ni?? Jawab saja tak ada apa-apa.. Tak mungkin rahsia hati terbongkar dengan begitu mudah.. Biar derita dan kesedihan itu jauh di dasar hati..
Sekian..TQ yer sebab you all selalu baca dan komen di blog Erin ni..Terima Kasih yang tak terhingga..
9 comments:
kenapa kak?? mn perginya mood 2?? kdg2 kena luahkn..xelok pndam sorang2 =) suka tgok gmbar 2..smile always yup..
kenape ni..bersabar ye dgn apa2 pun..cantik gambar tu :)
Entahlah.. Nantilah Kak Erin cerita dalam next entri.. TQ yer Fais S.K.A dan Cik Mun komen picture tu :-)
xpela kak, dalam hidup ni macam tu lah, ada sedih ada happy.. bila sedih, mood nk mnulis pon hilang, senyum tetap kna senyum.. cuma klaw mata engkak tu je tak boleh elak..sabar yea kak
TQ Aza.. hidup ni penuh dengan dugaan dan cabaran kan.. setiap orang punya masalah yang berbeza.. Tidak seorang pun manusia di dunia ini terlepas dari ujian dan dugaan..
jangan sedih-sedih erin.. ada kaitan dengan puisi adam dan hawa tu ke erin? harap erin banyakkan bersabar.. kepada Allah tempat berserah..
igtkan party birthday erin...
la nape nie ??? dah jangan sedih.. kami rakan blogger ada sentiasa menemani
Bagus betul anak murid abah Kak Erin.
Post a Comment